Saturday, August 28, 2010

UMNO : DUNIAMU SEMAKIN JAUH

Air terjun di Cameron Falls, Alberta, Kanada tiba-tiba bertukar menjadi warna merah seperti buah tomato selepas hujan lebat, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar air terjun yang bertukar menjadi merah itu dirakamkan oleh seorang ibu dua anak, Rochelle Coffey yang bercuti bersama keluarganya.

Rochelle tidak menyangka dia dapat melihat fenomena alam semula jadi itu.

Air terjun itu bertukar menjadi merah kerana hujan lebat menyebabkan endapan pada batu-batu mengalir ke dalam kawasan air terjun sekali gus mengakibatkan perubahan warna berlaku.

Itulah di antara kebesaran Allah SWT daripada bermacam – macam Allah tunjukkan kebesarannya.

Sungguh begitu besar yang pengajaran yang ditimbulkan oleh bahaya dunia, hingga Allah SWT dan Rasulnya menyebutkan dan sering mengingatkan berkali – kali. Manusia sering alpa kerana kepentingan perut dan bawah perut mereka.

Maka ingatlah wahai pembesar – pembesar, pemimpin – pemimpin negara maupun yang bergelar raja ingatlah peringatan ini…. Dimanakah kalian ?. Kalian juga bertanggungjawab kepada segala kemusnahan etika insan yang diperhatikan sudah terlalu jauh menyimpang daripada islam yang sebenarnya. Ingatlah juga bahawa ` dunia kalian tidak selalu cerah ` ataupun maksud melayunya  langit tidak selalu cerah.

Janganlah keindahan dunia membuat kita melupakan Allah SWT dan Rasulnya. Marilah kita menyingkap dan menikmati keindahan itu dengan jalan yang di redhainya bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW ` Orang terbaik di antara kalian adalah orang yang tidak meninggalkan akhiratnya dan dunianya, tidak pula meninggalkan dunianya demi akhiratnya, dan tidak menjadi beban bagi orang lain `.

Maka benar Allah dengan firman – firmanya, sungguh sering kita lihat manusia memperolehi apa yang dikehendakinya seperti wanita, harta, anak, kekayaan baik dan sebagainya menghalalkan segala cara dan tindakan ketika sudah memperolehinya dan terus terlalu bangganya mereka hingga lupa diri akan kudratnya sebagai hamba Allah SWT. Lalu ketika apa yang dimilikinya itu hilang, terlepas ataupun hancur lebur maka sudah pastinya mereka putus asa dan merana.

Begitu juga dengan kelebihan cantik, tampan, macho dan seksi yang di miliki oleh selebriti contohnya sehingga lupa diri bahawa sebenarnya hanya makhluk yang hina di sisi Allah SWT. Dunia adalah kembang dan perhiasan yang menipu, memiliki pengaruh magis yang kuat dan dapat menimbulkan fitnah yang tiada batasnya. Dunia juga akan membawa manusia ke terjerumus dalam lembah kehancuran jika tidak meletakkan Al – Quran sebagai panduan hidup.

Rasulullah SAW dalam khutbahnya juga pernah mengingatkan kita semua dengan bersabda ` Wahai umat manusia negeri dunia yang bengkok, bukan negeri yang lurus. Dunia adalah tempat kesusahan, bukan tempat kesenangan. Baransiapa mengetahuinya, maka ia tidak gembira dengan kelapangan yang dimilikinya atau bersedih kerana kesengsaraan yang dialaminya. Ketahuilah bahawa Allah menciptkan dunia sebagai negeri tempat ujian dan akhirat sebagai tempat kembali. Allah menjadikan ujian dunia sebagai sebab mendapat pahala akhirat dan menjadikan pahala akhirat sebagai modal ujian dunia. Allah mengambil untuk memberi, menguji untuk memberikan ganjarannya `.

Dalam sabda lain ` Dunia itu manis dan hijau. Allah menjadikan kalian khalifah disana. Dia hendak melihat bagaimana kalian melakukannya. Maka waspadalah terhadap dunia dan waspadalah terhadap wanita `. Kerana sedarilah selepas kematian kamu tidak ada fitnah yang lebih memberbahayakan kaum lelaki daripada fitnah kaum wanita.

 Allah SWT berfirman :
Dan berilah perumpamaan kepada mereka [ manusia ] kehidupan dunia sebagai air hujan yang kami turunkan dari langit, maka menjadi subur kerananya tumbuh – tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh – tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah maha kuasa atas segalanya` [ QS. Al Kahfi : 45 ]

Ingatalah bahawa kekuasaan, kesenangan, penghormatan, kemuliaaan yang kamu miliki di dunia ini  akan lenyap kerana ianya milik mutlak tuhanNya.

Jadi…hidup di dunia adalah UJIAN. Marilah kita bersama mengharungi ujian ini jika maukan kemuliaan disisi Allah SWT yang hakiki.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More