Friday, October 29, 2010

SEBELUM 2020

 Adakah ini yang kita inginkan.
 Malaysia memang terkenal dengan program – program yang berbentuk lalai lagi melalaikan umatnya. Jika indeks rasuah menunjukan negara ini banyak bergelumang dengannya begitulah juga unsur – unsur yang bercanggah dengan Islam yang dikatakan agama  rasmi negara ini. Kombinasi ini seiring dan sejalan.
Pertandingan ratu sudah menjadi amalan biasa bagi negara ini. Tidak cukup dengan pertandingan ratu cantik Malaysia, ratu fotogenik [ yang hanya menutup lembah beringin sahaja ], ratu kebaya, ratu mak nyah dan berbagai – bagai jenis ratu yang dipertandingkan. Tinggal lagi ratu ` big tits ` belum lagi dianjurkan….mungkin suatu masa nanti sebarang kebarangkalian mungkin berlaku dalam negara ini kerana semangat ` Malaysia Boleh `.
Yang paling lucu dari segala empunya lucu ialah pertandingan membuat lemang terpanjang didunia untuk dimasukan kedalam catatan guiness book of the world record.. Bayangkan berapa punya  pembaziran kos bagi menyiapkan kerja bodoh itu. Yang menghairankan hanya orang melayu dan 1 MALAYSIA  sahaja yang memakan ` benda Allah ` ini iaitu lemang…..lain lah pertandingan burger atau hot dog terpanjang di dunia ada juga rasionalnya sebab 1 DUNIA ` melantak ` benda ini. Pendekata kalaulah lemang itu panjangnya 12 inici pun tetaplah Malaysia menang.
Siapa sangka mungkin suatu masa nanti oleh kerana taasubnya Malaysia ini kepada keBARATan….mungkin ada pihak yang menganjurkan pertandingan alat kelamin terpanjang di Malaysia. Bunyinya agak pelik dan  lucah….segalanya kebarangkalian boleh berlaku dalam negara ini.
Kita tengok sahaja walaupun penentangan – penentangan dibuat membantah kehadiran american idol, Adam Lambert yang bermotif ` duta gay ` ke negara ini siapa pun tidak peduli. Tokoh – tokoh agama terus alpa dibuai mimpi – mimpi diruang tamu pemimpin negara. Mereka mungkin lupa kadang – kadang hanya dipergunakan sebagai perkakas dapur semata – mata. Luka dan marahnya umat ini kepada datangnya penari goyang gerudi, Inul masih belum hilang lagi.
Isu isteri PM sebagai master mind dalam Islamic Festival Fashion [ IFF ] masih hangat diperkatakan. Inikan bukannya petunjunkan fesyen ` Malam Internasional `seniwati Sarimah, Linda Lumb, Jolly Kwan dan Nirmala dalam filem Labu Labi tu.
Teman secara peribadi kurang setuju terlalu banyak penganjuran ` busana Islam ` ini kerana teman melihat fesyen diutamakan, syariat dipinggirkan kerana asyik berfesyen potongan badan, potongan buah dada masih jelas kelihatan dan sebagainya. Dulu hingga kini ada lagi fesyen yang bernama waheeda, wardina dan macam – macam hal lagi. Pendekata meng` pin ` menyematkan keronsang diatas kepala pun menjadi ikutan trend.
Tiada panduan yang khusus atau tatatertib yang tertentu untuk memastikan etika ini dikuat kuasakan. Akhirnya muncul ijtihad jahiliyah yang kononnya mahu melakukan pembaharuan terhadap Islam melalui pakaian.

Ya, Islamic Festival Fashion (IFF).
Teman menliti setiap perkembangan program tersebut dan  turut menyatakan kekesalan. Kesalnya kerana Islam telah dicerobohi secara halus. Pakaian adalah lambang Islam yang sentiasa diperhatikan oleh agama lain, jika dari sudut itu kita sudah gagal mempamerkan Syiar tersebut, apakah terdapat aspek yang lain yang mampu dipamerkan lagi?

Pakaian itu adalah Akhlaq.

Kekesalan ini berdasarkan beberapa perkara yang telah melanggari hukum yang digariskan oleh agama. Antaranya adalah:

1. Dalam festival tersebut, pakaian yang dipamerkan tidak banyak mempamerkan ciri-ciri yang telah digariskan oleh Islam bahkan jika dilihat ia lebih tertumpu ke arah mahu memodenkan fesyen Islam.

2. Terdapat unsur-unsur penghinaan apabila secara terang-terangan menggunakan kalimah ‘Muhammad’ pada pakaian yang tiada langsung menepati prinsip Islam.
3. Menggunakan label Islam hanya untuk mendapatkan populariti. Ia seolah-oleh mengambil kesempatan terhadap nama Islam yang sedang naik dan mendapat tempat di hati masyarakat sekarang.

Umat Islam merasa sedikit terguris dengan festival ini. Terguris akibat Islam telah ditafsirkan dengan pandangan yang salah.

Sekian ramai di kalangan masyarakat kita terutama di Malaya ini  mengalami sindrom kurang faham akan prinsip menutup aurat, dan mereka jarang didedahkan dengan pengetahuan seperti itu. Segelintirnya hanya difahamkan melalui cakap-cakap orang yang kebanyakkannya kurang berilmu tentangnya. Akhirnya ia ditafsirkan dengan tafsiran akal semata-mata.
 
Dulunya pernah diucapkan oleh Dr. Mahathir semasa beliau menjadi PM dan katanya soal pakaian tidak penting….yang penting ialah  HATI DIDALAM….akhirnya modal ini digunakan dikalangan yang jahil yang sewaktu dengannya.
Kalaulah bangsa Arab itu sahaja dijadikan panduan untuk menghayati syiar Islam ia belum lagi mencukupi dan sangat jauh menyeleweng. Islam tetaplah Islam yang hakiki yang diturunkan kepada bangsa arab, tetapi bangsa arab bukanlah menjadi tafsiran kepada Islam seluruhnya. Buktinya sudah banyak kerana ramai bangsa itu musnah ditelan peredaran zaman, yang tinggal hanyalah segolongan kecil yang mengamalkan Islam yang syumul.

Al-Quran adalah garis panduan untuk segala tindak-tanduk manusia, bermula dari sekecil-kecil perbuatan sehinggalah kepada soal pentadbiran sebuah negara, semua memerlukan rujukan daripadanya, kerana ALLAH taala mengetahui akal manusia tidak akan mampu untuk pergi sejauh itu. Nafsu adalah penghalang utama.
Selepas ini kita tunggu…..apa lagi akan muncul perhinaan terhadap agama yang mulia ini.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More