Masyarakat akan menjadi haru-biru apabila sikap sesetengah pemimpin atau ulama sendiri yang tidak mempunyai hati atau jiwa yang sejahtera, emosi yang tidak terkawal, dan menaruh dendam kesumat kepada saudara Islamnya sendiri.
Sedangkan sikap tersebut amat dilarang keras dalam agamanya sendiri. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang bermaksud: “Jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil, berlaku adillah kamu (kepada sesiapa sahaja) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada ketakwaan.” (Al-Maidah:
Barangkali kita lupa akan doa yang sering kita baca setiap selesai solat:
Maksudnya: “Ya Allah Engkaulah yang Maha Damai, daripada-Mu bersumber kedamaian dan kepada-Mu kembali kedamaian. Hidupkanlah kami dalam kedamaian dan masukanlah kami ke syurga, negeri yang penuh kedamaian.”
Kehidupan yang aman dan damai sememangnya menjadi cita-cita setiap orang. Oleh hal yang demikian itu, usaha mewujudkan perdamaian harus dilakukan oleh semua orang (semua pihak), lebih-lebih lagi bagi seorang mukmin. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: ”Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka ciptakanlah perdamaian di antara saudaramu.”( Al-Hujurat: 10)
Islam juga mengajar umatnya supaya berlaku adil kepada bukan Islam sambil menunjukkan kehebatan Islam itu sendiri. Pengajaran diatas menunjukkan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu adalah bijak dan dipuji. Nak ikutkan umNO lebih baik baginya bertanya kepada kitab Lord Reid sahaja. Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu. "Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid. "Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katanya menjelaskan isi pertemuan. Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno. Menurutnya, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam. "Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia," katanya lagi. Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam. Teman yakin, mujurlah beliau merujuk kepada Tuan Guru ini, tetapi jika dirujuk kepada pihak lain seperti YADIM, IKIM maupun mufti – mufti….alamat jawapannya standard dengan ketua. Terkadang – kadang diperhatian lagak mereka laksana seperti kumpulan itik pulang senja sahaja. Apabila ketuanya masuk hutan mereka masuk hutan, apabila ketuanya menghirup ` air limbah ` atau air parit semua pakat – pakat ikut ketua seperti ayat kami dengar dan kami patuh. UmNO juga dilihat seperti seekor lalat terhidu bau susu lalu ternampaknya akan tin susu yang ada lubang kecil diatasnya lalu lalat ini melepaskan dirinya masuk kedalam tin ini dan selepas menikmati kelazatan susu tadi, ianya mencari jalan keluar tapi gagal kerana buntu tidak nampak lubang masuknya tadi. Akhirnya mati didalam kenikmatan dunia susunya. Kalaulah umNO ikut cara pendekatan Ahli Parlimen Serdang ini, maka damai dan amanlah Malaya ini. Tahniah Nie Ching…..kamu dah mula nampak kebenaran dan keadilan Islam. |
0 comments:
Post a Comment