Sudah beberapa hari teman tidak kesampaian untuk menulis didalam blog dengantenang ini kerana agak sibuk dengan tugasan di pejabat dan kebetulan turut sedih dengan pemergian anak saudara teman ke Rahmatullah menemui tuhanNya baru – baru ini dalam satu kemalangan bersama anaknya yang berusia 12 tahun. AL – FATIHAH.
Namun begitu diatas sifat ` peduli ummah ` teman cuba untuk menyibuk beberapa isu – isu mutakhir negara yang dilihat banyak tak cerdik daripada cerdik.
Pepatah orang melayu menyebut ` jangan jaga tepi kain orang ` adakah relevan atau tidak digunakan dialaf ini. Bagi teman yang serba dhaif ilmu menganggap perpatah ini sudah tidak relevan lagi digunakan kerana masyarakat dan ummat telah pun rosak akibat daripada menerima undang – undang dan peraturan manusia dan perlu disibukkan dengan nasihat dan penguatkuasaan dengan hukum yang ditentukan oleh penciptaNya.
Teman berpegang prinsip ` peduli ummah ` dan mesti malah wajib menjaga tepi kain orang demi agama kerana pegangan inilah untuk menyelamat ummah dari diteranjang ke kancah dosa dan kehinaan.
Terbaru kita dikejut dengan cadangan Kerajaan Negeri Melaka mahu membina sebuah sekolah khas untuk pelajar – pelajar yang hamil. Inilah cadangan yang lucu daripada segala yang lucu. Pendekata jika dilaksanakan bahawa suatu kemegahan kepada pelajar – pelajar kerana di iktirafkan oleh sebuah kerajaan dan ianya mengamit kepada berleluasa penyakit masyarakat melayu khususnya.
Teman rasa elok juge dibinakan sekolah ini....manalah tahu kalau - kalau Pakatan Rakyat memerintah Melaka ...bolehlah Ketua Menteri tu jadi pengetua sekolah ini..
Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional. Tahniah.
Kalau macam itulah pemikiran puak – puak sekular, maka teman nak cadangkan membina pula Pusat Gigolo untuk lebih eksklusif kepada isteri pembesar – pembesar yang kesunyiaan kerana Tan Seri, Dato` Seri, Dato – Dato` yang kebanyaknya memiliki perempuan diluar istana atau banglo mereka….al maklumlah sifat ` orang besar ` mereka memiliki bukan sahaja harta yang melimpah ruah dan kereta dan rumah yang besar tetapi juga memiliki perut yang besar dan terkadang bila nak bersama dengan mak datin pun ` dah berlaga perut `. Maka peluang yang terbaik ` cheroye ` atau mencari selebriti yang sentiasa ternanti - nanti pelawaan mereka.
Seorang ratu ` Forum Perdana ` dulunya yang kini berstatus sebagai Timbalan Menteri, Mashitah Ibrahim pernah menyebut wanita boleh ` melacur ` demi menyara hidupnya, begitu juga kenyataan bekas Ketua Wanita umNO, namanya Rafidah , yang kini tiada jawatan dalam kabinet dan parti pun pernah menyebut tidak salah ada ` perempuan simpanan ` asalkan keluarga tidak diabaikan. Ada juga lebih ` kelolo ` dari seorang menteri yang mencadangkan bagi mengelakkan ` kejadian rogol ` dengan setiap lelaki memakai ` cawat besi ` turut disokong oleh seorang Mufti di utara semenanjung Malaysia. Rasa teman nak mencarut…..pulakk dengan puak – puak ni.
Inilah sebabnya kenapa kita dan teman sendiri mesti menyibuk kerana kalau kita tidak menyibuk dalam kontek berdakwah, maka bertambah parah , punah ranah , rosaknya ummah itu sendiri dan menanti kemurkaan Allah Aza Wajalla.
UmNO....umNo bile nak faham tak tau le....gamaknya....Allah Taala azabkan kalau beras `tak mandang ` di Tanah Melayu ni...macam di Uganda, Kenya di Afrika tu....baru dia tahu ` mengelupor ` amaran Allah telah pun datang.
Hukum berdakwah wajib syarie dan ianya tidak gugur selagi tidak wujud kerajaan yang bertanggungjawab terhadap mempraktikkan dan mempertahankan Islam. Malah setelah penubuhan negara Islam pun masih wajib untuk mempertahankan kedaulatan Islam. Sebarang kecuaian untuk tidak melakukannya adalah dosa.
Dalam suasana masalah dan kemelut mayarakat hari ini maka hukum kewajipannya adalah Fardu `ain, bukan kifayah. Kalau kifayah pun ia masih wajib dilakukan kerana persoalan berkaitan pelaksanaan Islam dan penegakan negara Islam belum selesai. Apa pun hukum kewajipan berdakwah, mukmin mestilah melakukannya, kerana jika benar ia fardu `ain dan kita tidak melakukannya, kita akan berdosa. Jika kita melakukannya kita telah melangsaikan kewajipan di samping mendapat ganjaran. Kalau benar ia fardu kifayah dan kita melakukannya kita akan mendapat pahala.

Dalam semua keadaan melakukannya adalah laba. Dalam keadaan tertentu tidak melakukannya mungkin akan mendapat dosa. Timbul pula persoalan samaada ada perbezaan hukum di antara lelaki dan wanita dalam berdakwah. Apakah ianya hanya wajib kepada lelaki sahaja dan tidak perempuan?.
Berdasarkan nas yang terdapat dalam Al-Quran surah at-Taubah ayat 71; Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Medan-medan Dakwah bukan terbatas pada menyampaikan ceramah di masjid-masjid, memberi tazkirah di dalam liqa' mingguan atau memberi syarahan di dalam suatu perhimpunan. Sebaliknya dakwah merangkumi usaha-usaha membentuk tingkah laku dan gaya hidup , memiliki akhlak mulia, tutur kata yang baik, kasih sayang yang mendalam, persaudaraan yang jujur, kegigihan dalam bekerja, sabar ketika bencana, teguh setia menanggung suka dan derita berkongsi dukacita dengan orang lain dan prihatin kepada masalah masyarakat. Jelas kepada kita, medan dakwah cukup luas dan pelbagai.
Setiap orang boleh dan berhak malah wajib memainkan peranan dalam mana-mana medan dakwah. Seorang Dai'e bertanggungjawab menyesuaikan diri, kemampuan, kesesuaian masa, tempat, kebolehan serta kelebihan yang dimiliki untuk kerja-kerja dakwah.
Rasulullah s.a.w. meninggalkan kepada kita suatu manhaj dan sumbernya yang terpelihara. Ia menjadi asas pembinaan tamadun Islam yang menjadi agama penutup kepada agama-agama langit terdahulu. Tamadun ini mengadaptasi tabiat manhaj rabbani tersebut. Iaitu suatu manhaj yang sifatnya sentiasa menyumbang dan memenuhi keperluan manusia sehingga hari kiamat.
Hayati kata - kata mutiara Almarhum Dato` Haji Fadzil Mohd Noor `` Pekerjaan yang kita lakukan dalam jamaah Islam ini bukanlah sukarela, tetapi ianya adalah menjadi kewajipan dan amalan kita, dan biarkan sehari pun berlalu tanpa kita bekerja ke arah kemenangan Islam ``.
Lakukan sekarang kerana kita adalah duta - duta penyelamat.

0 comments:
Post a Comment