Monday, September 20, 2010

CERMIN MATA HITAM

 Posting kali ini teman ingin membincangkan isu berkaitan pemakaian cermin mata hitam.
Oleh kerana terlalu ramai dunia bercakap mengenai pembunuhan jutawan kosmatik yang terkenal iaitu Sosilawati. Mungkin satu hari nanti dunia ramai akan bercakap kisah pembunuhan jutawan tongkat ali dan kacip patimah pula….sebarang kebarangkalian boleh berlaku dalam negara yang bernama Malaysia ini.
Ataupun kita lupa seketika kerana esok difahamkan terdapat 5 orang remaja akan mendaftar dan menduduki Sekolah Khas Remaja Hamil di Melaka tu….hai seonoknya mereka yang bertugas sebagai ` warden` .
Orang kaya jika ianya memakai cermin mata hitam atau apa sahaja barangan dari jenama murahan….dunia akan berkata ` sure ` mahal punya ataupun ` imported `, sebaliknya pula jika ada orang yang dalam kategori susah atau kurang mampu milik tetapi memakai jenama yang mahal….dunia akan berkata pula…..` sudah la…gerbang malam atau kaki lima punya barang….. Itula dunia.
Di Malaysia jika kita amati pemakaian cermin mata hitam ini kebanyakkannya diguna pakai untuk tujuan kecantikan semata – mata. Dalam kes – kes pembicaraan dan penceraian artis dan pembesar negara kita akan lihat ramai malah semua wanita berkenaan memakai cermin mata hitam…..seolah – olah arahan standard mahkamah.
Begitu juga kita perhatikan mana – mana yang keluatr masuk mahkamah pula diperhatikan kesemua memakai ` kopiah putih `. Seolah – olah membayangkan mereka sudah taubat ataupun sebagai sindiran kepada pihak – pihak yang sering memakai kopiah tersebut.  
Cahaya matahari yang dipancarkan mengandungi spektrum cahaya bermula dari jarak gelombang 10 nonometer (nm) hingga ke 100 mikrometer (m) iaitu dari gelombang sinaran gamma hingga ke gelombang radio.
Di antara spektrum gelombang cahaya ini terdapat spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Bagaimana kita mengenali dan menghayati alam adalah dengan menggunakan jarak gelombang. Jarak gelombang adalah asas kepada kita mengenali dunia.
Kita menerima dan menganalisis jarak gelombang tertentu dengan dua organ utama iaitu mata dan telinga. Kita melihat cahaya melalui mata dan menangkap bunyi dengan telinga.
Dari gelombang radio hingga pancaran gamma, jarak gelombang semakin memendek, menyebabkan frekuensinya bertambah dan akan menyebabkannya menghasilkan tenaga yang semakin bertambah. Ini bermakna gelombang ini semakin berupaya menembusi sesuatu dan amat berbahaya pada mata.
Pendedahan pada cahaya matahari terlalu lama juga boleh mengakibatkan ketajaman penglihatan menurun, kehilangan kontras, silau, pening dan keletihan visual.
Spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah berjarak gelombang antara 380nm hingga 780nm iaitu antara cahaya Ultraungu (UV) dan Infra merah (IR).
Ini bermakna, mata manusia hanya mampu melihat cahaya antara jarak gelombang ini sahaja (380nm hingga 780nm).Mata manusia tidak berupaya mengenal pasti berbagai elemen cahaya mengikut berbagai jarak gelombang yang lain.Cahaya UV, cahaya biru dan cahaya IR boleh menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu mata.
Oleh itu, penggunaan cermin mata hitam yang sesuai adalah perlu bagi mengelakkan kesan negatif yang disebabkan oleh cahaya tersebut ke atas tisu mata.Cermin mata hitam selalunya dipakai untuk menghalang kesan cahaya matahari yang boleh mengganggu penglihatan dan merosakkan sel-sel mata.
Dalam kes-kes tertentu ia juga dipakai untuk kelihatan menarik. Cermin mata hitam dipakai seharusnya bukan sekadar untuk penampilan tetapi yang lebih penting adalah sebagai alat yang boleh menghalang kesan resapan cahaya UV, cahaya biru dan juga IR yang akan merosakkan tisu mata.
Cahaya UV dan cahaya biru juga mempunyai kesan resapan 10 kali lebih tinggi dibandingkan dengan cahaya IR. Sebahagian besar cahaya UV dari matahari diserap oleh lapisan ozon di atmosfera, namun sebahagian daripadanya masih dapat sampai ke permukaan bumi.
Pendedahan pada cahaya UV yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada mata seperti masalah katarak.
Jadi cahaya UV berkenaan perlu dihalang daripada meresap masuk ke dalam mata.
Kegunaan cermin mata hitam. Cermin mata hitam yang sesuai perlulah memenuhi ciri-ciri berikut ;1. Mampu menghalang silau dari cahaya yang terlalu terang.2. Boleh menyerap cahaya Ultraungu (UV) dan cahaya biru.3. Diameter cermin agak besar untuk melindungi mata.4. Boleh menghalang impak dari objek yang melayang ke arah mata.5. Tiada gangguan imej permukaan (surface distortion).Dari ciri-ciri tersebut, cermin mata hitam yang baik perlulah mempunyai cermin gelap yang menghalang silau, dibuat dari bahan yang tahan lasak dan mempunyai kualiti menyerap cahaya UV.
Malaysia adalah sebuah negara yang beriklim tropika. Keadaan panas terik dengan keterangan cahaya yang tinggi amat menyilaukan mata.
Terdapat juga beberapa sebab lain mengapa orang menggunakan cermin mata hitam selain perlindungan UV, seperti;
1. Tujuan kosmetik (penampilan) 2. Bersukan atau riadah 3. Mengelak malu (menyorokkan muka)
Di Malaysia ada sedikit kelainan daripada tujuan pemakaian cermin mata hitam ini bukan sahaja dalam kes – kes mahkamah, malah di tempat tanah – tanah perkuburan juga ramai wanita memakai cermin mata hitam. Kadang – kadang balu – balu yang turut bersama pengebumian suaminya nampak anggun berkaca mata hitam sehingga ada juga yang membuat ` cinta pandang pertama `. Ingat ambil perhatian boleh tapi perhati tidak boleh. Itulah sebabnya Islam tidak mengalakkan wanita bersama dalam majlis tersebut kerana banyak fitnah daripada manfaatnya.
Yang bangang dalam sejarah pemakaian cermin mata hitam di Malaysia ini ialah sikap orang melayu yang suka meniru – niru gaya orang barat. Beli mahal – mahal cermin mata, tapi nampak bodoh kerana meletakkan cermin mata tersebut di kolar belakang bajunya, malah ada juga yang lebih bodoh disangkutkannya diseluar disebelah belakangnya pada parit punggungnya…sekali jatuh atau dicuri….pandai muka. Melayu, melayu gemar sangat meniru.
Kita tunggu jika penggunaan cermin mata yang boleh ` transparent ` menebusi batang tubuh manusia….jawabnya dunia semakin kritikal dosanya.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More