Dalam majlis perasmian perhimpunan umNO semalam Najib berikrar` biar hilang nyawa ` dan pertahankan sebarang cubaan merampas PutraJaya walau apa pun terjadi.
Orang kampong di jauh pendalaman bolehlah kamu ` wahai Perdana Menteri ` kelentong lagipun masyarakat dah celik nak rampas Putrajaya bukan suruh mengangkat senjata tapi hanya memegang pensil atau pen untuk mengundi dalam mana – mana piliharaya. Itu pun dengan pensil tapi kalau dengan cop jari pun boleh dianggap bermoral dan beretika kerana yang tak boleh ialah dengan mengangkat ` penumbuk `.
Tajuk lain yang standard yang acapkali disebut dalam mana – mana perhimpunan umnNO ialah ` hak orang melayu terus dipertahankan`.
Nabi dan para sahabat sanggup mati bukan sahaja mempertahankan kota suci Mekah malah sanggup mati mempertahankan kesuciaan Islam.
Najib dan pemimpin umNO sepatutnya malu dengan sirah pengorbanan Sumaiyah mempertahankan keIslamannya.
Sumaiyyah bin Khaiyat adalah hamba perempuan kepada Abu Huzaifah bin al-Mughirah Abdullah bin Umar al-Ansi yang merupakan seorang pembesar Quraisy. Manakala suaminya pula bernama Yasir bin Amin Al-Ansi, seorang pendatang dari Yaman. Yasir juga dikenali sebagai Abu Ammar.
Keluarga Yasir adalah di antara keluarga yang terawal memeluk Islam di Mekah ketika seruan dakwah baru sahaja di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka terpaksa menempuh penderitaan dan penyeksaan daripada golongan musyrikin Mekah.

Bani Makhzum yang masih belum memeluk Islam ketika itu sangat marah apabila mengetahui keluarga Yasir memeluk Islam. Keluarga Yasir diseksa dengan pelbagai jenis seksaaan supaya mereka kembali kepada agama asal nenek moyang mereka yang menyembah berhala.
Sumaiyyah, Yasir dan Ammar telah diheret ke padang pasir dan dijemur di bawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan mereka diikat dengan rantai.

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w lalu di tempat keluarga Yasir diseksa. Rasulullah s.a.w berkata, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir. Balasan untuk kamu adalah syurga.”
Kata-kata Rasulullah s.a.w itu telah menenangkan hati dan jiwa raga mereka, iman mereka jadi bertambah teguh walaupun mereka diseksa dengan kejam dan zalim oleh musyrikin daripada Bani Makhzum.
Kata-kata Rasulullah s.a.w itu telah menenangkan hati dan jiwa raga mereka, iman mereka jadi bertambah teguh walaupun mereka diseksa dengan kejam dan zalim oleh musyrikin daripada Bani Makhzum.
Pada suatu hari datanglah Abu Jahal ke tempat penyeksaan tersebut sambil menghina dan mencerca Sumaiyyah dan turut sama menyeksa Sumaiyyah. Abu Jahal memaksa Sumaiyah supaya meninggalkan Islam. Tetapi mereka menolaknya dan tetap beriman dengan Allah s.w.t dan tidak sekali-kali akan meninggalkan Islam. Sumaiyah diikat di antara dua ekor unta.
Abu Jahal sangat marah dengan sikap Sumaiyyah yang tidak mahu tunduk dengan kemahuannya dan musyrikin Mekah. Abu Jahal pun mengambil lembing lalu menusukkan lembing tersebut di dada Sumaiyyah. Sumaiyyah pun gugur sebagai syahid pertama di bumi Mekah. Suaminya Yasir juga turut syahid kemudiannya.

Nama Sumaiyyah binti Khaiyat tercatat dalam sejarah Islam sebagai syahid pertama umat Islam yang mati kerana mempertahankan akidah dan keimanannya kepada Allah s.w.t.
Sudahlah kamu wahai Najib.... nak mengangkat muka dengan Rosmah pun belum tentu kamu berani inikan pula nak mempertahankan dengan nyawa bahkata Allahyarham P. Ramlee dalam filem Pendekar Bujang Lapok…Heh…. Heh…. Heh… heh…. sebagai simbolik menghardik samseng – samseng di Penambang.

