Thursday, April 22, 2010

ARAK,JUDI,MAKSIAT HARAM DULU,KINI DAN SELAMANYA

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor menyaksikan bahawa Umno baru tahu arak dan judi itu haram disisi Islam.

Seorang demi seorang memimpin Umno menghardik dan membenci najis arak ini.Pemimpin mereka menggunakan isu serangan peribadi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Sama ada poster dan banner yang mengandungi gambar super impose dan juga yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno dalam ceramah-ceramah mereka.

Teman apa apa pun kagum dengan kenyataan terbuka calon PKR ini yang mengaku pernah menjadikan arak ini kesukaannya dahulu.

Yang teman hairan pulak pemimpin Umno yang kononnya membenci arak seorang demi seorang tak mengaku pernah minum arak ini.Mereka ini ibaratkan seperti ` tak mengaku berak ditengah jalan ` atau ` menegakkan benang yang basah `walaupun gambar yang jelas menunjukan mereka pernah mengilainya.

Teman juga turut gembira bahawa Umno kini akan kembali kepada Islam yang syumul.Selepas ini juga pelacur,pondan dan penagih dadah di Chow Kit Road akan dihapuskan,Kilang Calsberg akan ditutup, Casino Genting Highland akan ditutup,Kelab – kelab malam dan Dang Dut akan ditutup,Isteri PM dan Shahrizat Jalil akan menutup aurat dan sebagainya menunjukkan bahawa Umno maukan Islam.

Teman kesian jugak!....jika semua tempat – tempat ini ditutup kemana pulak 2 ADUN Lompat iaitu Changkat Jering dan Behrang tu nak lepak dan enjoy.Deme kena cari pot baru le jawabnya.ADUN katak Jelapang tu...koman - koman pun tido nyenyak juge berbantaikan pingat yang baru dapat tu !.

Apa yang menariknya dalam pilihanraya kecil kali ini Umno seolah-olah sudah insaf dan bertaubat bahawa arak dan judi adalah haram di sisi Islam.Mungkin juga selepas ini tokey-tokey judi di Genting Higlands, syarikat empat nombor ekor dan sport toto mungkin akan berhadapan tindakan premis mereka akan ditutup dan gulung tikar.

Lesen kemungkinan besar akan ditarik balik, lesen judi yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini.

 Mufti Perak dan Forum Perdana juga boleh  relax sikit dan tak lagi kesana kemari berceramah kerana suasana sudah islamik.Boleh pergi lagi ke Mesir ke,Jordan ke atau UK bertemu pelajar disana bercakap isu perkasakan Umno apabila balik nanti.
Begitu juga dengan syarikat dan kilang arak yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini juga mungkin akan diarahkan tutup.

Kawan teman seorang  juruletrik.Dia cerita pada suatu hari dia wyring lampu kat sebuah banglo mewah di Kawasan Perindustriaan di Taman Kuala Kangsar tu terdapat banyaknya botol – botol arak didalamnya.Dia tanya kawan – kawan rumah siapa tu.Kawannya beritahu itulah rumah seorang Menteri Kabinet.Kalu menkema nak tahu banglo siapa ?….datang le siasat sendiri.Setakat semangkok cendol dengan tenang teman boleh belanja.

Jika pemimpin Umno tidak mengambil tindakan menutup syarikat serta premis judi dan arak maka ‘ulama-ulama’ dalam Umno wajar menasihati pemimpin-pemimpin Umno agar cepat-cepat bertaubat kerana arak dan judi itu haram di sisi Islam.

MALAYSIA BOLEH.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More