Dalam mana – mana majlis yang berasaskan muktamar, mesyuarat agung, tamrim, diskusi, pembentangan kertas kerja dan lain - lain bagi memperkasakan parti ialah berakar tunjangkan tarbiyyah, maka persoalan ukhwah merupakan baja yang perlu disiram bagi menguatkan akar tersebut.
Teman boleh bersetuju dan kagum dengan isu – isu memperkasakan parti dan memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat dan menentang sebarang bentuk kezaliman ke atas umat Islam , menjaga adab tahaluf siasi dan kepentingan antarabangsa.
Ukhwah suatu perkara yang mesti dan penting, lebih – lebih ukhwah kepimpinan dalam hadharah berorganisasi. Kesepaduan ukhwah membuatkan kekuatan berjamaah dan keberkatan oleh Allah SWT. Walaupun kuat dan gagahnya organisasi, tetapi tanpa ukhwah maka hilang keberkatan.
Ukhwah bukan perkara yang boleh dibuat – buat, ukhwah bukanlah dimasa berpelukan mengucapkan tahniah diantara siapa yang menang dan kalah, ukhwah bukanlah berpelukan meraikan kemenangan berpilihanraya, ukhwah bukanlah berpegang tangan ketika berdemontrasi, ukhwah bukanlah menepuk meja tanda setuju tetapi ukhwah ialah satu tindakan hati yang bersih, suci kepada seseorang yang dikasihi.
Hari ini lihat dengan jelas kenapa ada anggota parti dan jamaah mulai sangsi dengan kepimpinan tertinggi malah sudah berani menyerang didalam tulisan samada blog peribadi dan perbincangan terbuka.
Malah ada diantara kepimpinan menjadikan sesi mesyuarat sebagai medan menghentam dan mengkritik pimpinan, sedangkan diwaktu – waktu biasa seperti pertemuan harian, waktu bersantai, waktu menziarahi dan lain - lain mereka mampu dan boleh menegur sesama sendiri demi kekuatan ukhwah dalam berorganisasi. Kenapa tunggu mesyuarat baru didedahkan.
Lebih malang jika orang yang kita tegur itu tidak berada didalam mesyuarat tersebut, maka medan itu dijadikan kritikan terbuka. Jika ini berlaku….teman berpandangan ini semua satu tindakan yang tidak beretika dan bukan suatu jalan penyelesaian yang terbaik. Ingat kita semua hamba Allah yang tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan. Lain lah kalau kita ini ` perfect `.
Teman bercakap berdasarkan pengalaman yang kerdil dalam berorganisasi, namun begitu diperlihatkan persoalan ukhwah dianggap remeh temeh dikalangan pimpinan samada Pusat, Negeri. Kawasan dan seluruh peringkat parti.
Kadang - kadang teman perhatikan [ maaf dengan izin ] lagi kuat bertarbiyyah dan usrah lagi banyak karenah berjamaahnya.
Siapa yang bersalah?. Ada dikalangan pimpinan yang membawa sebarang ketidakpuashatiannya dalam organisasi dan semangat musyawarah tertentu kepada khalayak ramai dan disambut oleh pendengar lalu menghebahkannya dan ditokok tambah bagi menyedapkan maklumat. Ianya menjadi lebih menarik ditahun – tahun pemilihan parti. Pimpinan parti di semua peringkat mesti berdada lapang dan profesional dalam tindakan serta buangkan ` ego centrix ` masing – masing.
Persoalan RAHSIA juga menghantui persoalan yang belum selesai. Ada dikalangan pimpinan mudah sangat membuka cerita perbincangan kepada umum akhirnya dikalangan yang mendengar membuat andaian negatif dan salah kepada pimpinan yang terbabit. Ini realiti.
Akhlak mulia teras kekuatan ukhwah Islamiah.
Rasullah SAW itu sangat cantik pekertinya. Tidak sekali berlaku kasar dan menyakiti hati para sahabatnya. Kerana baginda sedar kekuatan ummah ini sangat bergantung kepada kekuatan mahabbah dan ukhwah. Pekerti yang terpamer melahir ikatan yang amat teguh di hati Pekerti yang terpuji membuahkan hasil yang amat erat dikalangan umat Islam. Apabila diselurusi sirah perjuangan baginda, Rasullah terlebih dahulu mempersatukan kaum ansar dan khazraj menjadi kaum ansar. Kemudiannya mempersatu kaum muhajirin dan kaum ansar menjadi kaum umat yang satu. Iaitu umat Islam.
Jelas pertautan kasih sayang dan hati adalah elemen penting dalam ukhwah Islamiah. Tanpa mahabah , sudah tentu tidak akan lahir buah-buah pengorbanan. Kita ini jemaah islamiah.. Jemaah yang memperjuangkan agama. Pak Hamka ada berpesan " akhlak itu adalah buah dari agama". Seharusnya kita meneliti kembali sejauh mana kita menjaga dan mengutamakan sahabat seperjuangan.
“Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar , tentulah mereka akan menjauhikan diri daripada sekeliling mu, kerana itu maafkanlah mereka. mohonkanlah ampun bagi mereka , dan bermusyuarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad , maka bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang bertawakalkepadanya”
Ali-Imran :159
Ali-Imran :159
Jelas betapa pentingnya ikatan ukhwah ini. Jelas Allah SWT memerintahkan kita agar tidak keras lagi berhati kasar di dalam pengurusan. Semua ahli jamaah bekerja dan sama-sama berasa akan kesusahan. Sesungguhnya yang menjadi mengubat luka dan duka adalah daripada wajah manis sahabat, kata-kata yang menyejukkan dan mendorong. Tergabungnya kita dalam kelompok jemaah ini adalah mengharapkan sesuatu. Sesuatu itu dinamakan (sakinah) ketenangan dan kemanisan jemaah. Ikatan ukhwah mahabbah fillah hanya akan terbina apabila akhlak yang mulia terpamer. Justeru adalah kita ini digesa agar benar benar mengamalkan dan mentarbiyah diri dengan budaya ahklak yang mulia.
“Allah SWT mempunyai bijana bumi ini iaitu HATI. HATI yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut,paling bersih dan paling cekal. Paling cekal dalam agama, paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut kepada saudaranya” -Saidina Ali Kwj
Tema dan prinsip teman dalam konteks berjamaah adalah ` Memperkasakan Ukhwah Teras Kejayaan Berjamaah `. Teman akan pegangnya sehingga akhir hayat.
0 comments:
Post a Comment