Monday, August 23, 2010

MERDEKA JANGAN TAK MERDEKA

Walaupun Perayaan Bulan Kemerdekaan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 ogos yang lalu, rakyat  dilihatkan  terus memandang sepi tanpa mengibarkan bendera. Adakah mereka tidak priotik atau  buntu sejarah.

Rakyat semacam tidak mahu sedar bahawa  negara akan menyambut hari kemerdekaannya pada 31 Ogos nanti. Hanya pejabat – pejabat kerajaan sahaja yang menaikan bendera tanda bangga mereka kepada negara. Malah seolah – olah diperhatikan ada juga mencari glamor memasang bendera dikenderaan masing – masing untuk menarik perhatian umum.

Rakyat kini dibebani dengan karenah kos hidup yang tinggi dan masalah gejala rasuah yang tiada kunjung malapnya.  Mungkikah itu juga merupaka isyarat rakyat kepada pemerintah. Ataupun rakyat telah teruja ketakutan bahawa semakin banyak maksiat dan kehancuran akhlak yang menakutkan  seperti produk anak luar nikah dan pembuangan bayi SEMAKIN MENJADI - JADI

Bila datangnya hari – hari bulan kemerdekaan, maka keluarlah gambar – gambar bekas Perdana Menteri di naikkan disana – sini seolah – olah hanya merekalah  pencetus kemerdekaaan ini. Dimana tokoh – tokoh awal kebangkitan kemerdekaan seperti ulama – ulama dan pahlawan Islam tanahair yang gugurnya mereka kerana menuntut kemerdekaan yang hakiki iaiatu Islam.

Kemerdekaan bukan sahaja negara kita sudah tidak dijajah lagi oleh bangsa asing tetapi kita juga sudah tidak lagi dijajah minda dan fikiran oleh mereka. Namun begitu, kalau dilihat kepada keadaan negara kita sekarang seolah-olah kita masih lagi dijajah oleh mereka tanpa kita sedari. Cuba lihat kepada anak-anak melayu kita yang Islam katakan, mereka memakai pakaian yang melambangkan kebanggaan barat tanpa segan silu. Ada yang nampak belakang pinggul seakan-akan pakaian itu tidak cukup kainnya. Namun mereka kata inilah trend yang patut dibanggakan.

Kalau beginilah sebuah negara yang dikatakan merdeka, maka Islam datang untuk memerdekakan mereka dengan sebenar-benar erti kemerdekaan. Marilah sama-sama kita merdekakan diri kita, jiwa kita, dengan keimanan yang jitu kepada Allah. Dengan sentiasa memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling kita ini. Banyak sekali petunjuk-petunjuk dan hikmah-hikmah yang Allah turunkan kepada kita untuk kita mengambil i'tibar dan pengajaran. Janganlah kita menunggu-nunggu lagi bala-bala Allah turun ke atas kita. Cukuplah dengan apa yang telah dan sedang berlaku kepada kita.

Sebenarnya kemerdekaan menurut Islam adalah merdekanya seseorang hamba daripada suruhan dan larangan Allah. Kalau mereka tahu apa yang disuruh Allah dan tahu apa yang dilarang Allah, ini merupakan satu kemerdekaan yang begitu besar yang mesti diingat oleh semua orang. Ini bermakna diri mereka sudah tidak dijajah lagi daripada anasir-anasir yang boleh merosakkan kepercayaan dan kefahaman mereka mengenai suruhan dan larangan Allah terhadap mereka.

Merdeka dan bebaslah diri kita daripada perkara-perkara yang melalaikan, yang merosakkan, yang membuatkan seluruh alam marah terutama sekali Pencipta kita yakni Allah Taala Yang Maha Agung. Merdekalah diri kita dari perkara kejahatan yang sering kita lakukan tanpa disedari atau disengajakan. Sekiranya kita dapat membebaskan diri kita daripada belenggu-belenggu kehancuran itu yakni kehancuran di Akhirat maka baharulah kita berada di dalam sebuah zaman atau negara yang merdeka.

Merdekakah kita? Merdekakah mereka? Merdekakah negara kita? Kemerdekaan adalah kebebasan. Kebebasan adalah kenikmatan. Kenikmatan hendaklah sama-sama dirasainya. Jangan hanya segelintir sahaja yang merasai kenikmatan itu. Kita pun mahu, anak kita pun hendak, bangsa kita pun inginkan. 

Ayuh wahai saudara-saudara semua marilah sama-sama kita mengecapi erti kemerdekaan yang sebenar-benarnya.

Merdeka, merdeka bukannya mauduitka, mauduitka.

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA !!!

1 comments:

link baru alhusseyn : http://alhusseyn2-alhusseyn.blogspot.com/

Post a Comment

1 comment:

  1. link baru alhusseyn : http://alhusseyn2-alhusseyn.blogspot.com/

    ReplyDelete

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More