Kebiasaannya teman balik noreh dari ipoh ke kuale tiap – tiap hari hampir maghrib.Kekadang naik hot nengok perangai anak – anak bermain hingga ralet [ lupa ] waktu dah masuk.
Selepas waktu solat maghrib teman pun membaca le apa yang patut untuk nambah – nambah bekalan disana nanti.Tiba – tiba teman terpasang siaran berita yang teman sebelum ni tak berapa berkenan kerana beritanya asyik ` BN always right `dan orang lain semua salah,lebih – lebih lagi gelagat baiknya mereka kepada pengundi di Hulu Selangor.
Teman terkejut kerana berita yang dipaparkan semuanya berkisar mengenai salah laku artis tanahair yang memalukan.Teman ingatkan perangai buruk ini orang politik yang berteraskan 1Malaysia sahaja juaranya,malah sudah menular semua lapisan masyarakat.Maklum le kepimpinan melalui teladan.
Menkema bayangkan lepas satu ,lepas satu artis tak bermoral timbulkan sensasi di media massa dan mereka ni nampaknya selamba aje !.maklum le teman pinjam kata – kata ADUN Batu Kurau ` Politik Murahan `
Maklum le dunia mereka dunia glamor.
Diantara berita malam tadi ialah anak kepada Azean Irdawaty yang anaknya Benjy juga pelakun muda yang terlibat dengan pemprosesan dadah,pelakun Badrul Muhayat yang didakwa membelasah isteri dan beliau tidak mengaku bersalah,bekas pemain bolasepak negara Azman Adnan tidak menulaskan tunggakkan nafkah kepada bekas isteri juga seorang pelakun dan penyanyi iaitu Haleeda berjumlah RM 2,800 setelah mereka berpisah sejak 9 Oktober 2003.dan kelihatan Azman boleh lagi menyanyi ketika media mengajukan soalan kepadanya.
Itu tidak termasuk dengan isu – isu penceraiaan semacam bersiri ,buruan seks pembesar – pembesar dan sebagainya.
Maklum le dunia mereka dunia glamor.
Pernah suatu ketika semua peminat dan negara saksikan secara langsung perkahwinan seorang artis terkenal dengan seorang bertitle Dato` walaupun penafian demi penafian dibuat kisah cinta mereka.Akhirnya teman doakan mereka bahagia.Dulu perkahwinan mereka ` live ` jangan le pulak RTM ngada – ngada nak buat live `dari hospital kalau pasangan ni bersalin dapat cahaya mata.Baru haru satu Malaya.
Dulu ada seorang artis namanya Ogy,tapi bukan orgy,Dah elok – elok menutup aurat tiba – tiba mengeluarkan hajat hatinya untuk kembali ke dunia glamor ini dengan berkata ` suara dan bakatnya anugerah tuhan ` dan beliau kembali ke dunia glamor ini.
Ada juga lagi yang bernama Rahimah Rahim, Aisyah yang teman difahamkan masih istiqamah dengan imej mereka yang agak tidak keterlaluan.Teman kagum dengan perkembangan Noor Kumalasari dan Amy Search.Tahniah Kak Noor dan Bang Amy.
Teman tidak anti hiburan dan teman juga dikalangan yang sukakan hiburan.Cuma teman inginkan yang bernama pelakun atau penyanyi ini dapat menghayati lakunan dan nyanyian mereka ini yang tujuannya menasihati masyarakat dihayati oleh mereka bersama.Teman rindukan drama bersiri ` Oshin `.
Begitu juga kekawan artis – artis hiburan alternatif,nasyid – nasyid juge perjuangan Islam perlu disokong kerana kami bersama anda semua.
Pelakun dan penyanyi ini jangan jadi seperti ahli politik negara yang bercakap isu 1Malaysia tapi timbulkan perkauman,yang bercakap isu rakyat didahulukan,tapi tarik royalti di Terengganu dan Kelantan,yang bercakap isu perpaduan tapi merampas kerajaan sah daripada Pakatan Rakyat di Perak,yang bercakap isu intergriti tapi dasar mereka dasar rasuah dan sebagainya yang dianggap ` cakap tak serba bikin `.
Maklum le dunia mereka dunia glamor.
Teman cakap juge tapi dengan tenang.
SENSOR LA SIKIT GAMBOR TU...NGERIIII
ReplyDelete