Wednesday, October 27, 2010

POLITIK SANDWICH

Rakyat yang celik dan bermaklumat terkejut sakan  pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang.

Rakyat  yang dungu dan tidak bermaklumat sebelum ini bangga dalam pembentangan bajet 2011 baru – baru ini. Walaupun rakyat ramai tidak membangkitkan perbelanjaan ` boros `   bahkata orang Perak ` mon`choh ` oleh pihak kerajaan Bn, tetapi mereka sangka baik kerana itu semua untuk rakyat kerana prinsipnya ` rakyat didahulukan`.

Rupa – rupanya sangka baik rakyat meleset kerana dengan pendedahan Ketua Audit Negara ini menunjukkan bahawa ` kuasa diutamakan retorik didahulukan ` malah semangat mereka memperjuangkan nasib orang – orang melayu didalam setiap kali perhimpunan umNO juga retorik kosong tapi ` tong kosong ` yang bunyi sahaja kuat didalamnya kosong malah berhabuk dan kotor.

Benarlah peribahasa orang perak ` bio pape aseikan bergaye `. Yang betul – betul ` bergaye ` ialah ` baju – baju  melayu yang  mereka pakai….cantik – cantik, indah – indah….butang baju pun terserlah hebatnya perhimpunan tersebut.

Ada kekawan teman mengusik….persidangan itu bukan memartabatkan bangsa melayu, tapi memartabatkan etika pakaian melayu semata – mata. Itu kawan teman sebut tapi bukan teman sebab teman memang banyak koleksi baju melayu tu. Cuma yang color kuning Najib pakai tu teman tak de…sebab kuning tu warna raja – raja….teman orang kebanyakan. Color ` samao ` atau merah jambu masa bentang bajet tu ….itu teman ada.

TERKINI…..perkataan mahal, zalim dan cekik darah bermain dibenak kaki – kaki bola. Itu antara rungutan peminat setia pasukan The Red Warriors yang menyelar tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. Teman ingatkan orang politik di ` sandwich ` kan oleh pemimpin Bn….ataupun insiden pemain – pemain dibentes atau di kasari dan ` sandwich ` hingga terkeluar padang. Malah bukan sahaja tiket naik mendadak….tapi semua jualan makan minum tidak dibenarkan diniagakan didalam stadium termasuk ` sandwich ` tadi.

Ketika itu tiket dijual dengan harga RM20 dan secara tiba-tiba, musim ini FAM menaikkan harga tiket kepada RM30 sehingga menimbulkan kemarahan seluruh peminat bola sepak Kelantan yang merasakan harga tersebut adalah terlalu tinggi.

Teman bukan apa…nak tegur rakyat yang terlalu sangka baik kepada pemimpin negara ` bior le bertempat ` jangan tak bertempat….sudah banyak kerosakkan yang mereka lakukan. Macam ada orang meletakkan parking kereta tak bertempat….nanti orang mengumpat….ataupun hamba Allah yang yang bersolat jamaah memakai baju tertulis dibelakang bajunya bermacam – macam tulisan  dan bergambar  makmun belakang tentu ` kantoi `punya bacaan fatihahnya….lebih – lebih kalau budak – budak sekolah memasukkan semua nama ` class mate `nya pada ` t`shirt disebelah belakangnya…..sekali lagi makmun belakang membaca nama – nama itu daripada atas sampai kebawah mengikut jumlah pelajar….jawabnya sekali kantoi bacaan sembahyangnya.

Janganlah kerana kesalahan kita orang mengumpat….tapi dalam isu wang dan harta negara ini….rakyat wajib mengumpat kerana itu adalah wang rakyat supaya tidak diselewengkan sewenang – wenangnya.

Teman bukannya nak mengumpat….tapi dalam Islam ada 6 perkara yang diHARUSkan mengumpat…..kalau tak percaya tanyalah kepada mana – mana mufti di negeri masing – masing. Tak tahu le pulak teman….kalau jawapan standard mereka kata ` tak boleh ` HARAM, dosa besar….jawabnya ada diantara mereka nak kena pukul dengan ` pelepah nyor ` didalam kubur nanti.

Teman tak dak le nak huraikan satu persatu perkara – perkara tu…..nanti tak de pulak modal Ustaz Azhar Idrus yang teman minat tu. Yang pastinya memang ada didalam Islam.
Ada satu cerita kisah benar  kisah Ketua umNO di sebuah cawangan dalam Bahagian Kuala Kangsar dulu - dulunya…kebetulan puterinya berkahwin dengan seorang anak kerabat diraja….maka meriahnya majlis dirumahnya itu 3 hari 3 malam…tapi ` enko – engkonya ` ataupun bahasa lain  rupa – rupanya  hutang sekeliling pinggang.
Pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion. Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan. Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.
Rakyat mula faham  bahawa hutang yang meninngkat  dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.
Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan  sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad. Semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan umno Bn yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.
Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini. Selalu pemimpin umno di negara ini sering mendabit dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah umno dan Bn. Selain daripada Bn maka tidak mampu untuk memerintah.
Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh Pas dan Pakatan Rakyat  terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan. Kerajaan baru perlu melunaskan hutang,kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti. Pengalaman Pas di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan Bn sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan.
Begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun umno Bn perintah. Kebijaksanaan pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan pusat
Kenapakah  bila rakyat telah memilih kerajaan selain Bn ini….mereka di ` sandwich `kan.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More