Wednesday, November 3, 2010

AKU KASYAF

Di Malaysia hari ini terdapat penemuan baru dimana ada seorang yang berstatus ustaz mengaku dirinya KASYAF.  

Semalam semasa teman balik dari kuliah di Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar…..tiba – tiba beberapa kekawan teman menelefon teman bertanya…..betulkah Perak juga nak mengeluarkan dinar  emas dan dirham Perak.

Jawapan teman selamba dan standard….` buatlah apa – apa pun….janji umNO yang masyukkkk.

Teman pun bertanya kepada kekawan lain benarkah berita itu bagai dikata….masing – masing kata ` ntah `…maklumlah puak – puak kekawan teman telah lama menganggap berita dan suratkhabar ni 100 ceritanya 101 tak boleh percaya…kalu nak percaya pun result loteri haram yang dihalalkan dalam akhbar tersebut. Baik baca komik Upin & Ipin….ada juga pengajarannya walaupun opahnya itu sebenarnya seorang ` Hajjah ` yang tak menutup auratnya. Tapi kakaknya Ros situ  memang ` cun ` dan menutup aurat.

Teman cuba selidik….tak de cerita ni diberita tv dan suratkhabar….gamaknya kawan teman ni juga ` kasyaf ` macam Ustaz M. Nor Ideris yang mengaku kasyaf tu…..hehehehe.

Menarik kerana kenyataan tersebut tiada beza dengan kenyataan TGNA semasa melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak di Kelantan.

Bayangkan pada masa itu TGNA dikutuk rapat oleh puak – puak yang sombong menghentamnya teruk…pendekata semuanya tak betul…mujurlah Kelantan juara Piala Malaysia….kalau kalah jawanbnya dituduh pula kerajaan negeri jumud sukanlah, tidak mesra orang mudalah….ini realiti. Kita tengoklah sendiri  penyokong muda bawak bendera parti pun dianggap satu kesalahan didalam stadium….yang hairan puak – puak yang datang konsert merapu kat stadium pakai baju koyak rabak, berpeluk – peluk laki dan betina, bawak botol arak siapa pun tak peduli.

Teman bukan apa nak juga tumpang sekaki mengutuk dan mengumpat  MB haram tu…kerana kuliah yang teman dengar malam tadi ustaz itu menyebut ada 6 perkara yang diharuskan mengumpat…..diantaranya jika nampak orang melakukan khurafat boleh kita mengumpat….mudah – mudahan umpatan itu mengajak semoga orang lain tak melakukan perkara yang syirik itu…..begitu juga dosa merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat dirampas oleh parti yang dikalahkan oleh rakyatnya…. itu teman sebut bukannya ustaz tadi yang sebut.

Bila teringatkan DIRHAM ini….teman teringatkan liciknya Ibrahim Pendek dalam filem ` 40 Penyamun ` tu….  katanya..mari – mari tikam…..siapa tikam 1 dirham dia kan dapat 10 dirham, siapa 10 dirham dia  dapat 1,000 dirham, siapa tikam 1,000 dia dapat ribu ribu ribu dirham lalu dia melontar dadu yang semua bernomborkan ` 2 ` pada dadu itu dan berkata ` mari kita tengok siapa yang kena ` akhir si bodoh yang kena.

Mudah – mudahan rakyat Malaysia jangan jadi seperti pemain tikam nombor itu kerana bahkata orang Perak ` sepanjang ayor ` tertipu dan terkena perdaya oleh pemimpin negara,

Jika benar bagai dikata teman secara rasmi mengucapkan syabas kepada kepimpinan DS Zambry walaupun meniru gaya dan kelunakan Kelantan dalam memartabatkan wang dinar ada juga pihak berminat mengeluarkan dinar emas dan dirham perak itu di negeri yang bernama Perak ini. Bagi teman meniru untuk kebaikan adalah suatu perkara yang positif bahkata orang putih ` think positive`. Jangan DS Zambry meniru gaya Mr. Bean meniru kawan sebelah menjawab kertas peperiksaan….sudahlah.

