Perhimpunan Agung umNO datang lagi.
Orang Melayu memang jenis sukakan pesta dan hiburan.
Didalam perhimpunan itu nanti kita akan dihiburkan gelak ketawa, senda gurau, tepuk menepuk, pantun memantun oleh sang bernama Melayu konon – kononnya merekalah wira memperjuangkan nasib bangsanya sendiri. Aksi ` menegangkan urat tengkuk ` dan menghunuskan keris sebagai tanda kasih kemelayuaan yang diperjuangkan sudah menjadi satu tradisi.
Jika di Kuala Kangsar….tempat kelahiran teman memang tersohor dengan perbagai pesta demi pesta. Dulunya 20 tahun yang lalu rakyat dihiburkan dengan agenda program mungkar sempena keputeraan Sultan dan rakyat disajikan selama sebulan berbagai – bagai hiburan yang melalaikan termasuk permainan judi. Yang hairannya dalam kawasan istana pulak tu…..Alhamdulillah keharubiruan program sudah tiada lagi. Mungkin berkat kesedaran rakyat kepada agama meningkat. Tapi program seperti konsert, pesta panjut, sukan air masih diteruskan dengan alasan hiburan untuk rakyat.
Namun begitu oleh kerana orang Melayu terdedah dan peka kepada hiburan dan pesta, terkadang – kadang jika ada berlakunya musibah kemalangan jalanraya, orang terjun sungai. maka orang Melayulah yang berhenti ` berkerumun ` kononnya rasa ambil tahu sehingga ` jam ` satu jalan. Itu belum lagi demo ubat tahan lesen, ubat lelaki kuat dan sebagainya bahkata orang Kuala Kangsar ` gemor sangat `
Inilah sebabnya Inggeris tahu kelemahan orang Melayu ialah pada diri mereka tergambar keseronokan yang boleh dilunakan dengan senang dan mudah.
Bila Inggeris mula menjejak kaki di Tanah Melayu perkara yang pertama mereka tahu tentang Melayu ialah masalah alma mater, masalah sekolah, masalah buku dan masalah minda yang mundur menjadi selimut orang Melayu.
Sejak dulu orang Melayu bukanlah satu bangsa yang suka membaca dan berfikir. Mereka juga tidak suka menulis dan mencatat justeru mereka tidak mengambil penting soal masa dan tarikh peristiwa tertentu. Mereka campur adukkan sastera dan sejarah dan namakannya Sejarah Melayu. Mereka lebih senang mewarisi sejarah yang ditulis oleh British. Yang anehnya mereka menganggap apa yang ditulis oleh orang asing tentang mereka adalah satu sejarah dan mereka mendewakannya.
Dari dulu hingga sekarang orang Melayu lebih suka mendengar ceramah dan ‘labun atau borak’ tentang apa saja termasuk ajaran agamanya. Dalam hal ini mereka juga tidak suka bertanya atau menyelidik. Jika banyak bertanya mereka boleh dianggap sebagai lemah iman oleh guru-guru agama mereka.
Orang Melayu tidak dipimpin supaya menjadi masyarakat yang suka membaca, menulis dan membuat penyelidikan sebaliknya mereka digalakkan menerima apa saja yang diceramahkan tanpa banyak soal…. “Dunia ini milik orang kafir dan akhirat itu adalah tempat untuk kita” …inilah ajaran-ajaran yang telah membelenggu masyarakat Melayu-Islam beratus tahun sejak ia telah melalui fasa-fasa perkembangan sejarahnya.
Walaupun tidak dinafikan memang ada usaha dilakukan oleh kerajaan kearah kempen membaca….namun begitu oleh kerana bangsa ini sudah sebati dengan perkara – perkara yang melalaikan sehinggakan program yang baik itu berlalu begitu sahaja.
Bangsa ini tidak seperti bangsa lain…walaupun seminit menunggu sesuatu masa samada di tempat – tempat awam dan didalam perjalanan ke destinasi tertentu mesti ada buku disisi mereka. Sedangkan orang Melayu kebanyakkan kesukaannyanya ` sembang lagho ` seperti nampak kambing cerita kambing, cerita kambing tak habis nampak itik cerita itik, cerita itik tak habis nampak kedai makan cerita hal makan….begitulah seterusnya dari satu cerita ke satu cerita yang kebanyakannya bukan untuk mengasah minda tetapi memekakkan telinga orang yang berhampiran dengan mereka.
Budaya membaca secara kritikal tidak digalakan oleh kelas bangsawan dalam sistem pendidikan. Ulama’ pula mengajar membaca al-Quran tanpa memahaminya. Membaca al-Quran boleh dapat pahala walaupun tidak faham maknanya. Raja-raja, pembesar-pembesar dan masyarakat Melayu sendiri menjadi sangat lemah hingga mereka tidak dapat menjadi pelindung kepada rakyat. Tiada cahaya dari Allah untuk mereka memimpin masyarakatnya. Begitulah dalam kegelapan ini Melayu telah dijajah dengan begitu lama.
Itu sebabnya....kita jangan terkejut masih ada orang - orang tua di kampung - kampung yang bila ditanya ` pak chik ` sokong apa ?....dia akan jawab dengan tenang dan konfiden ` KAPAL LAYOR ` dulu kini dan selamanya.
Kepada bangsawan Melayu ternakan Inggeris ini atau dipanggil United Malay National Organisation (umNO) kemudian telah diwariskan pentadbiran pasca merdeka mempertahankan kelangsungan sistem serta status-quo yang dipanggil neo-liberal. Lebih 50 tahun rakyat mabuk dalam penderitaan. Pun begitu mereka terus tersenyum dan menyokong walaupun miskin dan hutang keliling pinggang. Dalam keadaan rakyat yang mabuk dalam penderitaan ini, era Melayu tipu Melayu pun terus berlangsung.
Apa – apa pun perhimpunan itu nanti menjanjikan retorik basi dan hanya perhimpunan TOM TOM BAK sahaja.
0 comments:
Post a Comment