Cuma takbir melayu ini lain sikit dripada takbir orang Arab. Takbir melayu mendayu – dayu bunyinya seolah – olah sedih lemang tak menjadi, anak cucu tak balik raya dan sebagainya. Manakala orang politiknya dan juak - juaknya pula terkenangkan projek tak masuk untuk belanja raya sekeluarga.
Sepatutnya kita malu…kerana kita berpuasa dalam keadaan selesa dan pasar Ramadan tumbuh disana – sini…tak cukup dengan menu dan resipi Malaysia… tambah menu diimport seperti mee bandung, jawa, nasi goreng Pattaya, USA dan sebagainya, sedangkan umat Islam di Palestine hidup dalam suasana ketakutan, malah puasa mereka serba ringkas dan menjamah makanan dalam bedilan peluru musuh.
Bagi siaran television pula 2 bulan sebelum puasa telah membuat ` shooting ` takbir tersebut dimasjid – majid pilihan dengan dikumpulkannya golongan artis, pelawak juga pak – pak menteri sambil mendendangkan irama takbir yang mendayu – dayu.
Teman hairannya jugak… puak – puak yang ngaji di Jordan, Yaman, Syria semasa disana takbir mereka bersemangar tapi bila balik ke Malizi iaitu tanahair mereka….takbirnya ubah kembali ke takbir melayu.
Sirah takbir ini juga mengambarkan kegembiraan tentera Islam berjaya membunuh Abu Jahal dalam peperangan Badar sambil melaungkan takbir ` ALLAHU AKHBAR ` dengan penuh semangat dalam kesyukuran.
Masyarakat melayu kita sering mengaitkan hariraya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hariraya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hariraya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?
Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.
Firman Allah (maksudnya):
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.
Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).
Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.
Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.
Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:
“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.
Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya.
Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.
Maka keluarlah lagu standard seperti ` minta mak kuih sepotong ` dan lagu – lagu lama seperti di era 60an seperti Ahmad Jais, Hail Amir, Sanisah Huri dan lain – lain lagi untuk bersama mengiringi kesedihan itu.
Erti gembira disini bukanlah sekeluarga pakat – pakat menonton rancangan 1 – 3 hari Syawal di depan television masing – masing dengan rancangan yang di kempen sekian lama, pastinya melalaikan dari pengertian Syawal dan Hari Raya itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment