Belum lagi reda dan kering isu doakan untuk orang Islam dalam khutbah Jumaat…datang pulak isu baru iaitu orang bukan Islam masuk kawasan solat di sebuah masjid di Selangor diikuti beberapa masjid yang lain.
Dulu kita saksikan semasa Malaysia menjadi tuan rumah sukan Komanwel di susun acara bacaan doa selamat semasa majlis perasmian. Sedang semua kita tahu para atlet sukan memakai pakaian yang menjolok mata seperti sukan renang, acara balapan dan sebagainya. Kenapa tiada pimpinan umNO ataupun para mufti – mufti yang tegur masa itu….apakah masa itu belum turunnya lagi kitab umNO. Para peserta bukan sahaja cina malah bermacam – macam agama.
Nampaknya isu demi isu yang ditimbulkan ini diibaratkan seperti seorang suami yang kematian isterinya baru 3 hari ….dah sibuk nak bernikah baru, maka kata orang melayu ` tanah kubur pun belum kering lagi`. Itulah melayu perkara yang boleh di kata tidak boleh kerana alasan apa orang akan kata dan bukannya bertindak apa agama nak kata.
Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.
“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.
“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid.

Kalaulah begitu lagaknya nampaknya selepas ini orang bukan Islam tidak dibenarkan memakai pakaian ala orang Islam. Mungkin memakai songkok pun di anggap satu kesalahan kerana merupai orang melayu. Tapi kalau remaja dan orang muda memakai ` rugged ` dan berkoyak rabak serta bertatu itu merupai barat dianggap pula ` trend `semasa.
Pendekata kalaulah Chua Soi Lek yang dikatakan kaki seks berucap pun tak mengapa, asalkan jangan bercakap mengenai pengalaman atas ranjangnya itu sahaja yang tak boleh.
Pendekata kalaulah Chua Soi Lek yang dikatakan kaki seks berucap pun tak mengapa, asalkan jangan bercakap mengenai pengalaman atas ranjangnya itu sahaja yang tak boleh.
Teman nak tanya pemimpin – pemimpin yang dapat kontrak mengecat masjid, memasang air – cond, bertukang di masjid itu….orang melayu ke yang dapat projeknya…yang teman tahu semuanya ` ca ya nun alif ` yang dapat. Tak de pun orang melayu bising jika ada diantara mereka menyanyi, berseluar pendek, malah ada juga yang kencing merata – rata didalam kawasan masjid. Kenapa isu ini tak riuh satu Malaya. Sebabnya ` itu olang bukan politik punya olang `….itu cari makan punya olang.
Di Malaysia ini....semua boleh yang tak boleh cakap agama sahaja....kalau nak ` tiger show ` pun boleh atau nak jemput Inul goyang gerudi pun lagi boleh. Guna khidmat apco yahudi pun boleh. Itulah seninya negara Malaysia Boleh.

Teman tak de pandai bab - bab agama.... tak berani juga teman nak nyampuk kut-kut salah. Tapi setakat nak berhujah dengan Mashitah Ibrahim tu…dengan tenang teman boleh. Dengan Hamidah Exco perempuan tu lagi teman boleh. Apa kata Majlis Fatwa Kebangsaan bersabit isu ini.
“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang”.
Nampaknya umNO ini parti yang ` bodoh sombong ` dan tak pernah mengaku silap. Ada satu cerita untuk ditujukan kepada umNO.
Namapun cerita. Kisah 3 orang pemuda Indonesia yang sewa sebuah teksi untuk pulang ke rumah ` kongsi ` ditapak sebuah projek kondominium. Tiba – tiba salah seorang daripada mereka kentut yang amat sangat busuknya. Masing – masing menuduh dan tidak mahu mengaku sehingga membengangkan pemandu teksi. Sampai sahaja ke kongsi mereka masing – masing keluarkan duit satu ringgit seorang. Kata pemandu teksi tadi `hey…sorang lagi belum bayar ` pemuda itu mula naik angin dan bertanya siapa belum bayar…kata pemandu teksi itu kentut busuk punya olang belum bayar lagi…. sorang dari mereka mengamuk…hey saya sudah bayarlah . Tiba tiba semua yang ada dalam teksi mula naik benggang kerana ` kentut punya olang belum bayar lagi ` sudah mengaku kentut.

Cerita ini mengingatkan kita bahawa umNO tidak pernah mengaku silap…walaupun perkara yang mereka lakukan itu salah dari sudut agama. Akhirnya satu demi satu kebodohan mereka terserlah dikacamata masyarakat.
Semuanya akan boleh apabila Pulau Pinang dan Selangor kembali kepada Bn. Ini berlaku di Perak.
Kita tunggu apa selepas ini.
Semuanya akan boleh apabila Pulau Pinang dan Selangor kembali kepada Bn. Ini berlaku di Perak.
Kita tunggu apa selepas ini.
0 comments:
Post a Comment