2. Orang yang bekerja di pejabat, lesu bukan kerana sembahyang malamnya tapi kerana bolanya, kerana laghonya semalaman dengan kekawan terus menghidupkan enjin kereta. Memikirkan fail yang bertimbun-timbun, kerja yang terbengkalai, kerenah 'bos' dan birokrasi yang tercatat dalam jadual kerja harian.Keluar rumah pula tanpa niat bekerja suatu ibadah. Silap – silap mandi wajib pun lupa, lebih malang tak tahu langsung.Kes berat ni !
3. Guru-guru pula terpaksa 'bersilat' awal ke sekolah. Anak-anak yang akan di 'transit' ke nursery itupun mujur nursery,tapi kalau bagi mak yang jaga jawabnya mak bertuankan anak le jawabnya,tak ketinggalan ko-korikulum yang memenatkan, belum lagi kerenah anak-anak murid yang semakin ' kurang sopan' mutakhir ini kerana terikut – ikut dengan ` Akademi Fantasia dan Pentas Raja Lawak maupun Halimah Jongang The Serie. Pening - pening!
4. Kelab Orang Pencen (KOP) , selepas subuh, tiada lain yang difikir - nasi lemak, teh tarik, roti canai dan tumpuan kedai janda dan bangga dengan kepulan asap-asap rokok ibarat hutan simpan yang terbakar, menjadi agenda penting setiap pagi. Tak lupa juga, suratkhabar yang bersedia untuk memutar otak-otak mereka yang menghentam ulama dan perjuangan Islam dianggap sebagai sumber ` qath`ie. Quran? Lain tahun baca atau tunggu pesta tahunan musabaqah diadakan.
5. Ahli-ahli politik yang 'tak siuman' nak fikir apa? Kena fikir nak 'makan siapa' hari ni. Nak cipta fitnah apa hari ni. Nak pilih balai polis mana nak buat report yang mengada-ngada, yang lebih kepada nak glamor dalam tv sahaja.Bagi derma dengan cek berbentuk replika 1 Malaysia nampak. Nak tidur dan nak dengkur pukul berapa dalam sessi perbahasan parlimen hari ni. Kemudian berlagak dan mendakwa jadi pembela rakyat.
6. Yang berstatus Dato` ke , Tan Sri Ke sibuk pula mengintai mana – mana selebriti yang ` merenyang ` untuk dijadikan isteri ke 2 atau ke 3.Alamak berperang le yang pertama.Mereka juga tak sedar Mak Datin juga pandai mencari gigolo.
7.Bloggers pula sibuk dengan cari bahan terkadang – kadang makan pun lupa dan kena pula bloggers yang tak islamik sembahyang pun ` kantoi `
8.Exco Kerajaan Negeri Perak pula siang malam berfikir macamana nak martabat speakers Ganesan dan berdepan dengan karenah ADUN PR yang mereka iniaya tu.
9. Para cerdik pandai agama termasuk mufti pula hari – hari cakap tak serba bikin kerana yang penting dapat penghormatan dan dijemput ke forum perdana, janji masyukkkk.
10. Mak chik – mak chik sebelah petang menanti maghrib dok sembang pok pet – pok pet mengenai menu bengkang tak menjadi atau karenah anak menantu mereka.Sekali menantu lelaki sembang dengan kawannya kisah karenah banyak mak mertuanya baru mereka tahu.Baru ADIL.
11.Polis dok sibuk mantau ceramah politik pembangkang kerja dan fail kes – kes lama dimakan anai – anai dan bubuk.
12.Remaja yang berpeleseran kerana mak ayah tak peduli dok sibuk melihat bilik gerakan mereka untuk memilih tempat – tempat lepak hari ini.
13.Artis – artis yang putus cinta, putus tunang, putus kahwin pula mula mengintai Dato` , Tan Seri yang berprofil `rumah kata pergi kubur kata mari `tu untuk menjadi suami mereka.Walaupun tua tetapi serba serbi pengalaman.Pendek kata cerah masadepan.
Ini bukan ` Lu fikirlah sendiri Nabil atau [ Blog -sendiri – mau – ingat ] kerana lahirnya kita kedunia ini bukan sia – sia.
Ini bukan ` Lu fikirlah sendiri Nabil atau [ Blog -sendiri – mau – ingat ] kerana lahirnya kita kedunia ini bukan sia – sia.
Pesanan ini di bawa oleh DENGAN TENANG sebagai ` Tanbhigul Ghafilin ` yang bermaksud peringatan bagi yang lupa.
Tulisan semakin menarik dan berani.Dengan tenang kita seharusnya membaca.Kenali Bukit Gantang dari pandang sisi.Boleh dibaca di sisi bukit.
ReplyDelete