Hebatnya TGNA  ini….beliau menyedari bahawa ` setiap kebatilan akan pergi apabila datangnya kebenaran ` atau pun yang selalu teman sebut ` suatu yang baik itu tidak perlu kata – kata indah, ianya tetap indah walaupun tidak diucapkan.

Kita lupakan sementara cerita dinar emas dan perak itu tadi….yang important thing kita bincangkan sedikit disini isu manusia yang sombong kepada Allah….biar sedikit tapi berkat kerana sedikit yang diberikan adalah lebih baik daripada banyak yang dijanjikan….daripada banyak, banyak dan banyak yang umNO janjikan.

Dulu bekas Menteri Besar Perlia, Shahidan Kasim dengan sombongnya berkata….Negeri Perlis selamat daripada banjir…..tot  tet tot tet….akhirnya tahun demi tahun negeri indera kayangan it terus dilanda banjir. Nampaknya dia juga kasyaf kot.....?.

Bila teman tersebut banjir ni….berita pagi tadi melaporkan beberapa orang pelancung termasuk dari Malaysia terperangkap dalam banjir yang berlaku di Haadyai….Eh Eh Eh…bila teman terdengar berita ini teman terbayang….bayangkanlah tempat itu tempat seronok….hujan pulak tu….sejuk lagi…jawabnya ` all night long ` diatas katil bersama dotdotdot.

Ada kawan teman minta teman saksikan video perjelasan Ustaz M. Nor Ideris kenapa beliau tidak mahu bersalam dengan TGNA baru – baru ini. Teman tak mahu kupas panjang….tapi teman nak sebut disini dia mengaku  mempunyai `kasyaf ` yang TGNA seorang yang jahat dan musuh Islam.

Setahu teman yang jahil ini….seseorang yang Allah kurniakan anugerah kasyaf…dia tak ceritakan kepada orang lain….begitu juga jika ada orang telah menerima keistimewaan ` lailatul qada `….hebat juga ustaz ini apabila masuk umNO terus dapat kasyaf.

Teman ingatkan dalam dunia hanya sotong ` paul ` itu sahaja yang kasyaf, tapi ada pulak…. manusia yang bukan sotong pun boleh mengaku kasyaf.

Yang teman tahu…..apabila sesesorang menyertai umNO….secara kasyaf pandang dunianya yang dia bakal dapat ialah pangkat, pingat, projek….dan kemewahan – kemewahan lain yang bersifat sementara disisi tuhanNya. Itu pun yang pandai ` kipas ` pemimpin….jika tidak pandai mengipas tentu terlepas dan dilupakan.

Hebat – hebat Almarhum Tok Kenali pun….anak muridnya yang perasan dan nampak tentang kehebatan tok gurunya itu sehingga dikagumi hingga hari ini.

Cerita diatas semua mengambarkan sombongnya manusia kepada penciptaNya. Mereka bukan sahaja sombong sesama  makhluk tapi sebenarnya sombongnya mereka terhadap Allah swt.

Ada berlaku di hadapan Rasulullah s.aw apabila seorang kaya berada didalam majlis Rasulullah….tiba – tiba didatangi oleh seorang miskin yang terus duduk bersebelahan orang kaya tersebut…maka orang kaya itu menarik kainnya supaya tidak terpijak atau terkena orang miskin itu.

Lalu Rasulullah bertanya kepada orang kaya ini ` Apakah yang menyebabkan engkau menarik kainmu ?....adakah engkau bimbang miskin dan fakirnya akan terlekat kepada ?` Lalu orang itu tergamam.

Lalu bagi menebus dosanya, dia berkata….` wahai Rasulullah , saya memberikan sedekah kepadanya sebahagian daripada harta ku `….lalu orang miskin itu menjawab, ` saya tidak mahu sedekah daripadanya kerana saya tidak mahu terkena kepada saya penyakit sombong yang ada padanya`.

Inilah pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw….pendidikan yang dimasukkan kedalam hati manusia mereka yang berjaya membentuk generasi Islam yang sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More