Saturday, April 17, 2010

MUFTI YANG DISANGGAH

Dulunya dunia  kagum kepadanya,termasuk teman.

Satu demi satu ketegasannya mempertahankan isu terus teman kagumi.

Siapa berani membangkitkan isu panas gejala  murtad mengancam negara,tetapi beliau berani.
Siapa berani membangkitkan budaya bollywood yang keterlaluan,tetapi beliau berani.
Siapa berani membangkitkan isu pemujaan tugu negara,tetapi beliau berani.

Teman terus kagum.

Teman bukan sahaja kagum,malah bersama beliau mempertahankan isu – isu yang dibangkitkan.Teman bersama dalam isu ura – ura orang Islam akan dibaptis disebuah gereja di Ipoh. Teman juga berucap dalam satu demontrasi membantah kenyataan pimpinan Parti Gerakan memperlecehkan institusi Raja – Raja di Ipoh.

Teman juga diantara yang membantah dalam suara – suara sumbang bahagian umno dalam perak yang mahukan beliau dilucutkan jawatan sebagai mufti.

Teman terus kagum.

Setelah satu demi satu seminar atau apa sahaja program yang melibatkan beliau hadir,maka jiwa teman sudah sangsi kepadanya.Dimana peserta program yang kelihatan dilihatnya maukan Islam,beliau bercakap Islam yang syumul,tetapi bila pesertanya dikalangan yang kurang islamik,maka jawapannya sebaliknya pula.

Teman terus keliru.

Keliruan teman terus membara apabila dalam satu organisasi teman bersamanya dan satu mesyuarat alumni sebuah sekolah teman,kelihatan hala tujunya sebenarnya tidak jelas.Akhirnya teman ponteng dan tidak berminat dalam organisasi tersebut kerana teman bencikan kepura – puraan.

Kekeliruaan teman semakin memuncak selepasa keputusan Pilihanaraya Ke 12 yang lalu,beliau bertindak sebagai duta – duta umno terserlah dalam pembentukkan kerajaan Negeri Perak.Teman semakin meluap marahnya kepadanya

Ramai kawan – kawan teman luar Perak kagum dengan beliau.Soalan yang mereka sering tanya ialah bertuah Perak dapat mufti yang tegas.Teman tersenyum sahaja tanpa komen.Teman tak nak campor…..!. Kerana teman menaruh harapan kepadanya.

Teman terus keliru.

Malaysiakini hari ini melaporkan, Mufti Perak Harussani berkata, bahawa "orang yang sokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, tidak beriman"

Malah, Mufti ini turut menuduh PAS sebagai tidak beriman kerana PAS membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah.

Nampaknya, Mufti telah meletakan dirinya dalam keadaan dimana beliau telah menuduh orang lain tidak beriman; dan kalau orang tersebut sebenarnya beriman, maka kufur itu kembali kepada dirinya sendiri.

Teman masih menaruh harapan,supaya beliau kembali ke landasan yang sebenarnya kerana kemashyuran,penghormatan dunia ini yang kosong semata – mata.Teman faham beliau lebih memahaminya.

Ingatlah bahawa jawatan itu bukannya aksi pelawak sarkas, tetapi satu izzah yang perlu diperjuangkan kemuliaannya.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More