Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.
Kenyataan ini timbul selepas acapkalinya wakil rakyat bukan Islam datang memprogramkan diri mereka masing – masing sebagai diamanahkan sebagai wakil rakyat.
Kali ini teman nak bercakap mengenai masjid dan kesuciannya.
Oleh kerana mutakhir ini menunjukkan perkembangan yang sihat bahawa pemimpin dan ahli – ahli umNO begitu kasih mereka kepada masjid dan sejak dulu merekalah juara memakmurkan masjid. Ini realiti terkadang – kadang ada juga pimpinan PAS dan ahlinya juga belum tentu boleh istiqamah hadir setiap waktu berjamaah, walaupun bercakap Islam berdegar – degar tapi umNO…pendekata subuh lagi tok siak belum buka pintu masjid….mereka dah ` tercokup `sampai sebelum subuh lagi.
Teman nak cerita pada you all semua kebetulan teratak teman berdekatan dengan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan yang tersohor itu. Pendekata masjid itu pilihan pertama orang menghiasi kalendar dan berposing di waktu bercuti bersama keluarga, malah mat saleh dan minah saleh pun tiap – tiap hari datang ke masjid itu. Kalau you all nak tahu kadang – kadang segan juga dibuatnya kerana minah saleh ini kadang – kadang pakaian mereka….masyaAllah….bukan sahaja transparent, malah boleh dilihat puting dot dot dot [ dengan izin ] hinggakan boleh menyebabkan makmun boleh terkandas bacaan solat berjamaahnya. Maaf ini realiti bukan teman bermaksud nak lucah atau nak kuningkan cerita tapi ` nak habaq mai `.
Teman tak salahkan pelancung ini kerana bagi teman pihak pengurusanlah yang bertanggungjawab memberikan arahan kepada pengunjung mana – mana masjid. Alhamdulillah kini sudah ada arahan yang dikeluarkan mengenai etika pakaian semasa berada didalam kawasan masjid. Tapi tindakan tidak membenarkan bukan Islam berdamping dengan masjid adalah satu tindakan jakun dirimba. Itulah selagi Kementeriaan Pelancungan tidak Islamik selagi itu budaya kuning akan meresap dalam negara.
Satu perkara yang teman kurang bersetuju dengan masjid ini kerana hampir semua Ahli Jawatankuasanya bertitle ada pingat yang mereka dapat. Sekurangnya – kurang PJK, AMP dan sebagainya. Maklumlah masjid DiRaja. Pendekata semacam teman ini tak dapat merasa dalam line up AJK kerana teman ini hanya dapat pingat ` Dato` kepada cucu – cucu [ anak kepada anak saudara ] teman. Teman pun tak ingin buat menambahkan dosa yang sedia ada sahaja.
Kawan teman tu dapat juga pingat PJK, tapi pingat ` perut juntai kedepan ` maksud teman perut boroi le tu.
Teman tak marahkan mereka kerana dulunya kebanyakkanya bekas pesara pegawai - pegawai kerajaan. Dulu semasa bertugas lalu depan depan masjid pun tak toleh, tapi sekarang lepas pencen berdamping dengan masjid....Alhamdulillah. Cuma ada sikit ego yang perlu dikikiskan.
Kawan teman tu dapat juga pingat PJK, tapi pingat ` perut juntai kedepan ` maksud teman perut boroi le tu.
Teman tak marahkan mereka kerana dulunya kebanyakkanya bekas pesara pegawai - pegawai kerajaan. Dulu semasa bertugas lalu depan depan masjid pun tak toleh, tapi sekarang lepas pencen berdamping dengan masjid....Alhamdulillah. Cuma ada sikit ego yang perlu dikikiskan.
Di masjid ini ada cerita yang kisah benar. Teman teringat masa taman belasan tahun dulu ada seorang imam bertugas pada solat asarnya dalam rakaat kedua….tiba – tiba imam ini memberikan isyarat kepada makmun belakangnya iaitu bilal supaya take over tugasnya untuk meneruskan solat dan kami tersenyum dalam solat kerana terdengar suara perlahan imam ini menyebut ` Allah….ana terlupa mandi wajib.
Gamaknya makmun yang terdengar tadi tak tahulah status solatnya itu. Selepas itu teman terdengar orang – orang tua menyembang di lobi parlimen masjid itu ` imam itu bersetubuh dengan isterinya dalam projek zohor kot….` kata mereka sambil ketawa teman yang kecil masa tu pun turut tumpang sekaki dan tersenyum tanda faham.
Teman tak sangka sejak bila umNO ini mula menunjukkan cinta mereka kepada masjid. Sepertimana kita tahu dan selalu teman sebut bahawa mereka hanya jadikan masjid sebagai waktu bersantai sebelum masuk tidur sahaja. Borak – borak selepas Isya dan ` setat ` motor balik. Kalau ada pengajian yang menyentuh dasar kepimpinan negara….terus angkat punggung menyandar di luar masjid ataupun yang fanatik umNOnya merungut – rungut lalu terus balik ke rumah…kerana bagi mereka masjid hanya untuk beribadat dan bercakap fardu ain sahaja, Bab – bab muamalat, jinayat, siasah dan sebagainya harus diletakkan dipagar masjid sahaja.
Diantara tuduhan tidak membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid ialah beralasan mereka melanggar kesucian dan pihak – pihak yang membenarkannya dianggap tidak berakhlak. Teman tidak nafikan bahawa orang Islam mesti menjaga akhlaknya. Tapi ada pada tempatnya. Lainlah jika ada orang yang menghina Islam dihadapan kita, maka jika kita memberikan ` penampar ` kepada kalangan yang menghina Islam itu ….ianya juga di kategorikan sebagai akhlak yang mulia kerana kita mempertahankan Islam dari dihina.
Kenapa tidak kalau ada ustaz – ustaz cuba test pandu satu satu tajuk baru iaitu ` babul jimak ` teman yakin tentu umNO akan setuju. Malah jamaah terawih yang hanya datang setahun sekali itu juga akan terus istiqamah mengimarahkan masjid. Kerana disana ada makam – makam yang ramai ingin tahu…sebab pimpinan umNO kan banyak duit dan selebriti, penyanyi dan artis juga menanti pantang dipelawa.
Teman bukan nak bangga diri, tapi dulu teman pernah dapat anugerah ` merpati putih ` dalam program yang dianjurkan oleh masjid tersebut. Kata mereka gelaran ini diberikan kepada seseorang yang kasih dan kecintaan kepada masjid.
0 comments:
Post a Comment