Tuesday, April 6, 2010

BOHONG DAN JANJI MANIS DATANG LAGI

Top of Form
Kini budaya bohong atau janji – janji palsu kembali datang lagi.Perkataan bohong ini sama ertinya dengan menipu,dusta atau dalam loghat Peraknya` bedeaah ` ataupun ` ngechik `.
Ada orang berbohong untuk dapat kuasa.Ada juga orang  berbohong untuk menjatuhkan kuasa .Kalau disekolah sesorang murid boleh berbohong kepada Guru Displin diatas  kelewatannya datang ke sekolah atau melanggar etika displin sekolahnya dari mendapat hukuman.Kerapkali dalam permainan bolasepak sesorang boleh berbohong terjatuh dipintu gol lawan untuk mempergaruhi pengadil dapatkan penalti dan sebagainya.
Fenomena bohong ini sebenarnya telah ujud hasil politik didikan barat tanpa merujuk wahyu Ilahi yang disana ada kaitannya dosa dan pahala.
Menjelang Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang semakin panas ini disana sini kita akan dengar dan lihat janji – janji projek,janji – janji balairaya,janji – janji rumah ibadat, janji – janji sekolah dan aneka janji – janji dan akhirnya tinggal janji – janji.Ini juga merupakan kategori bohong yang keterlaluan demi kemenangan kuasa.
Suruhanjaya Pilihanraya [ SPR ] juga boleh diiktirafkan sebagai ` mangkok ayun ` kerana tidak membenarkan kempen dimulakan kerana gong pilihanraya belum lagi diketuknya.Diwaktu yang sama membiarkan kempen janji – janji BN di media dan tv terus mengumandang di bumi Hulu Selangor tanpa membantah apatah lagi menghalangnya.
Rakyat dikawasan berkenaan jangan mudah terpedaya dengan janji – janji manis pemimpin korupsi ini.Terkadang – kadang senyuman mereka memang manis sampai ketelinga dan akhirnya rakyat mengigit jari ditipu hidup – hidup apabila berakhirnya mana – mana pilihanraya.Sampai bila rakyat dan pengundi diperbodoh dari dulu,kini dan mungkin selamanya.
Dalam Negara kita bila sampai masanya memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhmmad SAW atau Maal Hijrah,maka slogan retorik memuji Nabi menjadi tema sepanduk dan sign board disana – sini sebagai tanda kasihnya mereka kepada Nabi.Slogan retorik ini sebenarnya adalah jadian daripada ciri – ciri pembohongan kerana dasar mulia Nabi tidak menjadi panduan dalam Negara.
Saat ini, terutama di kala waktu berkempen pilihanraya semua menunjukkan merekalah pemimpin berjiwa rakyat,pemimpin turun ke bawah menyelami masalah rakyat.Untuk merealisasikan kepekaan masing – masing,maka  banyak orang yang membuat pendekatan  untuk berdusta/berbohong hanya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan lawannya. Padahal berdusta itu besar dosanya di mata Allah. Contohnya ada yang berkata hutang berkurang padahal kenyataannya bertambah atau sebaliknya.
Memang di dalam keadaan tertentu, berbohong itu diizinkan.
Rasulullah SAW membolehkan dusta dalam tiga perkara, iaitu dalam peperangan, dalam rangka mendamaikan antara orang-orang yang bersengketa dan pembicaraan suami kepada isterinya. (HR. Ahmad)
Tapi itu pun pada saat yang luar biasa dan Nabi sendiri tetap menghindari untuk tidak berbohong. Sebagai contoh, ketika ada seseorang mencari musuhnya dengan niat berkelahi dan bertanya apakah Nabi melihat ada orang lalu di situ, sebelum menjawab Nabi perhatikan tempat berdirinya, baru berkata. “Sejak saya berdiri di sini, saya belum pernah melihat orang lain selain kamu.” Dan memang sejak Nabi berdiri di tempat yang baru dia belum melihat orang lain selain orang yang bertanya.
Tapi hal seperti itu pun jarang dilakukan oleh Nabi sehingga Nabi digelar sebagai Al Amin atau yang dipercaya. Jika Nabi menyuruh para sahabat untuk pergi ke arah utara, kemudian setelah jauh berbalik ke selatan itu tidak  dikatakan bohong kecuali strategi/taktik peperangan. Itu pun ditujukan pada orang-orang kafir dan mata-matanya.
Terhadap para sahabat dan orang-orang yang beriman, Nabi boleh dikata senantiasa berkata jujur. Bahkan orang-orang kafir pun mengakui kejujuran Nabi yang tidak pernah berkata bohong.
Allah mengutuk orang yang banyak berbohong:
“Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta” [QS Adz Dzaariyaat:10]
Siksa yang pedih di neraka disediakan bagi para pendusta:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” [Al Baqarah:10]
“Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa” [Al Jaatsiyah:7]
Jika sering berdusta, maka itu akan menyeretnya ke neraka:
“Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke surga. Selama seorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Hati-hatilah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta (pembohong). (HR. Bukhari)
Dusta adalah satu ciri orang Munafik:
Jika anda riuh katakan ahli anda jutaan orang, sokongan anda tinggi,media dan ajensi kerajaan bersama anda ,maka marilah kita berjuang sempena dengan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini dengan telus dan adil,tidak perlu janji – janji manis tanpa rasuah tadi  dan tunjukkan skill masing – masing kerana rakyat yang mampu menilaikannya.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More