Thursday, April 29, 2010

MENYANGGAH FIKRAH MUFTI PERAK

Teman memang sedar kurang arif tentang agama,malah jahil dalam tindakan.
Dalam keadaan sedar tadi,teman hairan dan sedikit terkejut dengan kenyataan terbaru Mufti negeri teman yang menyatakan tidak boleh bercakap politik di masjid – masjid.

Perlu diingatkan bahawa masjid bukan tempat mengisi kekosongan masa lapang semata – mata atau pun tunggu waktu tengahari ataupun makan malam sahaja.Ada diantara jamaah hanya menunaikan solat selepas itu ` nyandor ` ditiang masjid dan balik ke rumah ` megholoh ` iaitu tidur untuk menanti hari esok i dan fikir apa yang hendak minum pagi esok. itupun kalau tidak mati.
Teman nak ingatkan Tuan Mufti ini kalau nak mengampu pun jangan melanggar etika ilmu yang dipelajarinya, cukup – cukup sekadar dipinggiran sahaja.Takut nanti orang Islam terus dilanda kekeliruaan.
Teman boleh setuju dengan mufti ini kalau larangan membawa  suratkhabar  kedalam masjid kerana terdapat cerita - cerita bohong politik,lucah,putarbelit termasuk keputusan nombor ekor  dan lain - lain yang seberita dengannya.
Dalam isu yang sama kita ikuti pandangan rakyat terhadap tuduhan yang diterima oleh Tuan Guru Dato` Nik Abdul Aziz diatas larangan bercakap politik dimasjid sebagai renungan bersama.Malah ada pihak meminta beliau berhenti menjadi ahli politik dan memberikan tumpuan kepada urusan ulama sahaja.
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz dituduh tidak menghormati sultan dan institusi istana apabila engkar arahan agar tidak berkhutbah politik di masjid. Pelbagai label buruk ditohmah hanya kerana beliau meneruskan khutbah tersebut. Kononnya Tuan Guru Nik Aziz telah memecah belahkan perpaduan umat Islam, merosakkan pemikiran umat Islam dan lain-lain.
UMNO nampaknya masih berpemikiran ‘sekular’ dan ortodoks (lapuk). Pemimpinnya masih belum keluar dari zon pemikiran ‘penjajah’ yang mahu memisahkan politik dan agama. Inilah ajaran yang telah diserapkan oleh British tatkala mereka menjajah negara suatu ketika dulu. Bagi mereka agama dan segala institusinya adalah suci yang tidak wajar bercampur aduk dengan urusan kehidupan. Bagi mereka juga, kehidupan adalah kotor dan hanya mereka sahaja layak memperkatakannya, (bukannya golongan ulama’).
 UMNO mungkin lupa, Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin yang menguasai serba bidang. Baginda adalah pemimpin negara (ahli politik), baginda juga naik ke mimbar membaca khutbah, baginda juga Imam solat, baginda mengetuai pasukan ketenteraan, baginda adalah ayah dan bapa dan segala-galanya. Mungkin UMNO lupa, Nabi Muhammad SAW apabila berhijrah ke Madinah, perkara utama yang dibuatnya adalah membina masjid. Di masjid itulah Nabi Muhammad SAW mengajar dan mendidik disamping menegur dan memberi amaran kepada umat Islam mahupun musyrikin. Di zaman Nabi Muhammad SAW, tidak ada pemisahan bidang kehidupan. Politik, ekonomi, pendidikan, kenegaraan, kehakiman, perundangan dan lain-lain lagi. Islam ketika itu merangkumi semua aspek kehidupan.
Apabila politik tidak diizinkan dibicara di masjid, maka apakah kesan kepada institusi paling penting kepada umat Islam? Seperti yang kita lihat hari ini, institusi masjid menjadi mandom dan tidak berperanan. Ianya hanya untuk solat berjemaah, solat Jumaat, solat tarawih, jenazah, hari raya dan itu sahaja. Kuliah yang diizinkan pun hanya meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah, topik yang telah diulang-ulang sejak 20 tahun yang lepas. Ini yang diizinkan dalam masjid ala UMNO. Khutbah pula disediakan teksnya dan dipantau keras. Mana-mana khatib yang membaca khutbah tanpa teks akan diambil tindakan, termasuk tidak akan dijemput lagi.
Sebab itu UMNO menjadi sasau apabila Tuan Guru Nik Aziz membaca khutbah atau tazkirah politik dalam masjid. Kerana selama ini doktrinnya tidak pernah perkara sebegini tembus dalam masijd. Apa yang ditakuti sangat adalah sekiranya ramai jemaah yang mendengar kuliah tersebut dan mula sedar tentang ‘waqi’ politik negara. Lebih gerun lagi, kalau jemaah masjid mula membuat keputusan meninggalkan UMNO. UMNO selesa umat Islam berada dalam kejahilan, kerana senang untuk dicucuk hidung dan di arah.
Dalam keadaan tersepit, UMNO gunakan sultan untuk bertitah. Tuan Guru dituduh derhaka dan tidak ‘wala’ pada sultan. Institusi istana adalah senjata ampuh UMNO sejak dulu hingga kini. Lihatlah pada negeri Perak dan kesudahan episod rampasan kuasa. Istana dijadikan perisai untuk menghalalkan tindakan mereka.
Cuma timbul persoalan, bagaimana pula Najib, Muhyiddin atau Jamil Khir pula menggunakan masjid untuk adakan sebarang aktiviti? Najib, Muhyiddin, Hishamuddin dan barisan kabinet tertinggi belum ada sejarah naik mimbar berkhutbah. Hanya Anwar sahaja pernah membaca khutbah. Tetapi kalau mereka juga menggunakan masjid, mungkin nada dan intonasi nya juga turut berubah. Ketika itu yang haram selama ini menjadi halal. Dan Sultan pula turut gembira masjid dipolitikkan. Ini hanya terjadi kalau UMNO yang berpolitik di masjid kerana UMNO memang terkenal menghalalkan semua perkara yang haram….
 Sumber  asal :  dppwp.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More