Sekarang ini musim hujan sana – sini terkadang – kadang berlarutan dari pagi sampai ke petang dan dari petang sampai ke malam dan dari malam sampai ke pagi….itu semua rahsia hujan buat manusia bersyukur.
Manusia kadang – kadang tidak adil dengan tuhanNya….hujan pun marah….panas pun marah…..pendekatanya selalu tidak bersyukur nikmatNya.
Buat kali ini kita bersembang dan bersantai dalam isu ` BOCOR `.
Teman teringat minggu lalu teman ada singgah sebuah masjid untuk solat asar dalam satu daerah dalam negeri Perak ….teman masuk saf cara masbuh kerana tak sempat kejor rakaat yang pertama….tiba – tiba sorang jawatankuasa masjid memekik `` mana siak....mana siak `…..cepat ambil baldi cepat…bumbung masjid dah ` tiris ` atau bocor lagi nanti abis karpet masjid basah`` kata pegawai tu tadi….ajenya kurang sopan orang dok solat berjamaah…dia bertempik pulak…orang macam ni boleh dilantik sebagai Jawatankuasa Masjid…teman yakin orang ni mesti JKKK kampung tu….kata orang Perak orang ini jenis ` tak semiyakh `.
Teman tak hairan insiden tu….biasalah masjid kampung….tapi kekadang teman hairan jugak bila tengok penyata kewangan dan wang keluo masuk di papan kenyataan disetengah masjid ni….duit nya banyak tapi garaj moto, kereta dah reput, bocor dan bengkok, kolahnya banyak buih katak dari lumut….bilik ayor dan tandasnya….MasyaAllah…pendekata tak de chancelah nak menang anugerah jamban sepertimana disebut dalam sebuah akbar hari ini selepas Malaysia menyambut 22 November 2010 ` Hari Jamban Sedunia ` yang jatuh pada 19 November 2010 baru – baru ini.
Orang Malaysia ini tak abis – abis dengan anugerah hinggakan hendak `mengebesh ` iatu berak dan kencing pun perlu ada anugerah. Mungkin lepas ni boleh dianjurkan ` tokoh perogol bersiri tahun ini atau perasuah bersiri `….sebarang kebarangkalian boleh berlaku diakhir zaman ini.
Dulu bekas Menteri Besar Selangor menghadiahkan ` penyapu ` kepada pengawai – pegawainya yang dedikasi sebagai simbolik….tapi untuk tokoh anugerah jamban terbersih ni….teman tak tahu pulak simboliknya….lu fikir le sendiri !.
Teman tak hairanlah kalau masjid tu bocor….tapi kalau parlimen tempat pengubal undang – undang kerap bocor tu….maaf cakap orang tak siuman pun tak boleh terima.
Bila tersebut ` bocor ` ni….kadang – kadang digunakan juga masyarakat Melayu dikampung – kampung jika ada perempuan tak sembahyang…. akan jawab dengan perlahan atau isyarat mulutnya ` bocor ` atau sama ertinya cuti, datang bulan, atau orang putihnya line tak clear atau period.
Ayat itu sama erti juga dengan perbualan harian orang – orang Melayu seperti ` nak pergi mana weh….teman nak ke keda [ kedai ] cari barang. Perkataan barang boleh selalu juga digunakan bahasa ` rahsia ` penagih dadah….aku chow dulu…. mau pergi cari barang ataupun barang juga boleh ditujukan kepada kompenan pada tubuh wanita [ maaf dengan izin ] seperti buah dada dan sebagainya. Fulamak ! baiknya punya barang.
Soalan peperiksaan bocor sudah menjadi biasa di negaraku ini….kerana angkara fulus dan rasuah.
Air sekali lagi menitis di kafeteria ahli parlimen, yang terletak bersebelahan Dewan Rakyat, petang ini menyebabkan sebahagian daripada kafetaria itu terpaksa ditutup sementara untuk kerja-kerja menyedut keluar air.
Kebocoran itu disedari oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit, selepas parlimen bersidang semula pada jam 2.30 petang selepas berehat untuk makan tengahari.
Kakitangan Dewan Rakyat kemudiannya dimaklumkan dan mereka meletakkan baldi supaya lantai lobi itu tidak basah.
Kakitangan Dewan Rakyat kemudiannya dimaklumkan dan mereka meletakkan baldi supaya lantai lobi itu tidak basah.
Selain lantai yang basah, kebocoran tidak menjejaskan perjalanan Dewan Rakyat.
Memalukan ! teman harap pihak penyelengaraan bertanggungjawab menjaga bangunan itu dengan baik dan menghalang kebocoran daripada berulang.
Lambun dan sembang dalam bajet 2011 berbilion - bilion dan ` berdego - dego ` tapi bangunan mercu tanda negara pun tak boleh nak jaga apatah lagi nak jaga agamanya. Rakyat tahu bangunan parlimen baru sahaja diselenggara sehingga menelan kos berjuta-juta ringgit dan rakyat menuntut perjelasan.
"Kita persoal apa jadi kepada penyelenggaraan yang dibuat sebelum ini dengan kos berpuluh juta ringgit. "Adakah ianya dipatuhi dan diteliti?
"Kita persoal apa jadi kepada penyelenggaraan yang dibuat sebelum ini dengan kos berpuluh juta ringgit. "Adakah ianya dipatuhi dan diteliti?
Ini dia alasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata punca sebenar kebocoran bumbung itu, belum dikenal pasti. Jelasnya, kebocoran bumbung kafeteria itu disebabkan parlimen adalah bangunan lama dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan itu dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Antara kejadian bocor berlaku di Parlimen ialah pada 28 April 2005 akibat kesilapan teknikal penutup kabel elektrik pada bahagian bumbung Dewan Rakyat menghalang pengaliran air hujan,
Pada 7 Mei 2008, kejadian bumbung bocor berulang di Parlimen apabila air keluar dari saluran pendingin hawa di laluan tepi Dewan Rakyat berhadapan dengan bilik Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Antara kejadian bocor berlaku di Parlimen ialah pada 28 April 2005 akibat kesilapan teknikal penutup kabel elektrik pada bahagian bumbung Dewan Rakyat menghalang pengaliran air hujan,
Pada 7 Mei 2008, kejadian bumbung bocor berulang di Parlimen apabila air keluar dari saluran pendingin hawa di laluan tepi Dewan Rakyat berhadapan dengan bilik Yang Dipertua Dewan Rakyat.
So begitu…..apa nak di hairan kan kalau bumbung masjid yang sana – sini bocor dan tadah dengan baldi…di parlimen tadah baldi jugak.
Kita tunggu mana nak tahu ...tiba – tiba pada 30 November 2010 nanti….tempat bersidang Dewan Undangan Negeri Perak pulak bocor….jawabnya memang sah teman boleh masuk semula pejabat SUK yang kebal tu.
0 comments:
Post a Comment