Friday, April 23, 2010

NIAGA MANUSIA LEBIH BAIK DARI NIAGA UNTA

Pilihanraya Hulu Selangor semakin panas.Sana – sini berita digambarkan pimpinan dan ahli Parti Keadilan Rakyat keluar parti.

Kerunsingan rakyat kepada Pakatan Rakyat jangan ditambahkan lagi.Biarkan harapan rakyat kepada pakatan ini terus utuh dan berkeyakinan menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.Mana – mana pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat yang tiada kekuatan diri,mental,ada kes mahkamah dan problem ekonomi lebih baik bertindak sekarang untuk keluar daripada menyusahkan perjuangan yang besar ini.

Jangan bercakap soal perjuangan,kalau diri sendiri tiada kekuatan dan harga diri.Adalah lebih anda semua duduk diam – diam bersama keluarga dan urusan seharian.Jangan sibuk lagi berpolitik kerana jiwa anda kecil untuk memperjuangkan suatu yang besar iaitu keadilan.

Pimpinan atau ahli yang berminat boleh berurusan dengan Dato` Zahrain dan Dato` Salehuddin kerana mereka semacam broker dan mampu mengaturkan sidang media memaklumkan dunia bahawa anda telah keluar parti.Bayarannya lumayan berdasarkan pengaruh dan jawatan yang anda pegang.Ayuhlah sekarang dan jangan tunggu hari esok kerana hari esok untuk hanya untuk perjuangan rakyat sahaja.

Kedua – dua mereka ini diibaratkan seperti  dailog Husin Lempoyang dengan [ Jamal Pak Tonkol ] iaitu Abdul Wahub dalam cerita ` 3 Abdul ` itu yang bermaksud ` lebih baik berniaga manusia daripada niaga unta…. wowww!

Sedangkan hakikatnya setakat ini dua penafian dilakukan bagi menafikan dan membuktikan bahawa individu berkenaan bukan seperti yang laporkan malah jelas satu pembohongan,. Setakat ini melibatkan PKR Bagan Serai perak dan AMK PKR Kelantan.

Kelmarin dilaporkan secara meluas kononnya setiausaha AMK Kelantan keluar parti sedangkan sekarang ia tidak memegang jawatan itu. Benar ia bekas Setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad yang sebenarnya kecewa selepas hasratnya untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai menyebabkan dia kecewa.

“Sedangkan Ezri tidak lagi memegang jawatan berkenaan, Setiausaha AMK Kelantan sekarang Tarmizi Mohd Yusof dari Kuala Krai,” demikian penafian olah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir.

Seorang demi seorang yang keluar PKR mengaku pernah memegang jawatan – jawatan tertentu.Diantaranya seorang wanita bernama Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dia adalah Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai dilaporkan media keluar dari PKR.

Sehari dua ini kalaulah sesiapa yang mahu dapat habuah bolehlah pergi berjumpa dengan pemimpin UMNO dan mengaku pemimpin PKR mana-mana bahagian dan saudara maklumkan akan mengumumkan keluar parti sekaligus masuk UMNO. Pasti mereka akan menerami saudara sebagai pelakun tambahan seterusnya atau  kalau bukan berwatak sebagai Hang Jebat dan yang pastinya Hang Kebun sudah tentu.Taaniah untuk anda semua.
Malaysia kembali tenang.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More