Teman sebenarnya malas nak ulas dengan keputusan mahkamah ini kerana hanya mahkamah Allah sahaja yang adil seadil – adilnya.Cuma teman nak tumpang sekaki menyuarakan kebencian amat sangat kerana bila lagi kepercayaan rakyat dan kesangsian rakyat kepada sistem kehakiman ini dapat dibersihkan.
Dulu teman dah cakap, kalau di Jepun dan Korea,negara yang dibabitkan kesukaan mereka makan ginseng dan katak dan sebagainya pun berlaku adil kepada kes – kes yang melibatkan rasuah.Di Malaysia kalau seorang posmen atau pencen tentera [ contoh ] kalau disabitkan dengan rasuah datang perbicaraan ke mahkamah bawa kereta mewah dan mewahnya daripada kenderaan Tuan Hakim pun tidak disabitkan kesalahan.
Sebenarnya cerita mereka berdua ini tak layak diperbesarkan dalam blog atau media perdana kerana kedua – duanya pengkhianat No. 1 Rakyat Negeri Perak.Kalau mereka masih bersama Pakatan Rakyat sudah tentu dijatuhkan hukuman dan SPR mengistiharkan kerusi mereka dikosongkan untuk Pilihanraya Kecil berlaku.
Bukan hak teman nak mempertikai keputusan Mahkamah yang telah di buat tetapi sepertimana yang sudah dijangkakan kerana sudah tentu berpihak kepada ADUN Bebas tersebut. Apa yang lebih penting, teman berharap rakyat dapat menilai dan mengadilinya kerana terlalu banyak persoalan yang timbul.
Apa yang boleh rakyat harapkan ialah maruah dan integriti 2 ADUN lompat tersebut dipulihkan kembali sepertimana yang rakyat inginkan.
Malah keyakinan rakyat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tercalar dengan keputusan Mahkamah tersebut. Teman dan rakyat mempersoalkan, di manakah bukti yang telah SPRM nyatakan dahulu kerana setiap pendakwaan perlu kepada bukti yang kukuh. Inilah nasib rakyat yang di rampas kuasa oleh mereka-mereka yang gilakan kuasa dan tidak menghormati hak rakyat sebagai penentu kuasa.
Apa yang boleh rakyat harapkan ialah maruah dan integriti 2 ADUN lompat tersebut dipulihkan kembali sepertimana yang rakyat inginkan.
Malah keyakinan rakyat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tercalar dengan keputusan Mahkamah tersebut. Teman dan rakyat mempersoalkan, di manakah bukti yang telah SPRM nyatakan dahulu kerana setiap pendakwaan perlu kepada bukti yang kukuh. Inilah nasib rakyat yang di rampas kuasa oleh mereka-mereka yang gilakan kuasa dan tidak menghormati hak rakyat sebagai penentu kuasa.
Kepada yang bernama hakim,tertuduh dan sebagainya,sedarlah peringatan Allah kepada tindak tanduk kamu sekalian.Ingatlah sampai bila kamu nak tongkat dunia yang sementara ini.
Dalil-dalil syariat yang shahih dari Kitabullah dan Sunnah Rasul menunjukkan bahwa kaum muslimin seluruhnya baik secara individu atau secara kolektif, secara legislatif dan kenegaraan, wajib mengambil keputusan hukum dari syariat Allah, dalam segala konflik dan perselisihan mereka, tunduk dan pasrah kepadanya. Di antaranya dalilnya adalah firman Allah:
"Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.." (Q.S An-Nisaa' : 65)
Juga firman Allah:
"Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih daripada (hukum) Allah bagi oang-orang yang yakin? (Q.S Al-Maaidah : 50)
Juga firman-Nya:
"Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya…" (Q.S An-Nisaa' : 59)
Juga firman-Nya:
"Segala yang kalian perselisihkan maka keputusan hukumnya adalah kepada Allah." (Q.S Asy-Syura : 10)
"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". Berkatalah ia:"Ya Rabbku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat" Allah berfirman:"Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu(pula) pada hari inipun kamu dilupakan". (Q.S Ath-Thaaha : 124-126)
Juga dalam firman-Nya:
"dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kemu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih daripada (hukum) Allah bagi oang-orang yang yakin? (Q.S Al-Maa-dah : 49-50)
Kitab Majmu' Al-Fatawa wal Maqalat Al-Mutanawwi'ah oleh Syaikh Al-Allamah Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz -Rahimahullah-- VIII : 5)
0 comments:
Post a Comment