Tuesday, November 9, 2010

ISU MURTAD KINI DILUPAKAN

Ada kawan teman ceritakan kat teman katanya baru-baru ini, ada seorang ustaz dari Jabatan Agama Islam di salah sebuah negeri di Malaysia, telah menyampaikan ceramah di sebuah masjid dan  menceritakan di kala umat Islam di Malaysia sedang meraikan I Malaysia, pada masa yang sama, beliau mendakwa 50,000 remaja Melayu di Lembah Klang sedang membuat permohonan untuk murtad.
Jika benar bagai dikata ianya merupakan suatu yang menakutkan dari segala ketakutan.
Hari ini orang tidak lagi bercakap mengenai isu kemurtadan baik yang bernama  parti politik Islam, badan dakwah maupun Ngo yang ditubuhkan untuk menangani kebanjiran murtad ini. Memang tidak dinafikan memang ada pihak tersebut menyuarakan pandangan mereka tetapi iannya tidak sehebat apabila satu – satu kes berlaku dan meletus di tanahair.
Kekadang – kadang teman perhatikan isu murtad ini bermusim – musim…. orang akan bercakap apabila datangnya musim. Bila musim bola orang bercakap bola, bila musim pilihanraya orang bercakap pilihanraya, bila banyak maut dalam  kemalangan bas pula pihak LPKP sibuk  buat arahan baru dan  begitu juga bila musim durian orang bercakap durian. Maka benar bagai dikata dalam senikata lagu ` Musim deghoyan ` oleh pelawak OS itu….` bila mosim derghoyan deme jadi benken….ape deme nak heran saman boleh bayor ….eh kome derghoyan dah berbunge `.
Orang ramai kini mungkin sudah lupa isu murtad ini. Kali terakhir isu ini hangat 3 – 4 tahun lalu apabila ada hura – hura orang Islam hendak dibaptis sebuah gereja di Ipoh dan  mengharumkan  nama seorang mufti ditanahair ini, tapi akhirnya senyap sampai ke hari ini
Kenapa orang boleh serius bercakap isu status benarkah Najib sakit, …biarkanlah dia sakit kerana sakit itu sebagai khifarah tuhan kepada hambanya. Orang boleh bercakap potongan badan Rosmah....biarkanlah potongan badannya....jika ` kopeknya ` sebesar Dolly Parton pun kita peduli apa, orang boleh bercakap bajet 2011 bajet seluar dalam dalam berbagai – bagai percakapan, tapi kenapa orang lupa bercakap isu murtad ini.
Kes-kes murtad sebelum ini dianggap satu kes yang sensitif di mana ianya tidak dibincang secara terbuka dan statistiknya tidak didedahkan kepada umum. Mengapakah isu murtad ini tidak dibincang dengan fikiran yang terbuka di kalangan umat Islam? 

Hanya yang kita dengar, cadangan penubuhan suruhanjaya antara agama akan menggugat kepentingan umat Islam di Malaysia ini. Antara cadangan yang dikemukakan ialah permohonan murtad haruslah diuruskan oleh mahkamah sivil dan tidak perlu diproses oleh mahkamah syariah seperti yang berlaku sekarang ini.
Mengapa kita, pada satu sudut, memandang negatif terhadap kumpulan yang pada tanggapan kita, akan lebih menggalakkan lagi gejala murtad, sedangkan kita tidak pernah mengkaji mengapa angka murtad semakin hari semakin membimbangkan?
Pihak berkuasa agama Islam haruslah mendedahkan statistik murtad ini kepada umat Islam di Malaysia kerana gejala murtad ini boleh merosakkan institusi keluarga Islam lebih teruk daripada gejala sosial dan dadah.
Ada yang mengatakan bahawa rata-rata remaja Melayu keluar daripada agama Islam bukan kerana mereka percayakan kebenaran agama-agama lain, tetapi hanyalah sekadar mereka tidak gemar untuk mengamalkan Islam, suka hidup bebas, suka meminum arak dan bermain judi lebih – lebih lagi dorongan membuat maksiat terbuka di negara ini mengamit nafsu kejahilan mereka. Pendekata maksiat di Malaysia ini semua ada, cuma yang tak de.... ialah mak bapak yang sudah mati sahaja.
Mungkin ada pula yang memikirkan terdapat terlalu banyak sekatan dalam agama Islam itu sendiri. Ini jelas terbukti apabila khutbah dan ceramah di masjid di Malaysia ini, perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ini menyebabkan para khatib bukannya berkhutbah seperti yang sepatutnya, akan tetapi hanya sekadar membaca teks khutbah yang mana ini boleh dilakukan oleh kebanyakan orang.
Gejala murtad merupakan antara isu yang disifatkan sebagai sangat sensitif kepada masyarakat muslim khasnya di negara ini. Orang-orang Islam yang murtad adalah dianggap telah melakukan satu jenayah yang besar terhadap agama dan umat Islam.
Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar orang-orang Islam yang murtad di Malaysia, namun berdasarkan kes-kes yang dilaporkan oleh media massa dan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah, gejala ini sememangnya adalah sesuatu yang serius dan perlu diberikan perhatian.
Penglibatan sesetengah kelompok bukan Islam yang tampil membela dan memperjuangkan hak-hak golongan yang murtad ini atas dasar kebebasan asasi secara jelas memberi isyarat bahawa kedudukan Islam dan masyarakat muslim kini semakin tercabar. Melalui saluran perundangan, golongan ini cuba memanfaatkan ruang dan peluang yang yang ada, meskipun tindakan mereka itu dilihat sebagai mencampuri urusan agama Islam dan hal ehwal masyarakat muslim.
Gejala ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya akan pasti membawa kepada berbagai implikasi negatif kepada perkembangan Islam dan keharmonian masyarakat muslim di Malaysia.
Anda mungkin berada di masjid atau imam, pejabat dan mungkin pendakwah dan pemimpin masyarakat dan mungkin pakar motivasi….tahukah anda dimanakah  anak – anak anda sekarang ?.
Murtad tidak mengenali siapa dan hebatnya anda. 

Kunci pintu itu ditangan anda juga.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More