Tuesday, November 23, 2010

PELIK : TANDAS PUN ADA HARI SEDUNIA

Mungkin ramai yang tak sedar bahawa dalam dunia ini dah ada satu hari khas untuk memperingati ` TANDAS ` yang telah banyak berjasa kepada manusia sejak turun temurun.
Hari Tandas atau Hari Jamban   atau bahasa simbolik dikampung – kampung juga disebut ` bank ` di sambut di seluruh dunia pada 19-November. Tetapi di negara kita ianya di sambut pada  22-November 2010, lewat 2 hari. Khabarnya ada sambutan gilang-gemilang di adakan di sebuah hotel di ibukota.
  World Toilet Organization (WTO) adalah sebuah organisasi tanpa keuntungan, yang di tubuhkan untuk menyedarkan manusia tentang kepentingan penggunaan tandas dengan cara yang betul , lebih teratur dan bersih. 
 Dianggarkan 2.6 billion orang di seluruh dunia, tidak dapat kemudahan tandas secara lebih baik dari sepatutnya dan kira-kira 1 billion pula langsung tiada kemudahan tandas.

Memalukan lagi di Malaysia sempena dengan Hari Tandas tu [ gambar atas ]....menterinya ajar orang Malaysia cara berak yang betul.....Adakah rakyat Malaysia sebodoh ini ? 1Malaysia ada menteri berfikiran tahap gaban ? Malulah rakyat Malaysia hingga nak berak pun diajar oleh menteri. Apa pandangan masyarakat luar sana. Malaysia mencanangkan negara maju, tetapi hendak buang air besar pun terpaksa di ajar oleh menteri. Nak tergelak teman membacanya  kerana yang teman tahu dia [ menteri ] dari spesis yang ` main lap `  dengan tisu sejak dulu, kini dan selamanya. Kot - kot baru ni pun pandai membersih ` punkoq ` nya.

Apa yang kalut sangat ni....sendiri mau ingatlah kalau mau berak....lagi pun orang buta pun boleh kahwin, anak lima enam orang jugak dan masuk universiti pulak tu.....tak payah kursus - kursus kahwin....pandai pulak tok laki atau si suami ni mencari tempat yang sembunyi tu. 

Teman nak cadangkan kepada mufti Perak supaya adakan satu hari untuk ` Hari Kematian ` secara besar - besaran yang tentatifnya bermula detik - detik kematian dan akhirnya siksaan didalam kubur dan padang masyhar....baru le pembesar - pembesar, sultan - sultan, menteri - menteri, rakyat - rakyat takut melakukan dosa dan maksiat....mufti pun dapat nama....hamba pun dapat nama jugak....Eh eh....itu ayat Penghulu Hujung Jambatan dalam filem ` belalang ` tu.

Sekarang ni masih ada ramai menteri umNO nak cadangkan pendidikan seks....nampaknya selepas ni ada sekolah pemberak pulak selepas  adanya sekolah hamil. Macam - macam hal puak - puak 1 Malaysia ni.

 Bersyukurlah kita jika dapat berada dalam tandas dengan selesa, malah sambil membaca majalah di dalamnya, bayangkan masih ramai lagi di luar sana yang masih tidak bertandas. Sepatutnya selain kita idamkan tandas yang bersih diwaktu yang sama dikempennya juga adab – adabnya dalam Islam.
Islam diturunkan untuk memuliakan manusia. Semua perilaku dan tindakan manusia dalam Islam diarahkan menuju kepada kemuliaan itu sehingga nampak beza antara dia dengan binatang. Di antara bimbingan Islam untuk memuliakan manusia adalah adab dan aturan dalam buang hajat, buang air besar dan air kecil.

