Friday, April 9, 2010

HEMPEDU SIMPATI DALAM PERSAHABATAN

Pahit bagai hempedu!

“Sabarlah… kawan aku dahulu sakit macam ini juga. Walaupun dia meninggal dunia, aku yakin engkau mampu mengatasinya!” seorang teman yang baik hati memberi nasihat.
Hatinya baik.
Tetapi hati yang tidak dipandu akal, menyebabkan mulut ditimpa bebal. Bercakap sesuatu dengan maksud yang baik, tetapi salah memilih perkataan.
Dia menyangka perkataannya bisa mengurangkan penderitaan teman yang diziarahi. Hakikatnya, perkataan simpati yang dilontar itu sungguh pedih dan membunuh harapan.

KANSER

“Engkau beruntung. Allah sayang engkau sebab dia peringatkan engkau yang hidup ini sementara!” kata seorang lagi.
Kata-kata perangsang yang ditujukan kepada seorang teman yang sedang bertarung dengan kanser.
Apakah yang ada di kepala teman seperti ini semasa dia berkata begitu? Apakah itu sahaja harga sebuah kematian? Bercakap tentang kematian orang lain tidak sama dengan berfikir tentang kematian diri sendiri. Kata-kata sedemikian rupa sangat menyalahi adab menziarahi orang sakit yang diajar oleh Sunnah.

ANAK MATI

“Sabarlah akhi. Kematian anak anta akan digantikan oleh Allah dengan yang lebih baik!” ulas seorang kenalan, penuh simpati.
Cuba menenangkan hati seorang teman yang baru kematian anak.
Tidakkah dia sedar makna di sebalik perkataannya itu? Bercakap sesuatu yang dirasakan mengubat tetapi sebaliknya ia amat menyakitkan hati insan yang diberi nasihat. Apakah anak yang mati itu kurang baik? Bisa digantikan dengan anak yang lebih baik?

FAHAM DERITA

Seorang ustaz yang bertugas di sebuah hospital menepuk bahu seorang lelaki.
“Saya faham penderitaan encik. Sabarlah. Mesti ada kebaikan di sebalik kematiannya!” katanya penuh yakin.
“Bukkk!!!” dia ditumbuk.
“Apa yang kau faham tentang penderitaan aku? Cakap bukan main sedap!” bentak si suami yang sudah sedia bingung dengan kematian isterinya.

MASALAH BAHASA?

Apabila kita berkata bahawa BAHASA JIWA BANGSA, ramai yang mencemuh. Kata mereka bahasa tiada kena mengena dengan jati diri dan bentuk hati. Bahasakan apa sahaja, asalkan sampai maksudnya. Tetapi semakin bahasa diperkecilkan, semakin kita jadi tidak reti bahasa. Bukan sahaja diri sendiri kehilangan banyak mutiara kehidupan kerana tidak reti bahasa, malah turut sama menyakiti setiap insan yang berhubung dengannya.
Seperti tikus membaiki labu. Makin diusahakan, makin binasa. Makin ditunjukkan simpati, makin derita insan yang menerima.
Benar sekali sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Bersempena dengan itu juga, kurangkanlah mengadu atau meminta simpati kepada manusia.
Mereka bukan sahaja mudah jemu mendengar kita mengadu, bahkan balasan katanya juga boleh jadi pahit bagai hempedu!
Bentangkan sejadah.
Dia Teman sejatimu…
Sumber  :  ABU SAIF @ www.saifulislam.com

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More