Begitulah juga dengan Ketua Wanitanya walaupun kalah dalam pilihanraya umum yang lalu terus ditabalkan oleh kabinet Najib sebagai menteri penuh.
Arakian….wahai Khairy….kamu cakap le bagai nak pecah ` mike ` dan hentaklah ` rostrum ` tu…siapalah kamu disisi umNO.
Arakian….wahai Khairy….kamu cakap le bagai nak pecah ` mike ` dan hentaklah ` rostrum ` tu…siapalah kamu disisi umNO.
Wanitanya pula yang berketuakan Sharirizat berkata dengan nada kacukan hindustannya ..nahi – nahi ya mahabat tom ` ketuanan melayu dah tak relevan..ganti dengan kemuliaan melayu...Ehhh…ayat ni macam filem hindustan ditahun 80an dulu iaitu ` Qurbani ` iaitu dalam maksud melayunya korban. Masa tu 1 Malaya nyanyikan lagu tu malah ada juga yang 10 kali menonton tapi masih tak puas - puas….sebelum tu teman ingat lagi di tahun 70an terkenal dengan filem ` Bobby ` lakunan Rishi Kapoor dan Dimple. Teman masih ingat lagi lirik tu….nak dengar…teman nyanyikan …..` meshaiy he to nahi…..magal le asyi bi….jastibe ka…metule jeko mu jeko magal to nahi……teman bukan apa….boleh le sikit – sikit ingat….cukup le sikit nanti tak boleh pulak Aqil Hay cari makan....kerana sikit yang diberikan adalah lebih baik daripada banyak yang dijanjikan…..sikit yang Tok Guru Nik Aziz dan DS Nizar berikan adalah lebih baik daripada banyak – banyak yang umNO janjikan.
Teman bukan apa dah berjanji pada diri nak buangkan perkara – perkara ` lagho` yang tak berfaedah tu…pendekata macam dah ` bertaubat ` le gamaknya.
Tapi teman tak mahu bertaubat macam orang – orang besar negara dan juga pemimpin umNO tu….bila sakit selalu sebut `` Allah Allah Allah….sakitnya ` tapi bile sihat perangai lama dibuatnya….malah lebih teruk lagi sebelum sakitnya dulu. Itu bukan taubat nasuha….tapi itu ` TAUBAT SAMBAL BELACAN` kerana masa makan terlalu pedas ` Allahu Akbar pedasnya…..taubat aku tak dak makan lagi `…..tapi bile didepan mata cukup dengan rebus betik muda dan kacang bendi muda, kangkung cello ayor panas, batang keladi….makan ditepi bendang dan hujan pulak tu….masyaAllah masa tu lupakan janji taubatnya. Pendekata kalau masa tu lah….bukan sahaja emak mertua lalu tak nampak, tapi DS Zambry datang dengan setpolnya Najmuddin setuju dengan proposal balaknya…..tentu buat – buat tak nampak punya….sedap sangat.
Teman ingat masa dulu – dulu ada anak jiran teman tu accident motor….ramai – ramai kawan ` Mat Rempitnya ` pakat - pakat ziarah dihospital…..semuanya sedih tunduk malah ada juga yang menangis….mungkin menyesal atau mungkin bertaubat tak mahu rempit – rempit lagi…..tapi lepas sahaja kawan – kawannya keluar dari pagar hospital mereka terus sahaja merempit tanpa peduli bahaya atau ingatkan kawannya tadi hampir nazak. Ini juga ciri – ciri taubat sambal belacan.
Kenyataan kedua dua sayap parti itu tanda mereka dah seiring dengan bos mereka Cuma dia tertinggal keretapi dari Gemas ke Gua Musang dan terhegeh hegeh dengan semangat melayunya ialah Muhyidin Yasin…mungkin taasubnya dan bangganya yang dia lahir kat negeri kelahiran umNO.
Wahai pemimpin umNO bertaubatlah….sudah terlalu banyak kerosakan yang kamu lakukan untuk agama, bangsa dan negara. Ingatlah dunia terus tua sepertimana umNO juga terus tua…kemuncak kalian akan berakhir jua….langit tidak selalu cerah.
Kepada tokoh – tokoh agama, ahli – ahli akademik yang sewaktu dengannya dan puak – puak mufti dimana puncak anda berada….sampai bilakah kalian nak ` tongkat ` dunia umNO yang fatomorgana ini. Kalian lebih mengerti.
|
0 comments:
Post a Comment