Gambar Hiasan
Kini umat Islam akan menunaikan ibadah puasa yang sekian lama dirindui. Posting kali ini teman huraikan sedikit sikap dan kefahaman orang Melayu terhadap ibadah ini yang terkadang - kadang diperhatikan kedatangannya seperti pesta yang dinantikan.
1. Dimalam pengumuman samada puasa atau tidak diumumkan oleh penyimpan besar mohor raja – raja Melayu. Kata orang kalau cerianya diwajahnya, maka tidak pula puasa diesoknya, tapi kalau wajahnya tidak ceria dan songkoknya agak sengit, maka dengan ini istiharkan bahawa akan berpuasa pada esok hari….bersamaan…. bagi seluruh Malaysia.
3. Jam waktu bersahur dikunci. Anak – anak dibangunkan. Agak marah jika ada anak – anaknya berat untuk bangun bersahur. Lepas bersahur ana- anak mereka terus tidor kerana hari masih awal untuk bergegas mandi bersiap ke sekolah. Ada pula ibu bapa terus melayani mata yang mengantuk juga turut tidor. Solat Subuh tentu lebuh tak sembahyang kerana yang penting bagi ibubapa dan anak – anaknya mesti berpuasa. Kalau didapati anaknya ` surrender ` tak mampu bertahan puasa….bukan main marahnya ibubapanya.
4. Anak – anak dibangunkan oleh pengasuh Indonnya dan terus mengalas bag sekolah yang berat bagai nak pergi berperang kerana tanpa jadual harian, tanpa doa perjalanan, tanpa doa keluar rumah dan meninggalkan ibubapanya yang sedang tidor juga tanpa bersalaman.
4. Anak – anak dibangunkan oleh pengasuh Indonnya dan terus mengalas bag sekolah yang berat bagai nak pergi berperang kerana tanpa jadual harian, tanpa doa perjalanan, tanpa doa keluar rumah dan meninggalkan ibubapanya yang sedang tidor juga tanpa bersalaman.
5. Orang yang bekerja pejabat agak lesu bukanlah kerana sembahyang malamnya tetapi tak cukup tidor kerana bangun bersahur dan terus menghidupkan injin kereta. Memikirkan fail yang bertimbun – timbun, kerja yang terbengkalai, karenah dan birokrasi boss yang tak pernah memahami pekerjanya. Keluar rumah pula tanpa niat kerja itu suatu ibadah. Silap – silap mandi wajib pun lupa…lebih malang lagi langsung tak tahu.
6. Guru – guru pula terpaksa ` bersilat awal ke sekolah `. Anak – anak akan di ` transit ` ke nursery. Itupun dikira ibubapa yang bertanggungjawab. Tapi kalau bagi mak atau mertua yang jaga…jawabnya mak bertuankan anak le jawabnya. Memang letih juga ko – korikulum yang memenatkan juga menghadapi karenah kebanyakan anak – anak muridnya yang kurang sopan mutakhir ini kerana terlalu terdedah dengan aktiviti mungkar kerana dasar kerajaanya yang tidak peka agama.
7. Kelab Orang Pencen [ KOP ] yang biasanya pagi – pagi lagi berfikir nasi lemak, roti canai dan teh tarik dikedai dan warung pilihan terutamanya yang berstatus janda kini mencari ` pot ` baru untuk lepak sesama geng KOPnya bersembang sampai ke ` le`ghor ` iaitu bermaksud waktu Zohor.
8. Orang istana, orang berduit, orang politik pula telah buat perancang lama untuk bercuti ke luar negeri. Masa inilah dok sibuk memasukan sponsor jadual ` moreh ` berbuka didalam kawasan politiknya. Lebih peliknya juga kalau berbuka puasa di hotel. Masa inilah orang politik nak tunjuk ` juara rakyat ` dengan mengacau ` bubur lambuk `.
9. Masjid dan surau penuh jamaah setiap waktu. Itupun sehingga 2 minggu berpuasa. Masuk minggu ke 3 semua tempat – tempat ibadat ini kembali tenang dan lenggang. Ada juga kes sembahyang sunat terawikh rajin tapi fardhunya boleh dibilang banyaknya.
10. Seluruh masjid dan surau penuh makmun bertarawikh. Selepas 8 rakaat saf sembahyang semakin kurang kerana orang muda banyaknya sakit lutut dan pinggang dan terus melepak di serambi masjid dan surau. Tinggallah jamaah orang tua yang kelihatan bersemangat sehingga ke witirnya.
11. Mak chik – mak chik di rumah selepas mengemas rumah masing – masing terus berkunjung ke rumah orang sebelah sambil pot …pet…pot… pet ceritakan urusan dunia sana sini atau bangkitkan isu buat resipi kuih atau bengkang yang tak menjadi.
12. Waktu berbuka terlampau banyaknya makanan dihidangkan sehingga nasi menjadi ` lemas ` kerana banyaknya lauk – pauk diatasnya.
13. Dipasar Ramadhan riuh dengan pekikan orang yang berniaga. Silap – silap ramai yang tak sembahyang daripada sembahyang. Yang tak pernah niagapun nak berniaga.
14. Artis pula masa inilah nak buat duit….belum lagi nyambut puasa dah sibuk buat ` show `. Puasa – puasa juga tutup aurat dan pergaulan lelaki dan perempuan langsung tak peduli.
15. Sesudah cukup sebulan berpuasa sekali lagi penyimpan besar mohor raja – raja mengumumkan tarikh hari raya bagi Malaysia. Sepertimana biasa kiranya wajahnya ceria dan songkoknya segak, maka dengan ini istiharkan bahawa esok bertarikh…bersamaan adalah hari raya…maka bertepiklah kanak – kanak dan yang bukan kanak – kanak gembira.
16. Sampai malam terakhir puasa dah nak beraya. Pakat – pakat bertakbir. Takbir Melayu ini lain sikit takbir orang Arab. Takbir Melayu mendayu – dayu bunyinya seolah – olah sedih lemang tak menjadi, anak cucu tak balik raya dan sebagainya. Hairannya puak – puak yang ngaji di Jordan, Syria semasa disana takbir mereka bersemangar tapi bila balik ke Malizi iaitu tanahair pula….takbirnya ubah kembali ke takbir Melayu.
17. Nak tengok orang yang betul – betul menghayati Ramadhan ialah diwaktu datangnya Syawal kerana masih sedih meningalkan Ramadhan. Bimbang – bimbang tidak bertemu di Ramadhan yang lain. Lain pula orang puasa Melayu dan artis Melayu bukan main sakannya mereka menyambut Syawal.
Pesanan ini di bawa oleh DENGAN TENANG sebagai ` Tanbhigul Ghafilin ` yang bermaksud peringatan bagi yang lupa.
Salam Saudara,
ReplyDeleteHarap dapat link blog saya di sini. Blog saudara sudah lama saya link kan di blog saya, kerana saya suka baca cara penulisan saudara.
Maaflah, blog saya beridentiti kurang ajar sikit, ada maki hamun (bahasa kasar) pada pimpinan umnoApco khususnya, sebagai tanda kebencian saya.
Namun begitu, lawan tetap lawan walau caranya berbeza.
Salam perjuangan.
Isa Mohammad.
http://www.ikutsukaakuisa.co.cc