Ada kekawan mengusik teman bahawa blog ini perlu lebih `aksi panas` dan lebih ` umphhh ` dengan kritikan kepada pihak yang punya kuasa di Malaysia ini iaitu umNO.
Dengan tenang ucapkan terima kasih kepada kalian. Maklum le nama pun dengan tenang, maka teman mesti tenang dalam menyampaikan mesej secara bersantai dan bersopan kerana budaya ` keras didalam lembut dan lembut didalam keras ` telah banyak membangunkan jiwa yang bergelar manusia ini. Manusia yang otaknya berfikiran kuning akan melucahkan rahsia yang tersirat didalam maksudnya itu.
Teman bukan menulis kerana nama atau mengejat ` hit ` tetapi tema teman terbuka iaitu ` menongkah arus tidak salah, yang salah arus menongkah ` yang bermaksud teman boleh menegur pemerintah umNO, malah teman juga boleh menongkah arus mengkritik pimpinan organisasi teman secara membina dan berakhlak jamaah. Pimpinan mesti ingat mereka bukan sempurna atau ` perfect` dan menyempurnakan mereka ialah dengan sokongan, dokongan dan teguran ahli – ahli dibawahan. Maka sedarlah.
Kita balik kepada tajuk negara dilanda krisis.
Malaysia memang bangga dengan gelaran tahi judi, tahi arak, tahi rasuah, tahi betina dan beraneka jenis dan spesis tahi yang memualkan dan meloyakan. Cuma tinggal lagi…tahi bintang sahaja yang belum dibuatkan duit. Terkadang kerana tahi- tahi ini manusia bergaduh.
Rata – rata rakyat bangun membantah pekerjaan judi ini dan ada yang menganggap pimpinan negara sebagai ` tahi judi `. Dulu Negara kita diistilahkan sebagai ` tahi hujung ` oleh tokoh karyawan negara kerana tahi hujung itulah yang membuatkan pergerakkan keluar dengan tahi – tahi tersebut mudah atau sebaliknya, Maka benarlah bagai dikata bahawa negara ini penuh dengan ` ketahian ` kerana amalan mungkar dianggap mulia untuk mengisi tabung duit negara.
Dalam babak dalam filem Seniman Bujang Lapok dalam dialog antara Sharif Dol samseng Kampung Dusun bersama ibunya ketika meletakkan tarikh perkahwinannya dengan Salmah lakonan Seniwati Saloma dimana jejaka samseng itu yang selalu menganggunya semasa pulang kerja lalu dengan tenang menghulurkan RM20 [ duit zaman tu ] kepada ibu Salmah, dalam keadaan malu ibunya malu – malu mahu menerimanya dengan taktik murahan dan umpannya mengodanya Si Nak Sharif itu.
Bakal menantunya itu mengingatkan kepada ibu Salmah kalau – kalau tak cukup, dia boleh kasikan.
Begitulah sindiran Allahyarham P.Ramle dalam filem arahannya itu bahawa budaya merasuahkan manusia telah berlaku sejak dulu lagi.
Teman pinjam lirik lagu Amy ketika bersama dengan kumpulannya `Search `yang bertajuk ` Isi dan Kulit `. Budaya sogokan, tahi rasuah ini sebenarnya telah menjadi isi dan kulit, malah mainan harian pentadbiran negara kerana ianya begitu sinonim dengan kepimpinan negara.
Dilaporkan dalam berita pagi ini bahawa PM Najib akan memberikan ` duit raya ` kepada peneroka felda diseluruh negara. Teman pun teruja dengan kebaikan PM ini kerana teman sangkakan beliau telah melupai golongan ini, maklum le…terlalu banyak sangkaan buruk yang diterimanya mengenai hampir masa depan yang tidak menentu tentang kepincangan pengurusan Felda itu.
Teman dalam sedar sekali lagi budaya ` mengumpankan duit ` kepada dilakukan didepan mata rakyat ramai.
Kuasa duit ini juga telah membuatkan orang – orang atau insan – insan terpilih yang berpendidikan agama termasuk yang mampu mengeluarkan fatwa hanya mampu menjadi ` pak turut ` kepada keputusan kabinet negara.
Dulu semasa Najib sebagai Timbalan Presiden umNO beliau pernah berkata Politik wang, bunyinya lembut dan tidak menjijikkan. Lalu beliau mahu istilah yang lebih keras, lebih mengaibkan dan menjijikkan diperkenalkan iaitu “Rasuah Politik” .
Najib berpendapat, istilah yang lebih keras dan meloyakan itu mungkin boleh membantu mengurangkan amalan politik wang. Namun para pemerhati di dalam dan luar Umno kurang bersetuju dengan pendapat Najib itu. Bagi mereka gejala politik wang tiada kena mengena langsung dengan istilah.
Amalan atau sikap kotor itu sebenarnya berkait rapat dengan etika dan sikap seseorang ahli politik itu. Kalau mereka masuk politik terutamanya parti umNO kerana kepentingan diri sendiri, maka politik wang atau rasuah politik tetap akan menjadi amalannya.
Amalan atau sikap kotor itu sebenarnya berkait rapat dengan etika dan sikap seseorang ahli politik itu. Kalau mereka masuk politik terutamanya parti umNO kerana kepentingan diri sendiri, maka politik wang atau rasuah politik tetap akan menjadi amalannya.
Kalau masuk umNO kerana mahu tanah, konsesi balak, permit AP, saham, lesen kontraktor kelas F, pangkat dan kedudukan, kumpulkan dan ciptalah pelbagai istilah yang kotor dan menakutkan, ia tetap tidak dapat menangani gejala tersebut.
Teman teringatkan zaman bebudak dulu. Ada seorang kawan teman, namanya dirahsiakan….kebiasaannya suka membeli mee goring atau kueteow goring…lalu membuka bungkusan makanan didepan kekawan dan mempelawa kepada kekawan dengan terlebih dulu meludahkan keatas makanan tersebut dan berkata ` sape endak…makan le ``.
Inilah contoh perangai pimpinan negara sekarang ini. Buat baik tapi `` ada makna ` seperti ada makna P.Ramlee ingin beristerikan ke 3 dengan Seniwati Sarimah dalam filem ` madu 3 ` itu.
Lagi – lagi tahi. Bilalah tahi ini hendak dibersihkan. Kebusukkannya sudah….dot dot dot …tiada istilah yang mampu diletakkan lagi kerana ianya mampu dibersihkan secara total jika kembali kepada agama.
0 comments:
Post a Comment