Monday, November 1, 2010

MULA GERBANG MALAM AKHIRNYA HAB MALAM

APA nak jadi dengan NEGARAKU ini.

Buang bayi dari atas flat, pelajar campak bayi dari kolej kediaman, tiba – tiba  baru – baru ini  dikejutkan dengan berita yang lebih buruk. remaja 12 tahun sanggup panjat bumbung flat kediaman untuk berasmara dana dengan 3 remaja lelaki.

Mereka bukan remaja bodoh tapi bermaklumat sebab dijumpai juga beberapa keping kondom yang tentulah bermaksud ' for safe sex'. Safe from STD, HIV, AIDS. Safe from unwanted pregnancy. Guna kondom untuk ' seks yang selamat'. Selamat dari penyakit yang disebarkan melalui seks rambang, selamat dari HIV dan AIDS. Paling penting selamat dari termengandung.

Tiada kata – kata, tiada  ungkapan, tiada istilah yang mampu teman sebutkan disini hanya TAKUT lagi MENAKUTKAN.

Kes LIWAT dan sebutan DUB*R telah menjadi permainan mulut di media – media massa….program – program penyeru – penyeru maksiat memang lah Malaysia menjadi juaranya. Tak cukup dengan itu ditambah pula dengan program hiburan hab malam yang dianjurkan oleh pemimpin negara. Sebut sahaja jenis – jenis hiburan yang ada di dunia ini SEMUA ADA di Malaysia.

Kini perkataan liwat dan dub*ur atau dialek atau loghat Peraknya sebut ` jub*r `….sudah menjadi perbualan biasa dikalangan pelajar sekolah rendah apatah lagi menengah. Teman teringat satu cerita nama pun cerita kisah seorang isteri membawa kes ke mahkamah kerana didapati  kesukaan suaminya` sex luar tabie ` iaitu lorong belakang isterinya sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman kepada suaminya tadi.  Lalu suaminya berkata kepada media…..` saya ingatkan  bahagian depan  isteri saya punya…..rupa – rupanya bahagian belakangnya  mahkamah punya ``.

Para – para mufti, cerdik pandai agama semuanya salahkan makbapak makbapak semata – mata sedangkan KEPALA BAPAK yang  mengeluarkan permit dan mengajurkan siapa pun tak peduli. Jika adapun jawapan retorik yang tidak ikhlas untuk menjaga kepentingan jawatan dan kedudukan.

Kita lihat sahaja isu HAB HIBURAN. Isu dah basi dikupas oleh rakyat – rakyat di kedai – kedai kopi, di kaki lima masjid dan rakyat  mula memberontak BARULAH jawapan retorik membantah hab hiburan ini.

Dikepala pemimpin negara yang penting memperkasakan ekonomi, walaupun perolehan negara dari sumber yang haram dan merugikan  pembangunan insan  rakyat dan masalah sosial jangan peduli.

Apakah cukup kita ni setakat menggeleng - geleng kepala.

WAHAI IBUBAPA…. penjaga kepada remaja. JANGAN PERCAYA remaja kita 100%.

Teman sangat cemburu  isu keruntuhan moral remaja melayu  kini. Semasa mereka menginjak umur remaja yang penuh perasaan ingin tahu, rasa cinta dan nafsu yang membuak - buak ditambah dengan pendedahan kepada dunia IT tanpa sempadan, rakyat mesti sentiasa pantau secara lagsung. Kalau hantar tuisyen, kadang - kadang datang balik 1/2 jam kemudian untuk pastikan anak ada dalam kelas.

Ibubapa mesti giatkan kempen ` peduli anak ` dengan agama  secara berterusan dan jika mahukan keselamatan anak – anak kita terjamin, maka peribahasa melayu ` jangan jaga tepi kain orang ` sudah tidak relevan diguna pakai lagi. Hanya kita sahaja yang mampu menyelamatkan mereka dan bukannya pemimpin negara.

Jika kalian masih menaruh harapan bahawa pemimpin negara nak bawakan generasi kita kearah agama….teman harapkan lupakan kerana anak – anak kita diprogramkan rosak akhlaknya.

Cadangan Perdana Menteri mahu jadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam itu selaras dengan Program Tranformasi Ekonomi [ ETP ] yang dilihat sebagai meminggirkan nilai Islam.

Kamu tidak serikkah diwaktu keyakinan rakyat kepada kepimpinan Bn sudah terhakis malah keyakinan rakyat kepada umNO menyaksikan kepunahan  dan kepimpinan kamu dianggap tidak mesra rakyat tapi mesra krononi dan projek….sepatutnya menjadi pengajaran dalam kerajaan.

 Bila ada peluang, buka handphone untuk semak sms yang dihantar dan diterima, nombor - nombor panggilan dan sekarang kena cek gambar- gambar yang diterima kerana zaman ini bermacam – macam  unsur  yang merosakan remaja.

Rakyat mesti berani buat perubahan, jika Najib ajak ahli  umNO pertahan PutraJaya walau bercerai daging dari tulang… kita rakyat yang cintakan syariat Islam, keadilan dan kerajaan yang bersih mesti kerja kuat, kerja smart, kerja sungguh - sungguh untuk beri kesedaran kepada rakyat untuk beri peluang kepada Pakatan Rakyat  untuk menerajui pemerintahan negara dan melakukan 'Real genuine transformation'
.

Wahai pemimpin umNO.....dosa - dosa dulu, kini belum lagi terampun kenapa ditambah dosa - dosa baru untuk selamanya.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More