DS Zambry masih berada didalam kecelaruan dalam isu amalan khurafat yang didakwa dilakukannya ketika upacara meletak ancak di tiang seri rumah semasa program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong di Kuala Kangsar pada 17 Oktober lalu.
Dakwanya, cara itu turut digunakan untuk melaga-lagakan hubungan yang baik antara beliau dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Isu ini meletup apabila gerombolan wakil pemuda PAS Perak menghantar memorandum kepada Mufti Perak tersebut bagi menyatakan pendirian tokoh ini dan akhirnya membuatkan ADUN Pangkor ini berkelahi dengan sayap PAS yang sepatutnya pemuda umNO di negeri itulah yang bangkit tangkas menutup mulut pemuda PAS itu.
Menteri Besar Perak ini juga mendakwa oleh kerana sokongan telah kembali meningkat kepada Bn , maka PAS terpaksa menggunakan cara lama iaitu memainkan agama sebagai isu untuk menarik sokongan rakyat kepada parti itu.
"Mereka menggunakan agama untuk menyerang saya. Mereka memainkan agama sebagai isu kerana mereka tahu sokongan orang Melayu kembali kuat kepada kerajaan Bn...Saya tidak pernah mempertikaikan pandangan Mufti, berbeza dengan mereka yang hanya pandai mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik," katanya lagi..
Bagi teman kamu telah nyatakan tidak pernah mempertikaikan pandangan mufti….maka ayuhlah kamu akur dengan kesilapan itu dan bukannya terus menghambur kemarahan kepada gerombolan anak muda ini. Inilah pemuda….kalau lembik tidak dikatakan muda….itu mujurlah yang muda datang bertemu tapi kalau yang datang itu perempuan atau bayi yang masih menyusu sudah tentu memalukan.
Teman berpandangan bahawa tindakan bertemu dengan mufti itu adalah wajar dan satu saranan agama kerana mufti adalah tempat bertanya hukum – hukum agama. Lain lah mereka merujuk kepada Dewan Ulama PAS, maka sudah tentulah mempolitikan isu ataupun bertemu dengan pengerusi SPR yang pastinya tiada kaitan bagi merujuk agama.
Pemuda PAS itu datang bertemu mufti bukannya bertanya fatwa dan hukum mengenai status tempat peranginan Teluk Rubiah dari Zon Pelancungan kepada Zon Industri tu…..ataupun hukum membunuh flora dan fauna yang ada di kawasan peranginan itu yang mungkin mati apabila kilang besi syarikat Brazil dioperasikan nanti.
Inilah akibat apabila menebalnya fahaman agama suku politik suku didalam benak pemimpin – pemimpin umNO.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerap mengulangi pendiriannya amalan agama suku politik suku menjadi punca kekuatan orang Melayu terhakis, sekali gus menyebabkan banyak kecelaruan di kalangan masyarakat dalam negara. Dasar ataupun prinsip itu ternyata bercanggah dengan apa yang dilakukan Nabi. Bercanggah dengan al-Quran dan bercanggah juga dengan sirah Nabi Muhammad SAW.
Teman yakin jika ada pemimpin dan ahli – ahli PAS yang melakukan perkara – perkara yang bercanggah dengan agama….mereka juga akan ditegur dan dinasihati tetapi pernah ada dipecat daripada anggota parti. Malah jika ada diantara ahli – ahli PAS maupun pimpinanya melakukan perkara sumbang seperti mengadakan majlis ` bersanding ` dalam majlis perkahwinan anak mereka, maka sudah tentu akan ditegur oleh sesama sendiri, malah ahli bawahan boleh menegur pimpinan atasan….inilah keterbukaan parti yang berpaksikan Islam itu. PAS.... PAS juga tapi hukum tetap hukum.
Pemisahan agama dan politik bermula sejak zaman berzaman lagi. Pemisahan agama (gereja) dengan politik pentadbiran telah mengwujudkan istilah 'secularisme' dalam peradaban moden yang menjadi anutan parti-parti politik yang berbau perkauman dan perjuangan duniawi semata-mata.
Justeru untuk menghalalkan secularisme, umNO menolak Islam dengan menuding jari kepada PAS dengan mengaitkan bahawa pimpinan parti Islam itu sebagai 'ekstrim' atau fanatik. Sudah pastilah fanatik dalam agama itu dituntut sebagaimana kata Tuan Guru dulunya bahawa sememangnya PAS memperalatkan agama dalam perjuangan politiknya.
Kenyataan ini amat memeningkan pimpinan umNO, lantaran kejahilan mereka memahami Islam. Apa lagi mahu mentafsir dan mendalaminya. Saban hari mereka asyik sibuk dengan urusan duniawi semata-mata hingga agama terabai dan diperalatkan oleh anasir tertentu yang mahu menghancurkan Islam itu sendiri.
UmNO mahu pisahkan politik dari agama lebih buruk lagi apabila umNO menganggap kejayaan memintas pembangkang sebagai berjaya menegakkan pendirian Islamnya sendiri, di samping meneruskan agenda sekularnya iaitu politik suku, agama suku.
Oleh itu amat kuatlah hujah mengatakan bahawa hanya 'kuasa politik' yang besar mampu menjayakan segala perlaksanaan syariat Allah sebagaimana diwajibkan. Justeru itulah PAS dalam perjuangannya memperalatkan Al-Quran, mahu memiliki kuasa politik itu yang hanya boleh diperolehi melalui proses pilihanraya.
Biar pun umNO mengatakan jika ingin berpolitik maka berpolitiklah, jangan dicampur adukkan politik dengan agama. Tuntutan melaksanakan syariat Islam nampaknya memaksa para ulama berpolitik untuk memperolehi sedikit kuasa yang melebihi dua per tiga bagi tujuan menerima apa sahaja yang dibentang dan dibahaskan di Parlimen.
Maka dengan itu amat jelas Islam menghalalkan politik dan tidak timbul soal politik suku agama suku. Amat jelas sekali kepada kita bahawa dalam keadaan terdesak umNO sanggup melemparkan tuduhan dan fitnah terhadap para ulama yang semakin dihimpit dan tertekan semasa bekerjasama di dalam kerajaan Bn dahulu.
Dasar kerajaan Bn yang liberal terhadap Islam membuktikan bahawa agama Islam kini duduk di tangga kelima selepas nafsu, harta, wang ringgit dan wanita mendedahkan umat Islam kepada bala Allah dan pembalasan segera yang bakal diberikan di atas kecuaian mereka melaksanakan syariat Allah.
Rakyat Perak harus menolak fahaman politik suku, agama suku….siapakah yang dapat menyekat mereka daripada melaksanakan amalan sedemikian jika kita tidak mempunyai perwakilan dalam Parlimen? Apakah tanggungjawab membanteras gejala-gejala sosial yang buruk ini mesti dituding ke atas ibubapa, guru agama sedangkan hakikat undang-undang negara membenarkannya.
Bn berdalih mengatakan mereka berjuang untuk kepentingan ugama Islam. Di sebaliknya perjuangan mereka hanyalah untuk kesenangan mereka mencipta sebanyak-banyak wang selagi kuasa di tangan mereka.
Apabila ditegur mereka melatah dengan ungkapan ahli PAS hanya pandai mencaci serta menghina kerajaan. Sebaliknya apa mereka buat dengan politik dan agama melainkan kejayaan mereka melunas politik suku, agama suku demi sebuah perjuangan bersama kroni untuk mencipta kekayaan diri peribadi.
0 comments:
Post a Comment