Semalam Menteri Besar Selangor mendedahkan telah menemui sebuah alat perakam video yang disorok di dalam pejabatnya dipercayai untuk mengintip aktiviti hariannya.
Katanya lagi perkara ini telah disedarinya kira – kira jam 6 petang semalam daripada beberapa lamanya kepimpinannya sebagai Menteri Besar di Selangor. Berdasarkan pemeriksaan alat perakam video itu dipercayai telah berada didalam bilik berkenaan dalam tempoh yang panjang dan lama lagi.
Lebih menghairankan lagi pengawal keselamatan yang dirujuk mengenai perkara ini menyatakan mereka tidak tahu menahu keujudan hamba Allah ini. Ini juga merupakan diantara perkara ganjil daripada yang ganjil dizaman yang serba canggih ini. Apa jenis keselamatan ini teman pun tak tahu.
MB Selangor tu juga memaklumkan bahawa beliau belum membuat repot Polis. Teman hairan juga tak kan pengawal keselamatan yang bertugas kat pejabat MB tu pun tak perasan langsung. Itu yang teman musykil tu.
Kalaulah hero spy ` James Bond ` Sean Connery, Roger Moore ada tentu mereka dapat membantu memberkas penjenayah yang di upah oleh pihak tertentu itu. Harapkan keselamatan yang dok ada ni…entah le. Di Malaysia cuma ada spy jebon.
Mujurlah tiada adengan seperti video ` correct – correct ` tu ataupun aksi biru dan panas Chua Soi Lek. Baru ya….satu masjid dan surau di 1 Malaysia sembang di bulan Ramadan ini.
Apa gaduhkan Tan Sri Khalid. Semasa Dato Seri Nizar menerajui Negeri Perak itupun memang ada video intip dipejabatnya….tinggal lagi tak ke jumpa kerana dalam dok ` cheroye – cheroye ` atau intai intai kat bilik tu…tiba - tiba Zambry terus masuk di bilik tu tanpa izin rakyatnya….gamaknya dah di ` tangei ` atau di buka video tu oleh bahagian keselamatan le tu. Teman yakin jika DS Nizar memasuki semula pejabatnya kembali selepas pilihanraya umum ke 13 ini, maka mungkin ada tangan – tangan ghaib yang memasangnya kembali.
Teman hairan juga negara teman ini….dah lah dulunya senjata di kem tentera boleh dilarikan orang dalam peristiwa ` Al - Maunah ` lepas itu beberapa tahun hilang pulak injin jet milik tentera dan bermacam – macam hilang. Di Malaysia ini bukan sahaja harta negara boleh hilang , malah hilang pegangan akidah Islam pun siapa tak kan marah punya kerana yang penting bagi mereka perpaduan Melayu perlu diperkasakan.
Rakyat yakin ini semua orang dalam punya kerja. Tak kan benda ni boleh di pasang gitu – gitu tanpa ada rekod di bahagian pengurusan atau khidmat pejabat MB tu.
Sabar sahaja….wahai Tan Sri Khalid…ini semua cobaan semata – mata. Kalau nak dibandingkan dengan ujian yang Tan Sri terima ini, lebih teruk yang di terima oleh Dato `Seri Nizar ketika memerintah dulu kerana ketua yang jaga Bangunan SUK itu adalah penyangak yang besar dan ` mastermind ` perjatuhkan kerajaan rakyat kepimpinannya.
Inilah ujian orang yang berjuang.
0 comments:
Post a Comment