Saturday, August 21, 2010

MELAYU DAN AL - QURAN

  Peristiwa Nuzul Quran merupakan sejarah turunnya Al - Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat peringkat sehingga lengkap hari ini. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan, tahun ke 41 keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan Nuzul itu bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al - Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberikan makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang peka memikirkan rahsia Al - Quran

Kebiasaan budaya orang melayu apabila datangnya Nuzul Quran setiap tahun  rata – rata di sana – sini menyambutnya dengan penuh imarah mengadakan majlis – majlis tertentu termasuk mengadakan ceramah dan sebagainya.

Sayangnya orang melayu kepada Al – Quran. 

Begitulah juga apabila datang tarikh Maal Hijrah dan Maulidilrasul semua pula pakat – pakat menganjurkan program yang sama bagi mengimarahkan sambutan tersebut. Maka pihak kerajaan kembali keluarkan logo rasmi Maal Hijrah iaitu gambar berbentuk sarang labah – labah. Standard Ya Akhi…kata seorang Ustaz kepada teman dalam kuliahnya tarawihnya baru – baru ini.

Maka pihak  kerajaan pula  lagi sekali bikin sibuk dengan menabalkan tokoh – tokoh sempena Maal Hijrah dengan diberikan kurnia….samada berbentuk  hadiah ke Umrah ataupun menunaikan Haji dan sebagainya.

Teman hairan jugak kadang – kadang  memilih calon – calon  tokoh atau Ibu Mithali berdasarkan ramai  anak mereka berjaya dalam pelajaran di menara gading dan memegang jawatan tinggi dalam profesion masing – masing.

Kenapa tidak pencalonan satu – satu tokoh dalam masyarakat sempena dengan mana – mana perayaan Islam mestilah bersyaratkan setiap tokoh itu bukan sahaja melahirkan anak – anak yang berjaya tetapi mereka mestilah memiliki pewaris dan mendokong gerakan Islam yang meneruskan perjuangan Islam dan patuh dengan kehendak Al – Quran tersebut.

Kita berbalik semula kepada isu Nuzul Quran tadi.

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri.
Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.
Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk-Nya.

Tidak kurang juga Al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.

Begitulah sedikit sebanyak teman utarakan mengenai makna besarnya Nuzul Quran ini, mudah – mudahan orang melayu semakin faham dan melaksanakan tuntutannya.

Orang melayu memang sayangkan Al – Quran….tetapi sayang mereka hanya kepada jasadnya sahaja….jika ada ada orang yang membakar Al – Quran ataupun menghina Al – Quran merekalah yang akan melenting dan sebagainya. Malah mungkin ada yang membuat laporan Polis dan panggil media untuk terpampang didada akhbar harian.

Kadang – kadang orang melayu peka dengan Al – Quran hanya polemik untuk melariskan perniagaan, gangguan makhluk halus dan sebagainya termasuk menghiasi dinding rumah. Malah ada seorang bekas menteri wanita yang begitu istiqamah meletakkan Al – Quran di meja pejabatnya dan sesi persidangan partinya…tapi sayang rambutnya mengerbang tanpa ditutup oleh seutas benangpun. 

 Al – Quran juga  dijunjung  seolah – olah mangsa kepada menegakkan benang basah ahli – ahli politik untuk mengiyakan sumpahan atau muslihat politik mereka.

Dulu ada seorang bekas qari Perak yang juga seorang bilal disebuah masjid di daerah yang dirahsiakan….jika ada diperhatikannya jamaah Jumaat membaca Al – Quran dan meletakkannya diatas pehanya….bukan lagi marahnya lalu menunjukkan kemarahannya dengan mengumumkan sebelum azankan waktu Jumaat tersebut dengan menyebut bahawa si polan bin si polan itu tiada adab dan tidak menghormati Al - Quran…teman bangga dengan bilal ini, tetapi sayang bilal ini tidurnya dalam kelambu yang berfikrah sekular.

Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.

Nak tengok melayu dan pembesarnya sayangkan Al – Quran ialah bila adanya Tilawah dan dulunya Musabaqah yang juga bermaksud  lumba kuda. Masa tu mereka bangga dan segak berpakaian baju melayu lengkap bersampin.

Tetapi selepas itu…yang faham sahaja memahaminya.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More