Thursday, November 18, 2010

PONTENG SEORANG PEJUANG

 Hari ini dah masuk hari ke dua hari raya korban.
Sempena dengan semangat korbannya  kecintaan Nabi Ibrahim , Nabi Ismail dan Siti Hajar kepada perintah Allah, maka teman lontar perbincangan mengenai korban dan pengorbanan dalam kerja – kerja hadharah berorganisasi dalam berjuang.
Mutakhir ini kita perhatikan pengertian korban yang sebenar dari peristiwa ini tidak didedahkan kepada masyarakat umum….rata – rata menganggap itu hanya sekadar memenuhi kehendak kalendar  Islam sahaja. Masyarakat hanya banyak didedahkan disana – sini orang peristiwa  melakukan ibadah penyembelihan korban sahaja.
Hanya negeri Kelantan sahaja yang benar – benar menghayati pengertian korban ini. Teman terkadang – kadang hairan….bayangkan kita lihat cuti  umum bagi hari raya korban ini HANYA 1 HARI SAHAJA malah seolah – olah  dianggap cuti biasa  atau seperti sesebuah negeri mengistiharkan cuti kepada rakyatnya kerana negerinya menang Piala Malaysia semata – mata dan hari ini [ raya ke 2 ] ada pejabat – pejabat kerajaan  dan sekolah – sekolah juga ada diantaranya dibuka pada hari ini.
Jika masin mulut teman….teman yakin tapi bukan ` kashaf ` macam Ustaz Mohd Nor Deris umNO tu….percaya 20 tahun lagi ibadah korban ini hanya dimulut tapi bukan dihati umat Islam.
Sudah nasib kita duduk di Malaya ini….pemimpin negara yang mengaku dirinya Negara Islam ini hanya banggakan hari – hari yang melambangkan 1 Malaysia sahaja seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih, Hari Wanita, Hari Bunga Kebangsaan….pendekata bermacam – macam hari ada di negara ini…..cuma berita hari ini tadi PM sebutkan bahawa Malaysia tidak bercadang meraikan Hari 13 Mei katanya….. teman sebutkan  hari – hari bukannya ari – ari.
Teman baru – baru diminta oleh boss teman Ustaz Haji Abu Bakar Hussain tu….sediakan mekanisma hari `KEMPEN PONTENG SIFAR ` katanya mutakhir ini diperhatikan pendokong jamaah… banyak yang cuba ` ngelat ` atau tanpa rasa bersalah tidak hadir program – program jamaah dan parti.
Teman nyokong sangat cadangan tu….kerana teman ` cheroye ` lihat banyak yang sembang sahaja lebih….tapi liat, malas dan menciptakan alasan untuk hadir program – program tertentu dengan alasan sibuk, letih dan sebagainya. Malah yang faham ` amal jamaie ` pun miliki ` feel ` yang sama. Ada juga petugas parti juga cuba – cuba belajar ponteng cuba mempratikkan penyakit ini dalam dirinya. Kadang – kadang yang faham` fiqh aulawiyyat ` pun kantoi jugak….mungkin terlalu banyak politik kot….gamaknya.
Kata tok guru teman….kerja – kerja Islam ini yang kita lakukan, jika kita malas sudah pasti syaitan akan bantu memberikan ` ideal ` dan alasan seperti kamu bagitahu kepada ketua kamu atau naqib kamu yang ` mak mertua nak bersalin ` atau ` kucing kamu nak beranak `….itulah semangat syaitan kepada orang malas berjuang bagi menghalang kerja – kerja dakwah ini.

Masa teman sekolah dulu pun memang ada kempen seumpama ini. Sekolah peduli apa kamu tidur lewat ke, tak boleh tidur ke, banyak program ke....tapi esok hari mesti tepat masuk sekolah begitu juga adap bekerja dalam berjamaah. Parti peduli apa kamu tidur lewat kerana ada mesyuarat ke, ada usrah ke, banyak program ke pada malamnya.....tapi esoknya mesti datang awal ke pejabat atau menghadiri program - program parti yang disusun oleh organisasi. Inilah tindakan profesional dan displin berjamaah.
Kempen Sifar Ponteng dengan tema  'Jom Ke Program Jamaah '  ini…..objektif pelaksanaan kempen ini ialah untuk menyedarkan para  pemimpin, pendokong dan petugas murabhitun parti tentang pentingnya hadir ke program dan berada di dalam program pada setiap masa kecuali uzur syaie.

Didapati kadar ponteng  program  dalam kontek berjamaah ini  semakin meningkat. Katanya kepada teman baru – baru.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

   "Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa raga serta hasil tanaman.Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.Iaitu orang-orang yang apabila di timpa sesuatu kesusahan mereka berkata,sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.Mereka itulah orang-orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk serta hidayahNya."
Ujian adalah satu wasilah daripada rantaian wasilah yang mampu menghubungkan kita untuk mencapai tahap kematangan.Kematangan dari sudut fikrah,ilmu,bentuk fizikal,keimanan,dan seumpamanya.Sememangnya manusia yang mengakui hakikat kewujudan Allah tidak akan terlepas dari sifat bergantung harap pada pertolongan Allah.
Sekalipun manusia pada adatnya seringkali lupa untuk menunaikan suruhan Allah,namun apabila ditimpa musibah kita akan kembali memperbaharui iman.Semuanya seolah-olah bertujuan untuk mengampu supaya Allah menunaikan atau melepaskan kita daripada ujian tersebut.Tidak dinafikan ada di antara kita apabila ujian datang menjengok kita akan kembali menangisi kedhaifan diri.Ujian itu sebenarnya wasilah untuk kita sentiasa merapatkan diri kepada Allah.Bahkan ada segolongan manusia yang terlalu rindu atau dalam erti kata lain berharap agar Allah sentiasa memprogramkan dirinya dengan ujian dan musibah yang berbagai,lalu bagaimanakah sebenarnya fikrah atau tahap keimanan manusia seumpama itu.
Sesungguhnya Islam ada sejarah tersendiri bersama musuhnya yang tidak pernah leka dan sentiasa berusaha menghancurkan agama suci itu.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 120, bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang terpesong itu.”

Pembinaan sahsiah dan akhlak seorang insan  dalam urusan  menegakkan Islam tidak semudah membina bangunan tetapi memerlukan pelbagai pengorbanan tenaga mahu pun dan masa.

Kita tidak harus leka dengan nikmat kemewahan sehingga tidak mempeduli kerosakan akhlak yang berlaku di sekeliling kita.Setiap kita perlu mengambil inisiatif untuk mencorakkan semula masyarakat mengikut acuan ditetapkan Allah SWT.

Firman-Nya: “Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran supaya engkau mengadili di antara manusia dengan apa yang diwahyukan oleh Allah kepadamu. Jangan engkau menjadi pembela bagi orang yang khianat.” (An-Nisa’ ayat 105)
Mari kita bersama-sama melaksanakan amar makruf nahi munkar. Mudah-mudahan kita menjadi sebaik-baik umat yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya di dalam surah Ali-Imran, ayat 110.

Ia membawa maksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).”
Kempen ini juga bermatlamat untuk memupuk kesedaran di kalangan pendakwah dan dai`i betapa pentingnya peranan mereka dalam memperkasa medan dakwah yang diamanahkan kepada mereka. Hal ini juga dapat membaiki tahap etika  disiplin dan akhlak setiap pemimpin, pendokong dan sekali gus menaikkan reputasi imej Islam itu sendiri.
Kerana Islam tidak akan menang  dengan angan - angan pendokongnya.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More