Friday, October 8, 2010

GALAS OH GALAS

Dulu ada kajian dibuat dan di dedahkan tingkah laku pelajar – pelajar sekolah rendah menGALASkan bag yang berat untuk ke sekolah.

Beratnya bag sekolah mereka…. lagak mereka seperti satu kompeni tentera ke operasi yang penting negara ataupun sesi latihan ketenteraan sahaja.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam isu ini…. cikgu atau sikap murid itu yang tidak mematuhi jadual persekolahannya….ataupun makbapak mereka jenis atau spesis yang tak ambil tahu langsung tentang pembelajaran anak – anaknya….kerana yang penting ` duit masyukkk` hari – hari….

Kita di Malaysia ni bukan jalan ke depan, tapi jalan ke belakang. Lagi teruk dari zaman Jepun agak nye.

Patut makin maju, makin ‘paperless’ , tapi tak, makin maju makin berat beg budak sekolah. Kalau di Terengganu pula pelajarnya mungkin beg berat pun kena bawa, komputer e-book pun kena bawa. Ini bukan teman kata….tapi merujuk sebagai yang dikata dalam sebuah akhbar dulu.

Bayangkan, budak bawa beg sekolah satu pertiga dari berat badan.

SEMAKIN RAMAI BUDAK SEKOLAH SAKIT TULANG BELAKANG (SCOLIOSIS) PAK MENTERI KENA AMBIL TAHU. INI KATA PAKAR, BUKAN KATA ORANG POLITIK.
 
Dulu dikatakan bahawa  akhbar NST berani membicarakan isu beg sekolah berat ini. Akhbar Melayu masih meneruskan dengan iklan judi mereka dan berita sengit sebelah politik murahan mereka.

Ada seorang pemain bola namanya Gallas ataupun nama penuhnya William Gallas….walaupun spelling namanya ada double L tapi sebutannya masih GALAS.

Ini cerita  kisah GALAS bukan GALLANG dalam drama Indonesia ` Cinta Kirana ` tu....maklum le....sekarang kaum - kaum ibu sibuk kejor drama ini dari kejor waktu maghribnya.

Gallas punya cerita lain sikit dengan kisah bebudak sekolah yang mengalaskan bag yang berat kesekolah tadi.

Seorang offisial timnas Prancis mengungkapkan empat nama yang disinyalir menjadi pemicu dari kekecohahan di tubuh Les Bleus. Siapa saja mereka?
Cerita kontrovesi  panas ini berkisah semasa Piala Dunia di Afrika Selatan tempohari yang mana pasukan pilihan ini terpelanting awal dalam kumpulannya gara – gara sikap pemain yang tak ngam dengan jurulatih dan pengurusan pasukan yang bermaskot ` ayam ` jantan tu.
Kini nama-nama para pengkhianat tersebut mencuat ke permukaan. Ofisial Prancis Henri Monteil mengatakan ada tiga hingga empat pemain yang menjadi otak dari kekacauan ini.

"Tiga-empat pemain itu adalah pemimpin (dari kekacauan ini). Para pemimpin itu adalah pemain yang tak pernah bermain di Piala Dunia lagi. Siapa mereka? Mereka adalah William Gallas, Eric Abidal, dan Thierry Henry, yang merupakan kawan dari Nicolas Anelka``.
  Pihak wartawan mengungkapkan masih ada pemain yang berdiri di belakang Domenech. "Beberapa pergi menemui Domenech. Mereka menangis, menyesali apa yang terjadi. Mereka adalah para pemain muda."

Ungkapan ini memang belum terbukti dan baru klaim. Tetapi jika benar para senior itu merupakan dalang bagi kekacauan ini, maka kondisi timnas Prancis memang benar-benar tragis.
 
Kesian….pasukan Perancis ini….gara – gara pemain ` kuda tua ` dalam pasukan itu menyebabkan nama dan wibawa tercalar teruk hingga hari ini. Itu juga gara – gara GALLAS tadi.
Kini nama yang juga GALAS tiba – tiba muncul di pantai Timur….dimana wakil rakyatnya yang meninggalkan dunia akibat sering dilanda sakit daripada sihatnya….itu semua kehendak Allah SWT.
Top of Form
Kini budaya bohong atau janji – janji palsu kembali datang lagi.Perkataan bohong ini sama ertinya dengan menipu,dusta atau dalam loghat Peraknya` bedeaah ` ataupun ` ngechik `.

Ada orang berbohong untuk dapat kuasa.Ada juga orang  berbohong untuk menjatuhkan kuasa .Kalau disekolah sesorang murid boleh berbohong kepada Guru Displin diatas  kelewatannya datang ke sekolah atau melanggar etika displin sekolahnya dari mendapat hukuman.Kerapkali dalam permainan bolasepak sesorang boleh berbohong terjatuh dipintu gol lawan untuk mempergaruhi pengadil dapatkan penalti dan sebagainya.

