Monday, July 19, 2010

ORANG TENGAH

 Berita hari ini teman ikuti dan hayati  bahawa Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri menyatakan sokongan kepada mana – mana pihak yang bersedia bertindak sebagai orang tengah menjayakan perpaduan diantara umNO dan PAS.
Diantara lain juga dinyatakan bahawa Sahibul Samahah Mufti Perak juga mengaku ada pihak kedua – dua pimpinan parti telah menemuinya.
Ramai sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Nampaknya dia semakin bercalaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar.
Katanya sebagai dipetik dalam Malaysiakini "Harapan itu ada kerana kedua-duanya  iaitu umNO dan PAS memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya.

Malah ramai yang menganggap tujuaan murni Harussani sebagai orang tengah dianggap tidak relevan kerana isunya bukan siapa perantara, tetapi dasar yang dibawa oleh umNO tidak diterima PAS.
Harussani berkata, beliau mengaku beliau bukanlah orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua – dua pihak. Ya pendiriaan kita tidak berubah tapi nampaknya PAS ada pertimbangan lain malah nak kaitkan dengan isi royalti dan sebagainya.`` ini bukan soal royalti minyak…ini soal wang ihsan dan sebagainya.
UmNO sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perundingan dengan PAS, kenyataan Najib merujuk sebagai berkata.
Hari ini dalam sejarah teman menyokong Harussani sepertimana kata orang putih ` historical event `….maklum lah beliau seorang tokoh yang hebat memperjuangkan bahaya fanatik ` bollywood ` dan isu kemurtadan, walaupun akhirnya dirinya terkorban kerana pemimpin negara tidak bersetuju dengan pendiriannya kepada dua – dua isu tersebut…..`` Syabas Mufti Perak ``.
Ada juga yang nakal mengutuk beliau dan menanggap bahawa beliau merupakan tokoh `` diambang senja  ``. Kasihanilah beliau dan berikanlah kasih sayang kepadanya sepertimana beliau memberikan kasihnya kepada umNO. Teman amat kasih kepada beliau dan tak kesampaian hati teman menyebut beliau seorang tokoh  `` rumah kata pergi kubur kata mari ``. Kasih teman padanya bukanlah seperti drama bersiri Indon ` benci bilang cinta  `.

Maka berilah kehormatan kepadanya sepertimana hormatnya 3 sekawan dalam filem ` seniman bujang lapok ` kepada jaga di studio Jalan Ampas semasa bertanya kerja kosong sebagai seniman.
Teman mendoakan semoga beliau dipanjangkan usianya sepertimana Almarhum Dato` Fadzil Nor doakan agar Dr. Mahathir dipanjangkan umurnya bagi melihat keharubiruaan negara.
Kasih teman padanya juga menaruh harapan agar keilmuaan yang ada padanya dimanfaatkan untuk kepentingan ummah semata – mata bukannya berlegar dalam kelambu melayu atau umNO itu sendiri.
Cita – citanya sebagai orang tengah perpaduan antara umNO dan PAS mesti dipuji dan sokong  kerana hasratnya menjadi  orang tengah dan bertindak sebagai ` ayah ` kepada rakyat negeri Perak. Siapa sangka usahanya yang murni sudah berjaya menabalkan pemimpin umNO sebagai MB Perak, malah  menjiwai perasaan beliau dalam rampasan kuasa rakyat. Ini  juga merupakan sejarah negara.
Teman juga amat kagum dengan keprihatinan beliau kerana dengan adanya beliaulah Negeri Perak dikatakan sebagai pusat zon utara sebagai `` Pusat Judi Piala Dunia `` dan ini juga kejayaan beliau kerana mendiamkan diri daripada bercakap  kebenaran kepada pemerintah.
Teman juga mengharapkan kepada ketokohan beliau ini dapat imej keperibadiannya daripada kini bertitle ` Tan Sri ` kepada sebesar – besar gelaran malah kata orang Perak hingga ke gelaran ` Cuntoi `. Apa ke jenis pingat ni pun teman pun tak tahu. Pendek kata anugerah yang sehebatlah gamaknya….!.
Cuma teman kurang bersetuju istilah ` orang tengah ` ini digunakan dalam menyatupadukan umNO dan PAS ini kerana dasar dan ideologi mereka amat berbeza yang sepatutnya Mufti Perak ini sedar sejak azali lagi. Ingatlah nak jadi orang tengah antara kedua – dua parti ini bukanlah seperti ` orang tengah ` menguruskan urusan merisik pertunangan ataupun perkahwainan, tetapi ianya lebih besar daripada yang disangka.
Teman  pun orang tengah juga, tapi pemain bola posisi ` tengah ` semasa di bangku, meja dan kerusi sekolah dulu – dulu. Pendek kata setakat ` defend ` macam Nemanja Vidic, John Terry tu….dengan tenang teman mengelecik mereka.
Maka kami sebenarnya kagum denganmu wahai Sahibul Samahah. Terimalah kekaguman kami ini.

Selepas ini teman tidak lagi bercakap mengenainya lagi kerana isu - isu besar negara terlalu  terbentang luas dipersada politik tanahair yang perlu kepekaan dan mesti hadirnya dalam hati rakyat ramai jika mahukan perubahan.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More