Saturday, October 30, 2010

FIRST LADY

Kali ini kita bersembang – sembang kisah wanita ` first lady` ataupun bahasa lainnya ` wanita pertama `.

Dulunya diantara ` first lady ` yang hebat personalitinya ialah Imelda Marcus yang bekas isteri Presiden Marcus. Beliau betul – betul seorang ` first lady ` di Filipina masa itu. Ianya berbeza dengan seorang hamba Allah di Malaysia itu yang mengaku pulak sebagai ` first lady `.
Arakian kepada dua cerita, nama pun cerita  iaitu 2 tokoh wanita yang dikatakan  hidup hebat dan berbelanja `moncah `atau mewah dan seorang ` first lady `di negera masing – masing.

Kite kenali wajah anggun dan mengancam Imelda Marcos iaitu isteri kepada Presiden Marcos yang merupakan diktator kepada Filipina satu masa dulu.Siapa tidak kenal kepada Imelda Marcos ini….beliau seorang cantik dan mengoda hinggakan pak – pak menteri kabinet suaminya ` melelih ayor lior `kempunan melihatnya.

Kecantikannya membuat sang lelaki tidak kenyang tidur dan makan tidak basah kerana begitu asyhik terkenang – kenangkan gaya bentuk tubuhnya yang mengiurkan itu. Bahkata kecantikannya seperti cantiknya Seniwati Saadiah dalam filem ` musang berjanggut ` hingga membuatkan pembesar – pembesar istana gundah gulana….malah datuk nikah kahwin negara termasuk sultan sendiri terlamun mimpi miang yang sama.
Berkat kecantikannya,Imelda memperolehi berbagai gelaran, misalnya `Rose Of Tacloban,Miss Layte, Iron Butterfly  dan gelaran lain.

Diwaktu kejatuhan empayar suaminya, ketika itu Corazon Aquino isteri kepada Mendiang Senator Benigno Aquino yang tewas tertembak di Bandara, Manila pada 21 Ogos 1983 mengambil pemerintahan Filipina dan dianggap itulah titik awal `people power`,Imelda pula  menuduh bahawa wanita ini tidak tahu apa – apa tentang politik.Tetapi terbukti apabila Corazon atau Cory ini dengan tegas apabila menolak kepulangan jenazah Marcos untuk dimakamkan di kampong halamannya di Ilocos Norte, Filipina.Berbagai usaha dilakukan oleh Imelda tetapi Cory tetap menjawab `No`.
Hebatnya Imelda ini....walaupun beliau bukan orang politik tapi mampu menyanggah orang politik.
Yang teman nak cerita kali ini ialah mengenai kisah ketika  Imelda keluar  Istana Malacanang beliau meninggalkan 3 ribu lebih pasang sepatu, 15 mantel bulu [ mane ke ropenya `] 500 lebih gaun, 500 butang dan 888 tas. Bayangkan berape nilai  belian tersebut.

Yang teman tahu hanya Belakang Loken Ipoh, Gerbang Malam dan Chow Kit Road aje.

Koleksi seluar dalamnya sahaja beralmari – almari….pendekata harga sehelai ` sepanda ` nya boleh membeli pakaian pelajar – pelajar miskin dikampung kelahirannya itu.
Nak jadikan cerita kite kembali ke Malaya, tanah ayor kite ini. Nanti ada orang kata pulak….kuman…di  seberang laut nampak ….projek balak ditempat sendiri tak nampak.

Nampaknya disini tak kurang hebatnya malah lebih hebat dari empunya hebat.

Di Malaysia ini ada seorang wanita yang banyak ciri – ciri Imelda Marcus ada padanya..Beliau  juga seorang `first lady yang asalnya seorang selebriti ….memang cantik, tapi tubuhnya sikit berisi maksud teman mungkin kata orang Perak` lu`nyei ` atau maksud lainnya habuan bantal peluk suaminya.

Ramai yang sok sek sok sek bercakap…. kesukaannya bukan sambal belacan dalam Filem Seniman Bujang Lapok tu…..tapi bershopping dari satu negara ke satu negara, setakat  The Mall, Sunway Piramid, Suria KLCC, Time Square ke…The Store Pekan Kuale Kangsar tu ....jawabnya lagi tak main le..
Kadang – kadang rakyat hairan juge, beliau ni bukan orang politik tetapi bercakap politik lebih dari Shahrizat Jalil ketua wanita parti berlambang keris tu…. apatah lagi Rafidah Aziz yang namanya pun orang dah tak ingat ! .....maklum le Melayu ni mudah lupa. Dulu masa jadi menteri dulu mahu tak mahu nama itu mesti diingatkan. Yang teman ingat kasutnya terputus ketika berlari kearah Dr. Mahathir dulu - dulunya.

Bayangkan dikhabarkan oleh orang ramai sekali orang besar diatas ini bershopping boleh membantu rakyat miskin di Gugusan Manjoi,Kampung Chui Cak di Pasir Salak,Kampung Senggang Di Kuala Kangsar dan tempat – tempat lain yang merindui bantuan, ada juga diantara mereka `merokho dinding `cari rezeki sesuap nasi untuk keluarga.
Pendekata dan panjangkata sekali beliau bershoping boleh  membantu rakyat miskin kat Galas dan Batu Sapi dengan tenang malah ` celah gigi ` menghantar projek bila – bila masa.

Begitu hebat dan rakus isteri – isteri pembesar – pembesar negara berbelanja….sedangkan rakyat ditipu acapkali dengan slogan ` rakyat didahulukan `.

Hari ini mula bising dikalangan ahli parlimen Barisan Nasional melahirkan rasa tidak puas hati secara senyap apabila timbul desas desus isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan peruntukan Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) untuk menganjurkan persidangan Wanita Pertama 'Dunia Ketiga' yang glamer baru-baru ini.

Oleh kerana intipati Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diadakan dari 12 hingga 14 Oktober lalu memberi fokus kepada cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak maka timbul dakwaan bahawa peruntukan Permata telah digunakan.

Malah mereka mendakwa sebanyak RM24 juta telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut yang mengumpulkan seramai 15 Wanita Pertama, enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.

Malah  ramai ahli – ahli parlimen menyuarakan  di kawasannya, di sesetengah tempat tidak mempunyai sekolah dan ada tempat, murid terpaksa berkongsi meja.

"Macam-macam yang tidak ada tetapi RM24 juta dibelanjakan untuk 'First Lady Summit".

Malaysia juga katanya turut dicemarkan dengan Islamic Fashion Fair (IFF) yang dipengerusikan oleh isteri Perdana Menteri yang menurut beliau berlagak ala Wanita Pertama Malaysia.

Teman merujuk ucapanKetua Wanita Parti Keadilan Rakyat, YB Zuraida diparlimen katanya "Datuk Yang DiPertua, saya ingin tahu sekolah mana yang mengajar ada nombor lain sebelum nombor satu, mungkin Permata kot - merujuk kepada program Rosmah yang mendapat peruntukan RM111 juta dalam Bajet 2011.

Apalah nasib tanah airku ini….hanya seorang yang bergelar ` first lady ` sanggup berkorban kerananya hingga rakyat terus terkorban mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More