Teman ada cerita nama pun cerita.
Tersebutlah kisah seorang raja yang termashur yang mempunyai harta berkoyan – koyan dan gundik – gundik yang rupawan tapi hidupnya kosong seperti capati licin jilat dipinggan. Alkisahnya raja ini gelisah gundah gulana kerana sepanjang zaman pentadbiran menguruskan negara dikuasai oleh permaisurinya yang cantik jelita.
Pendekata sepanjang hari permaisurinya menyibuk urusan rasminya malah belanjawan negara yang dibentangkan di balairong seri pun beliau menuntut hak untuk peruntukkan menghiasi kecantikan rupawajahnya.
Akhirnya raja tersebut menitahkan seorang yang bergelar dato` di istana untuk menjemput Dato` Bendahara masuk menghadap di balai penghadapan istana esoknya.
Dato` Bendahara atau jawatan sekarang disebut sebagai Perdana Menteri masuk menghadap dan berkata ` ampun tuanku ` patik yang hina masuk menghadap`. Raja tadi pun memberitahu Dato` Bendahara bahawa sepertimana kamu tahu hamba rakyat sudah bising disegenap kampong dan desa yang beta ini dikuasai oleh permaisuri beta.
Cuma teman nak nambah sikit maksudnya sama ` queen control `. Masa tu tuanku tak sebut kepada Dato` Bendahara kerana masa tu orang putih tak masuk jajah lagi. Kalau dah jajah ` Sure ` Speaking London juga walaupun broken.
Tuanku berkata ….wahai Dato `Bendahara cuba – cuba fikir – fikirkan jalan yang molek mengatasinya.
Dato` Bendahari yang memang tersohor wajah – wajah mengampunya mengangkat sembah….` ampun tuanku…patik mohon sembah derhaka ` mencadangkan supaya tuanku menghimpunkan hamba rakyat yang berstatuskan suami untuk bertanyakan rahsia mereka yang tidak dikuasai oleh isteri – isterinya dan tuanku berikan kurnia.
Akhirnya tuanku bersetuju….molek sungguh cadangan Dato` itu….maka terfikirlah dibenak dan kepala Dato` ini…katanya hamba pun nanti juga dapat kurniaan dari Sultan. Inilah perangai – perangai Perdana Menteri dari dulu kini dan selamanya….mengampu diutamakan.
Maka keseokannya semua hamba rakyat tadi masuk ke dalam istana dan tuanku menitah mana – mana hamba rakyat beta yang sepanjang perkahwinan rumahtangganya dikuasai oleh isteri…sila duduk disebelah kanan beta….manakala hamba rakyat beta yang hidup rumahtanggannya tidak dikuasai oleh isteri sila duduk disebelah kiri beta.
Tiba – tiba tuanku terkejut dalam ramai – ramai hamba rakyat nya yang hadir seorang sahaja duduk di tempat yang tidak dikuasai oleh isterinya. Lalu tuanku menitahkan semua yang lain boleh balik dan kamu yang seorang ini sila menghadap beta sekarang.
Tuanku bertanya kepada hamba rakyat yang seorang ini….apakah rahsia kamu…hamba rakyat bangun dan berkata ` ampun tuanku….yang sebenar – benarnya isteri patik pesan kalau patik pergi ke majlis istana jangan pindah – pindah tempat duduk….duduklah ditempat itu hingga majlis selesai.
Tuanku murka dengan jawapan itu dan bertitah kamu lebih teruk lagi daripada hamba rakyat beta yang lain…nyahhh kamu dari istana beta ini. Murka sungguh tuanku kerana sekali lagi dirinya diaipkan oleh rakyatnya. Dato` Bendahara pun mengaru – garu kepalanya kerana hajatnya tadi untuk mendapat kurniaan sultan tidak kesampaian.
Arakiannya…orang macam Najib ini kita nak harapkan mempertahankan kesuciaan agama….kemuliaan melayu pun belum tentu umNO mampu.
0 comments:
Post a Comment