Dulu tradisi di negara ini khususnya pembesar – pembesar dan badan – badan agama yang terdapat di Malaysia ini meneropong untuk melihat anak bulan bagi memungkinkan berpuasa atau Hari Raya Eidul Fitri atau tidaknya pada esoknya.
Hari Rabu. 17 November 2010 adalah bertepatan dgn 10 Zulhijjah 1432H iaitu Hari Raya Haji atau Korban.
Hari Raya Haji di Kelantan adalah berbeza suasananya berbanding dengan negeri – negeri lain. Sambutannya adalah amat meriah, kerana setiap rumah yang korban lembu/kambing,biri - biri akan buat kenduri satu kampung. Kenduri inilah yang meriahnya, kita boleh jadi mabuk daging penangan Raya Haji.
9 Zulhijjah adalah Hari Wuquf di Arafah atau dipanggil “Hari Arafah”, kita disunatkan berpuasa pada hari tersebut. berpuasa sempena perhimpunan agung di Arafah.
Hari Raya Haji atau Yaumul ‘Eid juga dipanggil Yaumun Nahr adalah hari pertama raya, manakala pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah dipanggil Yaumut Tasyriq atau Hari - hari Tasyrik diharamkan berpuasa. Hari- hari tersebut juga adalah hari- hari yang boleh dilakukan korban dam juga hari – hari disunatkan takbir raya.
Yang seronoknya baru – baru ini heboh satu Perak dalam facebook seorang hamba Allah masukkan satu banner ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha Menteri Besar yang tertulis 17 Zulhijjah 1431, maka teruklah tak pasei – pasei DS Zambry kena godam….bagi teman maafkanlah beliau,…lagi pun bukan salah dia…itu kesilapan teknikal….maafkanlah dia….diakan tengah berdoakan dihadapan Kaabah sekarang ni mudah – mudahan diampunkan dosa – dosa syirik yang dilakukannya.
Tapi yang sebenarnya ini akibatnya zaman era beliau menja MBlah pembaziran promosi dirinya di serata kampung, desa dan baruh dalam setiap perayaan dan program – program rasminya…..jawabnya 1 Perak melihat kebodohan itu.
Sudah menjadi kebiasaan orang melayu di negara ini walaupun tidak meriah seperti Kelantan, tetapi di Perak sudah pastinya sibuk disana – sana mengadakan penyembelihan korban. Tak cukup dengan masjid dan surau lakukan korban, sesama keluarga berkorban, malah tak cukup dengan itu pejabat – pejabat dan sekolah – sekolah juga anjurkan majlis korban. Tinggal lagi yang belum teman dengar ialah factory – factory [ bahasa 3 Abdul ] buat majlis yang sama. Bagi teman apa yang mereka korbankan teman tak tahu kerana setiap tahun berkorban lebih banyak agama Islam dan kebenaran TERKORBAN malah maksiat menjadi raja dihati.
Kadang – kadang kita lihat masyarakat melayu ini perangai dan sikapnya semacam seronok dengan tradisi tahunan semata – mata. Makna tidaknya kebenaran dan keadilan Islam yang terluas dan terbentang dihadapan mata masih dianggap sunyi oleh yang bernama pengkuatkuasa iaitu pemimpin. Anak bulan sibuk dilihat diterompong, manakala bapak bulan buat – buat tak nampak dan natijah daripada peristiwa korban buat tak nampak langsung. Bagi teman ini semua pesta semata – mata.
Begitulah meriahnya dan kasihnya umat ini kepada kepada ibadat penyembelihan korban. Dari semalam lagi teman banyak menerima sms daripada kekawan sempena menyambut hari raya korban ini yang mengingatkan teman tentang erti pergorbanan dan dayajuang untuk memartabatkan Islam ini diantaranya.
1.Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian, semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan. Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan dengan penuh ketenangan dalam menempuh ujian dan liku – liku pengorbanan berjuang.
2.Yang jauh itu waktu, yang dekat itu kematian, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang mudah buat dosa, yang panjang itu amal soleh dan yang indah itu saling memaafkan. Semoga peristiwa korban ini sentiasa kita jalani dengan penuh keikhlasan.
3.Tiada hari seindah jumaat, tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah solat, tiada kemenangan tanpa pengorbanan.
Ada mesej sendaloka iaitu` khamis mencari jumaat nak Tanya nampak tak sabtu, agar ahad bagitahu kepada isnin supaya tidak terlupa mesej kat selasa yang rabu dah datang hari raya korban. Ada juga berbentuk rojak ` wood is telor, power is kuasa, when you banyak tidor…. Banyak makan sup nanti malamnya perkasa `.
Tetapi dalam banyak – banyak mesej tu….ada juga berbentuk pantun sindiran kepada empunya Perak….:
Sembelih korban di Pulau Pangkor
Sup gear box mesti power rasa
ADUN Pangkor mesti disungkor
Baru Perak aman sentosa.
Mufti Perak orangnya hebat
Penyelamat politik umNO Perak
MB Perak diajak berdebat
Tentu takut boooo dan kena sorak
Ibadat korban yang dilakukan bukan semata – mata untuk membantu kehendak syariat Islam dalam menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim Khalilullah dan sebagai ikutan dari perbuatan Nabi Muhammad saw, disamping menghulurkan bantuan kepada golongan fakir miskin, tetapi sebenarnya simbolik dari pengajaran Islam agar umat Islam hendaklah sentiasa berkorban dan berjihad dalam hidup mereka kerana pengorbanan itu sesuatu yang utama kepada persaksian akidah untuk kebahagian dan keselamatan didunia dan di akhirat nanti.
Orang – orang yang berjaya ialah menjunjung titah perintah Allah swt diantara mereka yang sanggup berkorban masa, berkorban wang ringgit, berkorban perasaan, berkorban tenaga fikiran, berkorban jiwa dan raga malah mengorbankan apa – apa kepentingan untuk memartabatkan hokum Islam di muka bumi ini.
Sehubungan dengan itu jika kiranya hanya berkorban binatang penyembelihan pada setiap hari raya korban….selepas itu menetang hukum Islam, bagi teman dok jangan perasan untuk dapat tempat disisi Allah swt kerana musuh utama kepada pengorbanan itu ialah ` syaitan ` dan ` hawa dan nafsu`.
Firman Allah swt dalam surah Faathir : ayat 6 :
` Sesunguhnya syaitan itu adalah musush bagimu, maka anggaplah ia musuh. Kerana sesungguhnya syaitan – syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala – nyala`.
Teman nak ingatkan diri teman dan kekawan bahawa marilah kita menepati janji kita pada setiap takbir hari raya yang maksudnya :
Tidak ada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, kami tidak sembah melainkan dia, dengan penuh ikhlas baginya sahaja agama, meskipun dibenci oleh orang – orang kafir, tidak tuhan tuhan yang sebenar melainkan Allah yang disembah, benarlah janji – janji untuk memberikan pertolongan kepada hamba – hambanya, dan memberikan kemuliaan serta kemenangan kepada tenteranya, membinasakan tentera ahzab dengan keesaannya.
Itu semua adalah janji – janji Allah…..posisi manakah kita sekarang atau pun majlis korban itu hanya sebagai acara dwi tahunan atau pun pesta tahunan semata – mata.
Yang kita bimbangkan hanya ` sup ekor ` sahaja yang puas kita pakat - pakat pekena buat pemulih semangat.
Yang kita bimbangkan hanya ` sup ekor ` sahaja yang puas kita pakat - pakat pekena buat pemulih semangat.
0 comments:
Post a Comment