Monday, November 29, 2010

SIDANG DUN : RAKYAT MENUNTUT DIDAHULUKAN

Terkini : Isyarat dari pejabat Setiausaha Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak memaklumkan bahawa 5 pas masuk telah diberikan kepada PAS Perak untuk menghadiri persidangan DUN kali ini.….itupun mungkin kerana tulisan beberapa blog menyatakan kurang senang dan tidak professional pihak pentadbiran tersebut. Tahniah.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan bermula esok….maka senak perut dan benak rakyat datang lagi.
 
 Mungkin esok akan terpampang dimana – mana tempat yang berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan tertulis banner ` Ya Allah berikan kekuatan kepada DS Zambry daripada ancaman pembangkang yang kejam ` yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mungkinkah sekali lagi sepertimana biasa persidangan dibawah kerajaan DS Zambry sebenarnya milik mutlak Polis. Maknanya selepas ini boleh disebut DCP Dato` Zambry sahaja kerana mengambil semangat Polis itu.

Dulu teman cadangkan etika pakaian sidang DUN akan datang menyarung  uniform Polis sahaja. Pakain No. 1 dress ataupun suit biasa dipakai disimpan dalam almari  dahulu sehingga betul – betul aman yang bergelar persidangan DUN.

Kalaulah MB Perak itu disebut sebagai DCP bagaimana pula dengan 3 plus 1 ADUN katak itu. Jawabnya  Osman Jailu dan Jamaluddin dan 2 ekor yang lain berpingat prebet atau koman – koman kopral.

Mungkin petang ini juga semua kakitangan pejabat Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Darul Ridzuan diarahkan meninggalkan pejabat masing – masing sebelum jam 5,00 petang kerana selepas semua bangunan SUK itu dikuasai sepenuhnya oleh Polis dan gerombolannya.

Mungkin kali ini mereka bertukar taktik tidak menutup jalan – jalan utama ke pusat bandar dan pejabat – pejabat kerajaan kerana sebelum ini dikutuk hebat oleh rakyat yang berurusan di waktu pejabat yang berkenaan. Mereka hanya berkumpul didalam Bangunan SUK sahaja. 

Mungkin gamaknya selepas balik dari tanah suci ini MB mahkamah ini akan lebih professional dan matang. Harap – harap begitulah  bahkata lagu ` menaruh harapan ` nyanyian penyanyi Zaiton Sameon dulunya….ataupun mungkin nasi telah menjadi bubur seperti lirik lagu penyanyi Gigi Vila iaitu ` sedih rasa tak terperi bilaku ketahui` tu yang terkenal diera 80an.

Mungkin semangat perpaduan ADUN Pakatan Rakyat mengambil langkah seperti sidang DUN yang lalu  berarak bersama – sama memasuki pintu utama bangunan tersebut yang dikawal oleh Polis seolah – olah zon perang ataupun ancaman terdapat bom didalam kawasan bangunan tersebut.

Mungkin pihak Polis menggunakan budibicara dan menggunakan sedikit akal yang matang  mereka menjaga keselamatan  sesuai dengan tema atau mereka ` TELUS, CEKAP, BERHEMAH `. Maka amanlah Negeri Perak ini.

Mungkinkah semua telefon bimbit dan laptop ADUN dibenarkan masuk kedalam dewan persidangan. Jika meleset kemungkinan ini adalah satu tindakan terbalik kebelakang dalam dunia yang global dan maju dengan I.T  ini walaupun dewan dipenuhi oleh anggota Polis.

Tapi yang pastinya dan bukan mungkin lagi iaitu Dato` SUK  sekali lagi menyalahi kuasanya dengan bertindak menguasainya sepenuhnya Bangunan Perak Darul Ridzuan tersebut. Memang tidak dinafikan beliau mempunyai kuasa di semua bangunan dan kakitangan pejabat SUK tetapi dalam Dewan Undangan Negeri pula ianya adalah kuasa kepada Yang Dipertua Dewan atau speaker. Ini tertakluk fasal 72 perlembagaan persekutuan samada Yang Dipertua Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri.

Jika betul dan benar  teman  dapat maklumat ada dikalangan kakitangan pejabat SUK itu diberikan amaran oleh pihak – pihak tertentu tidak boleh bermakan minum di kedai dibawah pejabat DAP yang berhadapan dengan pejabat SUK itu sepanjang masa dengan alasan takut – takut terbocor rahsia kerajaan  berkenaan kepada pembangkang.

Apa – apa kita tunggu perkembangan selanjutnya aksi didalam Dewan Persidangan tersebut.

Kalaulah ada ` live ` alangkah baiknya
.
Sebelum ini PAS melahirkan rasa kekesalan yang amat sangat terhadap sikap DUN Perak yang tidak melayan serta tidak menghormati hak rakyat untuk menghadiri sidang. Sedangkan wakil PAS ada 6 orang sebagai Adun. PAS mahu melihat sendiri perjalanan sidang bajet yang penting ini dan juga mahu melihat peranan wakil PAS dalam membahaskan bajet kali ini dan juga membangitkan isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan rakyat.

Amalan DUN Perak sangat bertentangan dengan semangat demokrasi. Rakyat dihalang mengikuti sidang dewan, sedangkan inilah peluang terbaik untuk rakyat mengikuti sidang secara langsung.
Kerajaan Kedah dicemuh oleh umNO Bn dan media kerana menghalang sebahagian media dari mengikuti perjalanan dewan kerana sikap mereka yang tidak betul dalam melaporkan sesuatu isu di Kedah, tetapi rakyat melalui parti-parti dan adun-adun tidak dihalang dari mengikuti perjalanan sidang. Begitu juga di Kelantan, malahan rakyat berpeluang mengikuti sidang secara live menerusi internet.

Di Perak, sejak umNO Bn mengambil alih secara paksa dua tahun lalu, semua sidang DUN Perak menjadi hak mutlak umNO Bn, SUK dan polis. Mereka berkuasa penuh ke atas DUN Perak. Hak ADUN PR dinafikan sama sekali oleh mereka. Akhirnya sidang DUN hanya menjadi tempat untuk umNO Bn tunjukan kebodohan dan kesombongan semata-mata. Sidang tidak menjadi medan berhujjah, medan mengkritik, medan membangkitkan isu rakyat dan medan untuk menilai perjalanan sesebuah kerajaan.
Kita tunggu esok….sebarang  kebarangkalian dan keMUNGKINan akan berlaku lagi.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More