Manusia adalah makhluk yang sempurna dimuka bumi ini dan mempunyai kekuatan akal yang diberikan oleh Allah SWT untuk melaksanakan amanah.Allah SWT akan menguji sejauhmana tingginya kesabaran dan keimanan sesorang hambanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan laut, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan." (Surah al-Isra', ayat 70)
Adakalanya manusia itu alpa dan menganggap segala malapetaka dan musibah yang Allah SWT tunjukkan seperti bencana kerosakan dimuka bumi ini diangap sebagai bencana alam dan bukannya peringatan atau amaran daripada Allah SWT.
Sesungguhnya kekuatan dalaman juga penting sebagai benteng pertahanan kukuh dalam menghadapi apa juga rintangan hidup. Allah SWT memberi jaminan beruntungnya manusia yang menjaga dan menyucikan hati serta kerugian mereka yang mengotorinya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (Surah al-Syams, ayat 9-10)
Kemewahan juga adalah ujian begitu juga kesusahan dan kesedihan. Justeru, Islam mengatur kehidupan manusia bagaimanakah kaedah yang sepatutnya diamalkan dalam menghadapi ujian hidup.

Zikrullah atau berzikir termasuk solat,hadiri kuliah ilmu dan sebagainya adalah proses mengingati Allah SWT salah satu alternatif ke arah pembersihan dan ketenangan jiwa daripada segala macam kekalutan dan sifat mazmumah. Zikrullah yang dimaksudkan ialah mengagungkan Allah SWT, menyebut kalimah Allah SWT, mengucap tasbih, tahmid dan takbir serta melakukan pujian kepada-Nya.
Zikrullah adalah penawar hati paling mujarab dalam memberi ketenangan jiwa bagi mengubat keresahan diri. Ini terbukti melalui firman Allah SWT yang bermaksud: "Orang yang beriman itu tenang dan tenteram hati dengan zikrullah. Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu akan tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd, ayat 28 ). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Zikrullah itu adalah penawar bagi hati."
Zikir dengan lisan adalah dengan menyebut nama Allah SWT berulang kali, menyebut sifat-Nya atau melafazkan puji-pujian kepada-Nya. Zikir dengan hati pula ialah menghadirkan kebesaran, keagungan, kehebatan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah SWT dalam diri dan jiwanya sehingga hati itu menjadi sentiasa sibuk dengan mengingati Allah SWT.
Seseorang yang lidahnya sentiasa basah dengan mengingati Allah SWT akan mendapat beberapa manfaat antaranya membersihkan hati daripada mazmumah,tenang dan lembut hatinya menghadapi musibah dan ujian Allah Swt,pertingkatkan amalan dan istiqamah denagnnya,memelihara diri daripada gangguan syaitan yang menyesatkan dan penawar hati dari dilanda jiwa yang tidak tenteram dan sebagainya.
Baginda SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Umar yang bermaksud: "Apabila kamu melalui taman syurga, maka hendaklah kamu singgah dan ambil perhatian. Sahabat bertanya, apakah dia taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab ia adalah halaqah (majlis) zikir. Sesungguhnya Allah menghantar utusannya yang terdiri daripada malaikat mencari majlis zikir dan apabila malaikat melihat dan berjumpa dengannya, mereka saling menyebut perkara itu sesama mereka."
Rasulullah SAW ada menyebut bahawa malaikat akan turut serta duduk di dalam majlis zikir yang diadakan sehingga mereka merendahkan sayap menaungi mereka yang menghadirinya.
Apabila seseorang berhadapan dengan kesulitan, zikrullah alternatif dalam menyelesaikan segala masalah. Inilah sebenarnya kekuatan dalaman atau faktor utama keteguhan emosi dalam mengharungi segala macam pancaroba hidup.
Semoga hati akan menjadi lebih tenang dan segala urusan kehidupan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

0 comments:
Post a Comment