Friday, July 23, 2010

UMNO BAIK PAS JAHAT

PAS kini yang sebenarnya berdepan sebuah tawaran perpaduan dari sebuah gerombolan pengkhianat bangsa dan agamanya itu sendiri.

Kini PAS sekali lagi dituduh sebuah parti yang memperalatkan agama dan sebenarnya hipokrit serta taasub dengan dasar Islamnya sehingga sanggup menolak pelawaan umNO untuk menyatupadukan orang melayu.
Media arus perdana bijak memainkan isu dan memutarbelitkan kenyataan bertanggungjawab dari pimpinan PAS yang konsisten dengan dasar mereka iaitu Islam yang syumul.
Hari demi hari  rakyat marhein berpeluangkan  ` berposing ` samada dalam television dan akhbar harian bagi menyokong hajat dan tujuan umNO mempelawa PAS demi perpaduan orang Melayu.
PAS Juga lihat pandai bermain wayang dengan memberikan alasan – alasan bagi memungkinkan gagalnya mereka untuk menerima pelawaan ikhlas umNO dan segala isinya.
Adakah PAS benar – benar jahat.
Umno dilihat seperti rombongan keluarga yang tidak puashati kerana pinangan anaknya itu ditolak – tolak mentah oleh keluarga perempuan yang mana anak lelakinya imereka tu  terlalu `` merenyang ` dan tergila – gilakan sehingga mandi tak basah , dan makan tak kenyang….hari – hari terbayang gadis itu sehingga didapati positif dan wajar dimasukkan ke Hospital Bahagia untuk sesi rehat tenangkan fikirannya.
Adakah jahat keluarga perempuan menolak pinangan tersebut.
Mari ikuti satu babak dalam filem ` seniman bujang lapok ` dalam adengan peminangan Sharid Dol yang terkenal samseng Kampung Dusun ditolak oleh ibu Salmah lakonan Saloma dengan alasan bahawa si Sharif ini selalu menganggunya ketika pulang kerja.
Alasan yang diberikan oleh ibu Salmah ini adalah wajar kerana Sharif Dol seorang yang terkenal dengan ` kesamsengannya ` dan membuatkan ianya marah dan memberikan amaran kepada keluarga itu. Akhirnya ia bertindak membakar rumah dikampung ` Ntah ` itu.
UmNO lebih teruk daripada Nak Sharif tadi.

PAS berhadapan dengan tawaran perpaduan dengan gerombolan yang tidak bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali, mengamalkan Akta zalim ISA, merancang kudeta rampasan kuasa di Perak, menafikan hak royalti Terengganu dan Kelantan ketika PAS berhak ke atasnya, dan yang paling menyedihkan, PAS berhadapan tawaran perpaduan oleh pihak yang mengfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat.

Oleh demikian, di atas kelaku gerombolan terdesak seperti di atas, wajarkah PAS dipandang serong sekiranya menolak tawaran perpaduan? dan teman yakin, sesiapa sahaja tidak akan dipandang serong sekiranya menolak untuk berpakat serta bersubahat dengan perompak. Inikan pula menolak lamaran penggadai maruah agama dan bangsa.

PAS mempunyai alasan kukuh lagi mantap untuk menolak tawaran dangkal itu.
UmNO kini terdesak sampai sanggup memperalatkan institusi mufti yang sebelum mereka hanya menjadi  ` Juara Forum Perdana ` dan juara siaran ` Bicara Mufti ` sahaja. Cerita pakatan mereka ini seperti kisah  dalam filem ` Puteri Gunung Ledang `. yang status dongeng atau betul….betul itu terpulang kepada epik melayu menentukannya.
Diatas kegilaan Sultan Mahmud kerana kemahuaan memperisterikan Puteri Gunung Ledang….tuanku ini menitahkan Hang Tuah untuk memanjang gunung meminang puteri yang dikatakan sungguh jelita itu….akhirnya puteri itu memberikan syarat demi syarat yang membebankan tuanku….tetapi kerana cintanya kepada puteri itu….tuanku sehingga sanggup dapatkan darah puteranya dan mengarahkan sekalian hamba rakyat membina jambatan emas dan menimba hati nyamuk.
Ilmu ini juga digunakan oleh umNO dengan memperalatkan mufti, cerdik pandai negara memainkan isu perpaduan dan akhirnya memaksa hamba rakyat Malaysia bercakap dan komen dalam media massa bahawa perpaduan ini penting itu survival melayu. Mufti seperti Hang Tuah perananya hanya melepaskan hajat  ` Sang Punya Kuasa `.
Bila tersebut kisah dongeng ini, teman ada cerita nama pun cerita  dulukala kisah seoran Raja sepanjang pemerintahannya dikuasai oleh pemaisurinya….bahasa orang putihnya `` queen control `. Tuanku ini sedih dan gundah gulana. Akhirnya tuanku berkenan mendengar pandangan Memanda Bendahara supaya dikumpulkan sekalian hamba rakyat yang berstatus suami. Tuanku bersetuju ` sembah derhaka ` Memanda Bendahara tadi.

Pada suatu hari gong istana berbunyi, maka berkumpul hamba – hamba rakyat tadi…dan tuanku bertitah….mana – mana hamba rakyat beta yang hidup rumahtangga ` tidak dikuasai oleh isteri ` duduk disebelah kanan beta….dan mana – mana hamba rakyat yang hidup rumahtangga  ` dikuasa oleh isteri ` duduk di sebelah kiri beta.
Beta terkejut kerana dalam ramai – ramai yang hadir hanya seorang duduk disebelah kanannya. Tuanku menitahkan semua hamba rakyat balik `` dan mike `` sorang kedepan…..ngadap beta !.
Apakah rahsia kamu….isteri kamu tidak ` queen control ` kan kamu. Kata orang tadi `` ampun tuanku ` patik ` sembah derhaka `` sebenarnya isteri patik pesan…kalau kekanda pergi ke majlis istana….jangan sekali kanda pindah tempat duduk…..`` tuanku murka dengan cakapnya itu….dan berkata  `` kamu lebih teruk lagi daripada kalian hamba rakyat beta …..`` nyah kamu dari istana ``.
Mudah – mudahan umNO jangan terikut – ikut dengan rentak cerita tadi. Jangan memperbodohkan rakyat kerana rakyat semakin cerdik.
Perlu diingat, penyatuan PAS dan umNO merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan sebuah empayar yang berdiri di atas keringat rakyat. UmNO tidak akan membiarkan harta yang disiap-sediakan untuk tujuh keturunan mereka dirampas oleh kuasa rakyat setelah berdepan kekalahan pertama kerajaan pusat pada PRU yang semakin hampir.
Walaubagaimanapun, kita harus bersyukur kerana kesepakatan kepimpinan PAS hari ini telah melemahkan peluang talian hayat terakhir umNO.
Oleh itu pimpinan PAS jangan timbulkan konflik baru.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More