Sudah menjadi lumrah berpilihanraya.Dimana ada pilihanraya disitu ada janji – janji,samada bergelar wang ringgit, projek, janji manis dan sebagainya dan paling yang ditakuti ialah rasuah.
Banyak untungnya pilihanraya ini.Sebelum ini wakil rakyat hanya menjenguk 5 tahun sekali dan datangnya mereka dengan senyuman memikat seolah – olah pijak semut pun tak mati baiknya mereka ini.
Pilihanraya datang lagi.Sekali lagi rakyat dan pengundi diberikan gula – gula dan pujuk rayu.Masa tu usah kenang le tempat yang jauh pendalaman,hujan, panas, ribut taufan pun calon terjah tanpa jemu kerana untukkan dapatkan undi.Masing – masing mengaku berjiwa rakyat ,berkorban untuk rakyat dan kerana rakyat.
Bila menang, habuk tak nampak muka.Macam – macam alasan dicipta.Ada yang sibuk,ada yang tak cukup masa,malah surau dekat dengan rumah pun tak dijenguknya.Maklum le sekarang ini budaya ` touch n go ` atau lebih parah lagi ` smart tag ` sahaja.
Kekadang teman rasa pengundi ini seperti ` daun karipulai ` sahaja.Tanpa daun karipulai sudah tentu masakkan kari tidak menjadi atau enak dimakan seisi keluarga.
DAUN KARIPULAI. Semua orang kenal daun ini. Tahu pula gunanya daun itu. Sangat penting dan sangat berguna daun karipulai ini dalam hidup manusia.Daun karipulai dalam bahasa saintifiknya dipanggil `Murayya koenigii `iaitu dalam famili ` Rutaceae `.
Sudah menjadi kemestian bagi orang India dan masyarakat Melayu menanam daun ini dibelakang rumah mereka, malah juga ditanam didalam pasu – pasu di pangsapuri mewah atau murah dalam kawasan bandaraya termasuk kondominium.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Daun karipulai ini tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah daun karipulai ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Sudah nasibmu daun karipulai.
Daun karipulai tidak pula pernah bersusah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Ia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.
Tapi, lazimnya elok-elok daun itu tergantung di tangkai sambil menikmati keindahan angin sepoi – sepoi bahasa,maka datang anak dara memetiknya satu demi satu….harumnya bau diwaktu itu dibelakang rumah.
Kekadang riuh satu rumah bila stok daun karipulai kehabisan di dapur surirumah.Maka kelamkabut maknya menyuruh anaknya kecil yang sibuk bermain diluar rumah untuk mendapatkan daun karipulai dirumah jiran sebelah.
Setelah itu, minyak dipanaskan ke dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis termasuk daun karipulai tadi. Maka berpanasanlah daun itu hinga terkeluar baunya.
Apabila sudah masak dan baunya harum semerbak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:
“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya!”
Orang di dapur hanya menjawab, “Kari ikan sembilang.”
Gulai dapat nama. Ikan sembilang dapat nama.
Orang kata, “Oh, sedap gulai ni!”
“Oh, sedap ikan sembilang ni!”
Begitu le nasib daun karipulai yang peranannya hanya menyedapkan masakkan sahaja,lalu dihidangkan seisi keluarga daun karipulai hanya diletakkan di dahi pinggan sahaja tanpa diusik oleh seisi keluarga tadi.Silap haribulan kadang – kadang dicemuh.
Jasa daun karipulai tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari segenggam daun dan mengharumkan makanan, tiada siapa yang ambil kira dan ambil peduli.
Alangkah indahnya kalau wakil rakyat tadi yang bergelar Yang Berhormat yang menagih simpati pengundi dalam setiap kali berpilihanraya terus berbakti kepada rakyat, kerana bukan wang ringgit yang mereka maukan,bukan slogan yang rakyat maukan tetapi sedikit perhatian sudah pasti mengembirkan rakyat kerana rakyat yang sebenarnya berkuasa.Tapi ada rakyat yang tidak tahu kuasa itu ada pada mereka.
Ada juga wakil rakyat yang berstatus ` haram jadah ` dah menang buat perangai lompat parti sana sini.Rakyat sekali lagi dipermainkan.Udah le…lompat bangga pulak tu, dapat pingat Dato` pulak itu.Mana hati rakyat tak terbakor.
Kata orang Perak ` sepanjang ayor ` kena tipu.Sampai bila rakyat terus digula – gulakan dan hanya seperti daun karipulai sahaja.
0 comments:
Post a Comment