Sunday, April 4, 2010

PILIHANRAYA BUKAN PESTA

 Kehangatan menjelang Pilihanraya Kecil Hulu Selangor mula dirasai.
Najib Razak awal-awal lagi turun padang di Hulu Selangor. Najib seolah – olah sudah berkampung disana.Apa yang saya ingin nyatakan di sini bahawa jarang sekali Najib turun padang sebelum penamaan calon.
Dalam kenyataan semalam Najib memulakan kempen memberi rasuah politik kepada rakyat dengan berkata bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah lagi Projek Perumahan Warga Felda untuk Gugusan Sg. Dusun di daerah Hulu Selangor.
Sebelum itu, beliau hadir pada satu lagi program rasuah politik di Felda Soeharto di mana beliau merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda. (Itu baru majlis pecah tanah belum 'confirm' lagi - silap-silap kalau BN kalah projek terbengkalai).

Malah Perdana Menteri sebelum baik di zaman Mahathir atau Pak Lah mereka jarang turun padang pada musim pilihanraya kecil kecuali jika mereka tidak yakin BN menang.

Jadi kemunculan Najib di Hulu Selangor ini menandakan BN berada dalam keadaan tenat dan goyah.
Bagi pihak Pakatan Rakyat pula jangan ada dikalangan kita yang syok sendiri.Rakyat sebenarnya masih sangsi dengan kekuatan dan keikhlasan kita.Dalam isu lompat – lompat ini sebenarnya membuat rakyat muak dan meluat dengan Pakatan Rakyat,tetapi masih menaruh harapan.
Teman mengingatkan pimpinan dan penyokong bahawa kita perlu sedar penyertaan kita menyertai pilihanraya,bukanlah kerana tidak mahu melihat Umno atau BN itu menang mudah.Sesiapa yang beranggapan demikian mereka berjuang untuk kalah dan bukannya untuk menang kerana disana ada soal dosa dan pahala yang kelak akan dipersoalkan di hadapan Allah nanti.
Calon yang bakal dikemukakan oleh Pakatan Rakyat yang datang dari Parti Keadilan Rakyat mestilah sesorang yang memiliki prinsip perjuangan yang kental.Jika ianya seorang Islam,pastikan ianya seorang takutkan kepada Allah dan azabnya.Jika ianya bukan Islam,pastikan ianya seorang menjiwai perasan rakyat dan berkorban demi rakyat.Prinsip dan semangat ini juga boleh dipakai dalam mana – mana pilihanraya kecil,apatah pilihanraya umum.
Jangan sesekali memilih calon berdasarkan tangkap muat atau berstatus  `menawarkan diri `dan akhirnya rakyat yang diwakilinya menderita dan diniayai,malah  perjuangan Pakatan  Rakyat juga turut menerima cacian rakyat yang peringkat awalnya bersimpati dengan kita.
Teman teringat diwaktu Pilihanraya Umum 1986.Calon PAS ketika itu juga berstatus tangkap muat kerana bukannya datang dari kepimpinan atau sekurang nya ahli yang komited, lalu parti memilih seorang Peguam yang bernama Abd Aziz Ishak,akhirnya hilang sebelum hari mengundi diadakan.Peristiwa itu cukup  mengcengkam perasaan ahli – ahli PAS ketika itu.
Kemarahan  ahli – ahli PAS dan  rakyat walaupun nampak tenang tetapi masih bergelora dengan tidakan pengkhianat rakyat yang dilakukan oleh  wakil rakyat ` katak ` iaitu Jamaluddin,Osman jailu,Hee Yit Foong sehingga tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak.
Teman terpegun dan terharu dengan kata – kata  Almarhum Dato Fadzil Noor yang berbunyi ` Selagi pimpinan jamaah Islam tidak meletakkan keutamaan dan tumpuan dalam perjuangan Islam,maka selama itulah apa yang kita katakana persiapan harakah menjadi masalah yang belum selesai.Kita tidak mahu memperdayakan diri danmasyarakat kalau kita tidak meletakkan perjuangan kita ini sebagai perjuangan yang serius, KERANA ISLAM TIDAK PERNAH BERMAIN – MAIN ``.
Peringatan kepada semua bahawa dalam proses menamakan calon ini yang  akan bertindak sebagai wakil rakyat  bukanlah mengisi kekosongan jawatan semata – mata atau bukannya pesta pilihanraya kerana ianya memerlukan keikhlasan dan memelihara prinsip perjuangan rakyat dan agamanya.
Rakyat sedang memerhatikan kita.Hanya kita yang mampu mengubahnya.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More