Wednesday, July 7, 2010

DIMANAKAH ANAK PIMPINAN

 Hari ini teman bercakap mengenai pewaris kepimpinan Islam.
Terkadang – kadang amat asyik berpolitik kita lupa siapakah bakal  pewaris kesinambungan perjuangan yang kita dakapi ini.Tulisan kali ini teman lupakan buat seketika mengenai Primadona yang  PM Najib bangkitkan baru – baru ini kepada ahli – ahli umNO, Maradona yang nyaris – nyaris telanjang ataupun penyanyi Madonna yang dah lama tengelam tu atau  ….kelicikan umNO dulu, kini dan selamanya.
Tajuk posting kali ini ialah  `` Mempersiapkan anak menjadi pewaris perjuangan Islam ``.
Memang tidak dinafikan bahawa proses iman dan amal tidak boleh diwarisi. Sesuai dengan lagu nasyid kumpulan Raihan telah membayangkan sinonim ini.
Jiwa kita kita perhatikan ramai dikalangan anak – anak pimpinan sekular umNO dapat melahirkan generasi dan pewaris mereka dalam perjuangan yang diwarisi oleh keluarganya. Bermula dengan Dato` Onn dengan adanya Tun Hussein Onn dan Hishamuddin Hussein, Tun Abdul Razak melahirkan Najib dan ramai tokoh – tokoh lain yang melahirkan galang ganti kesekularan mereka.
Dalam konteks  kepimpinan Islam pula tidak ramai menonjolkan anak – anak mereka didalam organisasi jamaah ataupun kepartaian. Islam.
Kenapa dan mengapa ?.
Kepimpinan [ maaf dengan izin ] hanya lunak mengingatkan ahli – ahli bawahan, generasi muda,  pelajar di kampus dan program – program tertentu bahawa wajib mereka menyertai dalam organisasi Islam, tetapi diwaktu yang sama mereka meletakkan anak – anak mereka berada di zon selesa yang bermaksud tidak sama sekali bersama dengan urusan jamaah dan sebagainya. Ini terbukti berapa banyak anak pimpinan yang berada dikampus hanya menjadi penonton yang setia sahaja. Ramai pimpinan berjaya memiliki ramai pengikut setia, tetapi pengikut dirumahnya tidak berjaya dibentuk sebagai pewarisnya.
Malah ada diantara anak – anak mereka bersama dengan berbagai – bagai fikrah, dan yang lebih malang ada terdapat kes – kes anak – anak mereka tidak tahu langsung  ` zero `akan dasar perjuangan  Islam yang didokongi oleh ayah atau ibu mereka.
Pada suatu seorang ibu menangis….lalu baginda Rasulullah bertanya `` kenapa engkau menangis `` ibu itu berkata bukanlah ku menangis kerana anak – anak ku telah syahid di medan perang, tetapi aku kini tiada anak untuk di syahidkan dalam perjuangan Islam ini ``.  
Jikalah parti atau organisasi ini mensyaratkan bahawa pemilihan kepimpinan mesti mengambil akan mithali keluarga bersama jamaah atau organisasi Islam, maka ramainya yang terkandas dalam urusan kelayakan tersebut.
Masyarakat Melayu selalu menyaksikan kebiasaan mencalonkan tokoh – tokoh ` Ibu Mithali ` berdasarkan anak – anak mereka ramai lulusan universiti, berjaya memegang jawatan tertinggi dan sebagainya. Tetapi sepatutnya ciri – ciri  mithali yang sebenar ialah anak – anak mereka berjaya sebagai muslim yang sejati, mentaati tuhan dan wajib bersama menongkah arus dan mendokong perjuangan Islam.

Mempunyai anak merupakan salah satu kurniaan terindah dalam kehidupan rumah tangga. Anak adalah anugerah Allah swt. Semua pasangan secara fitrahnya sangat mendambakan anugerah dan kunia ini. Sebab itu, kita sebagai orang tua seharusnya tahu dan menyadari nilai kurnia Allah swt. Kita yang tidak memahami hakikat nilai ini bukan tidak mungkin akan menganggap bahwa menjaga dan mendidik anak sekadar hal yang remeh.
Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariyah bagi orang tua. Hal itu akan tercapai manakala anak dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan syariat Islam hingga menjadi mukmin yang benar. Hanya anak soleh yang mampu menjadi amalan abadi yang terus mengalir pahalanya untuk kedua orang tua. 
 Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW :
“ jika anak Adam meninggal dunia, maka putuslah (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga perkara yaitu : sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang selalu mendoakan kedua orang tuanya.” (Riwayat Bukhari-Muslim)
 
Rasulullah SAW juga pernah bersabda,
“ Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik dari pada seorang ayah kepada anaknya daripada budipekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi)

 Disamping itu, kasih sayang ayah dan ibu juga harus diperhatikan. Itu hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan yang tunduk kepada tuntunan Alloh SWT. Meskipun dirasa sukar, namun sejatinya kehadiran anak ditengah keluarga adalah rezeki dari Allah SWT. Lalu apa yang harus kita berikan kepada anak ?
Suatu yang baik itu, sebenarnya tidak perlu kata – kata indah.
Dunia dilanda krisis hanya Islam jalan penyelesaiaan dan anak – anak inilah pewaris mempertahankan kesuciaan Islam . Ingatlah bahawa bukan kita yang mulakan perjuangan ini dan bukan pula kita yang mengakhiri perjuangan ini.

Menyedari kepentingan ini, teman akan bangkitkan dan kibarkan panji - panji Islam kepada anak - anakku.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More