Semalam teman kaitkan arahan tidak membenarkan laptop, handphone berkamera masuk kedalam sempena Persidangan DUN Negeri Perak pada 3 Ogos 2010 nanti.
Dulu dilaporkan bahawa rata – rata pelajar sekolah rendah dan menengah sehingga ke menara gading berebut – rebut mereka mau bersalam dengan DS Nizar, malah ada tidak kesampaian dan kecewa jika tidak berjabat salam dengan bekas Menteri Besar Rakyat ini.
Sesi bergambar dengannya usahlah kenang banyaknya….malah ada sebuah sekolah di Bandaraya Ipoh menubuhkan Kelab penyokong DS Nizar yang mana Presiden Kelab tersebut seorang pelajar Cina dan komitinya terdiri dari semua kaum. Hebat.
Kalaulah Dato` Hamidah Exco Perempuan tu tahu…..alamat digeledahnya sekolah tersebut dan bubarlah kelab tersebut.
Ada kawan teman beritahu semasa DS Nizar bersembahyang Jumaat disebuah Masjid, berderu – deru anak muda dan pelajar sekolah bersalam dengannya. Katanya pula semasa DS Zambry datang masjid yang sama seolah – olah jamaah tak nampak kehadirannya. yang mereka nampak kelibat Polis sana – sini dalam kawasan Masjid. Ingatkan Polis hanya ramai semasa Sidang DUN sahaja.
Kalau rakyat Perak perasan banyak gambar – gambar yang terpampang signboard milik kerajaan di tepi jalan utama menunjukkan MB sekarang meniru gaya DS Nizar mesra dan berlunak dan sering mendukung kanak – kanak dimana sahaja beliau berada. Kini berkain pelikat pulak….jangan berkain putih sudahlah….macam ceti tu….bahaya transparent.
Ketakutan dan kegelisahan semakin mencengkam kerana sekarang ini sudah menampakkan multi racial masyarakat Perak membaca Harakah dari membaca buletin yang dikeluarkan oleh kerajaannya sendiri. Syabas.
Persoalannya boleh tak....akhbar lain masuk didalam masjid dan membacanya kerana terdapat berita - berita putar alam, gambar tak senonoh, keputusan loteri halal didalamnya dan sebagainya. Harap - harap Tuan Muftilah menjawabnya.
Persoalannya boleh tak....akhbar lain masuk didalam masjid dan membacanya kerana terdapat berita - berita putar alam, gambar tak senonoh, keputusan loteri halal didalamnya dan sebagainya. Harap - harap Tuan Muftilah menjawabnya.
Mungkin suatu masa nanti sesiapa yang membaca buletin atau bahan bercetak kerajaan diberikan upah….macam diberikan upah dan nasi bungkus kepada pelajar – pelajar, orang kampong untuk hadir ke program umNO dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment