Dunia dan keseronokannya kembali tenang.
Sepanyol menepati ramalan apabila muncul juara Piala Dunia 2010 setelah menang tipis ke atas Belanda 1-0 di Stadium Soccer City di Johannesberg awal pagi ini.
Sepanyol menang dengan menewaskan skuad The Oranje, dengan jaringan tipis itu dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga masa tambahan yang penuh dramatik dengan aksi-aksi kasar dari kedua-dua pasukan.
Sebenarnya yang menang bukanlah Sepanyol, tapi TNB [ bil lebih bayar ], kedai mamak, kedai baju – baju pasukan pilihan,yang tak bertatu pun mula bertatu kerana mengikut rentak pemain kesukaan yang terkadang – kadang tangan mereka macam batik ` ular sawa `. Itulah kegilaan bolasepak.
Yang kalah pula ialah mutu bolasepak pasukan Malaysia. Kalau dengar ulasan pengulas sukan Malaysia secara ` live `….macamlah Malaysia ini ranking no. 1- 20 FIFA. Semua pemain dikomennya….tetapi mutu bolasepak negara, setakat nak lawan dengan negara yang dulunya dilanda perang pun kalah seperti Kemboja, Vietnam dan sebagainya. Malah kalau lawan Timor Leste pun belum menang. Silap – silap nak lawan pekerja – pekerja kilang dari Nepal yang banyak bertaburan di Malaysia termasuk Ipoh pun belum tentu kalah mereka.
Sukan di Malaysia ini mudah sahaja nak maju dan berjaya….biarkan dikalangan yang layak dan pengalaman dalam bidang masing – masing yang menerajuinya. Ini tidak berlaku sebaliknya pula orang istana dan politik memimpin akhirnya siapa pun tidak berani memberikan pandangan ke dua kerana masing – masing menghormati diantara satu sama lain.
Ingat orang dulu….maksud teman pemain – pemain negara seperti Ghani Minghat, Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Mendiang V. Arumugam semua bermain solid untuk negara, tapi sekarang kebanyakkannya ` fulus ` atau mengejar impian sahaja.
Orang politik yang menerajuinya mana – mana persatuan itu mesti ada ` sotong disebalik sepanyol ` adalah ` aset ` untuk dapat ` mileage ` politik semata – mata.
Malaysia memang sebuah negara yang mengejar populariti. Terkadang terpaksa korbankan kemampuan wang ringgit negara demi mencapai matlamat politik pemimpin negara. Berbagai – bagai penganjuran sebagai tuan rumah kepada sukan – sukan dan acara – acara yang membazirkan wang negara kerana tiada kesan diatas penganjuran tersebut seperti formula 1 dan sebagainya.
Kalau ditanya oleh FIFA kepada pemimpin negara…..adakah kamu bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia…maka sebenarnya dilubuk hati mereka jawapannya standard ` YES ` itulah idaman mereka….maklum le bolasepak sukan berprestij.
Masih lagi kita ingat tentang penganjuran `sukan Komanwelth 1998 dimana ` rumah siap pahat berbunyi `.
Memang kita kini terpaksa melihat banyak monumen gajah putih selepas beberapa tahun berakhirnya Kuala Lumpur '98, Sukan Komanwel ke-16. Bagaimanapun selain rakyat yang sedar…pemimpin mesti sedar.
Demam bola telah pun pun berlalu, yang pastinya Malaysia hanya menang sorak.
Fokuskan kan diri kembali kepada isu – isu negara.
Kuasakan kini suara rakyat kepada seluruh rakyat tentang kebobrokan, rasuah, kezaliman, penyelewengan dan penindasan serta lain-lain perkara yang dilakukan BN/Umno guna untuk memberikan kefahaman kepada rakyat agar tidak terpalit sekali dengan dosa maksiat pemerintah BN/Umno yang tidak pernah insaf dan sedar untuk kembali kepada Islam dan demokrasi tulen.
Kita semua adalah duta - duta masyarakat. Giatkan budaya bercakap politik kerana budaya bercakap bola telah pun berlalu.
0 comments:
Post a Comment