Fenomena bohong ini sebenarnya telah ujud hasil politik didikan barat tanpa merujuk wahyu Ilahi yang disana ada kaitannya dosa dan pahala.

Menjelang Pilihanraya Kecil  GALAS yang semakin panas ini disana sini kita akan dengar dan lihat janji – janji projek,janji – janji balairaya,janji – janji rumah ibadat, janji – janji sekolah dan aneka janji – janji dan akhirnya tinggal janji – janji.Ini juga merupakan kategori bohong yang keterlaluan demi kemenangan kuasa.

Suruhanjaya Pilihanraya [ SPR ] juga boleh diiktirafkan sebagai ` mangkok ayun ` kerana tidak membenarkan kempen dimulakan kerana gong pilihanraya belum lagi diketuknya.Diwaktu yang sama membiarkan kempen janji – janji BN di media dan tv terus mengumandang di bumi GALAS tanpa membantah apatah lagi menghalangnya. Malah Tok Guru yang memimpin negeri itu di fitnah dan hentam teruk  seolah – olah tiada harga dirinya.

Rakyat dikawasan berkenaan jangan mudah terpedaya dengan janji – janji manis pemimpin korupsi ini.Terkadang – kadang senyuman mereka memang manis sampai ketelinga dan akhirnya rakyat mengigit jari ditipu hidup – hidup apabila berakhirnya mana – mana pilihanraya.Sampai bila rakyat dan pengundi diperbodoh dari dulu,kini dan mungkin selamanya.

Dalam Negara kita bila sampai masanya memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhmmad SAW atau Maal Hijrah,maka slogan retorik memuji Nabi menjadi tema sepanduk dan sign board disana – sini sebagai tanda kasihnya mereka kepada Nabi.Slogan retorik ini sebenarnya adalah jadian daripada ciri – ciri pembohongan kerana dasar mulia Nabi tidak menjadi panduan dalam negara.

Saat ini, terutama di kala waktu berkempen pilihanraya semua menunjukkan merekalah pemimpin berjiwa rakyat,pemimpin turun ke bawah menyelami masalah rakyat.Untuk merealisasikan kepekaan masing – masing,maka  banyak orang yang membuat pendekatan  untuk berdusta/berbohong hanya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan lawannya. Padahal berdusta itu besar dosanya di mata Allah. Contohnya ada yang berkata hutang berkurang padahal kenyataannya bertambah atau sebaliknya.

Memang di dalam keadaan tertentu, berbohong itu diizinkan.
Rasulullah SAW membolehkan dusta dalam tiga perkara, iaitu dalam peperangan, dalam rangka mendamaikan antara orang-orang yang bersengketa dan pembicaraan suami kepada isterinya. (HR. Ahmad)

Tapi itu pun pada saat yang luar biasa dan Nabi sendiri tetap menghindari untuk tidak berbohong. Sebagai contoh, ketika ada seseorang mencari musuhnya dengan niat berkelahi dan bertanya apakah Nabi melihat ada orang lalu di situ, sebelum menjawab Nabi perhatikan tempat berdirinya, baru berkata. “Sejak saya berdiri di sini, saya belum pernah melihat orang lain selain kamu.” Dan memang sejak Nabi berdiri di tempat yang baru dia belum melihat orang lain selain orang yang bertanya.

Tapi hal seperti itu pun jarang dilakukan oleh Nabi sehingga Nabi digelar sebagai Al Amin atau yang dipercaya. Jika Nabi menyuruh para sahabat untuk pergi ke arah utara, kemudian setelah jauh berbalik ke selatan itu tidak  dikatakan bohong kecuali strategi/taktik peperangan. Itu pun ditujukan pada orang-orang kafir dan mata-matanya.
Terhadap para sahabat dan orang-orang yang beriman, Nabi boleh dikata senantiasa berkata jujur. Bahkan orang-orang kafir pun mengakui kejujuran Nabi yang tidak pernah berkata bohong.

Allah mengutuk orang yang banyak berbohong:

“Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta” [QS Adz Dzaariyaat:10]
Siksa yang pedih di neraka disediakan bagi para pendusta:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” [Al Baqarah:10]

“Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa” [Al Jaatsiyah:7]
Jika sering berdusta, maka itu akan menyeretnya ke neraka:

“Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke surga. Selama seorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Hati-hatilah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta (pembohong). (HR. Bukhari)

Dusta adalah satu ciri orang Munafik:

Wahai umNO jika kamu riuh katakan ahli anda jutaan orang, sokongan anda tinggi,media dan ajensi kerajaan bersama anda ,maka marilah kita berjuang sempena dengan Pilihanraya Kecil GALAS ini dengan telus dan adil,tidak perlu janji – janji manis tanpa rasuah tadi  dan tunjukkan skill masing – masing kerana rakyat yang mampu menilaikannya.

Ingat....petugas pilihanraya ini biar menGALASkan tenaga....tapi jangan MALAS dan CULAS.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More