Pada suatu hari kaum musyrikin berkata kepada Salman al Farisi radliyallah 'anhu perihal ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, "(Benarkan) Nabi kalian telah mengajarkan kepada kalian segala sesuatu sampai pun perkara adab buang hajat?” Salman menjawab, "Benar (beliau mengajarkan kami adab buang hajat), beliau melarang kami menghadap kiblat ketika berak atau kencing, bercebok dengan tangan kanan . . . ." (HR. Muslim)

Aturan atau adab buang hajat adalah bagian dari syariat Islam yang menjadi bukti syumuliyah-nya. Maksudnya segala persoalan ada petunjuknya di dalam Islam. Karenanya seorang muslim harus memperhatikan dan mempraktikkan ketika membuang hajat agar menjadi muslim yang kaffah dalam melaksanakan ajaran agamanya. Allah berfirman: 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (QS, al Baqarah: 208)

Hebatnya Islam….segala persoalan ada petunjuknya di dalam Islam. . .  Hingga masalah buang hajat
Teman bukannya nak komen tapi kenapa tak disebut formal sahaja ` Hari Kebersihan Sedunia ` yang boleh merangkumi bilik air, tandas dan sebagainya. Ini semua tahi punya hal.
Dalam filem ` seniman bujang lapok ` dalam dialog sekelamin suami isteri berkelahi jam 4.00 pagi ketika orang lain sedang tidur nyenyak….lalu riuh rendah  bunyi mereka berkelahi lalu P. Ramlee  bertanya kepada  `Aya ` kenapa gaduh – gaduh sudah mau pagi….kata aya itu ` ini orang tak mau buang anak punya tahi….berapa besar batu punya kepala, lalu P. Ramlee menegur ` tahi punya pasal mau gaduh ka `.
Bermacam – macam hari dalam dalam dunia ini….mungkinkah pada suatu hari oleh kerana terlalu banyaknya maksiat dan rogol mungkin manusia terfikir adakan hari khas ` Hari Maksiat Sedunia ` atau ` Hari Mangsa Rogol ` atau ` Hari Khurafat Semalaya  ` dan sebagainya atau pun ` Hari Hub Malam `. Sebarang kebarangkalian boleh berlaku jika terlampau meninggalkan wahyu Ilahi.
Teman bukan apanya….jika perkara tandas pun manusia boleh peka kenapa pulak bab – bab agama kita langsung tak ambil peduli….lebih – lebih lagi mutakhir ini kegelinciran ` akidah ` orang Islam semakin meningkat pada setiap hari. So begitu teman nak cadangkan ` Hari Selamatkan Akidah `….Eh eh teman lupa diri pulak….siapalah teman ni….Pengerusi OIC pun tidak….Pengarah Pusat Islam pun tidak, Pengarah Jakim dan Yadim pun tidak….yang teman ada pusat dan lidah semata – mata.
Itu pun tak mengape….bagi teman bior kaya kebajikan daripada kaya harta dan kedudukan tapi miskin membuat kebajikan kepada agamanya.  Nabi saw pernah bersabda `` Orang jahil yang bersifat pemurah lebih dikasihi Allah dari orang alim yang bakhil ``
Kita berbalik kepada isu akidah dalam negara yang dulunya terkenal dengan penerapan nilai – nilai Islam, Islam Hadhari dan Malaysia sebuah negara Islam ini.
Ulama menyatakan mengingatkan akan 'banjir lebih besar' iaitu keruntuhan akidah, murtad, maksiat, dadah dan rasuah yang kini sedang melanda umat Islam. Mereka yang mati ditengelami air adalah syahid akhirat tapi yang mati dalam banjir murtad, rasuah dan maksiat lain akan masuk neraka.
Teman nak mengingatkan bahawa banjir besar yang melanda negara adalah satu bencana daripada Allah SWT yang ditimpakan ke atas semua orang, tidak ke atas orang zalim saja.
"Dan sesiapa yang menyeleweng daripada agamanya lalu meninggal dunia dengan begitu rupa maka terhapuslah segala amalan baiknya. Pahalanya dihapuskan Allah dan mereka menjadi ahli neraka serta kekal selama-lamanya.
"Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, Allah melaknat dan mengutuk orang yang memberi dan menerima rasuah. Orang yang membayar rasuah dan menerima rasuah, kedua-duanya dihumban ke neraka."
Dalam Islam ada beberapa benteng dan empangan…. benteng-benteng itu sedang dimusnahkan. Antaranya politik Islam, pemerintahan Islam dan yang utamanya, al-Quran, hadis serta Kaabah.
Jika masalah tandas pun manusia terlalu ambil berat….inikan pulak masalah ummah yang sudah rosak teruk tidak siapa pun peduli.

1 comments:

Apa yg tak ada d Malaysia ni ! Macam2 ada !

Post a Comment

1 comment:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More