Saturday, July 10, 2010

REMAJA HILANG : SYARIAH YANG DILUPAKAN

Hari ini dipaparkan berita kanak – kanak dan remaja hilang yang membimbangkan.

Hampir setiap hari dipaparkan berita kanak-kanak atau remaja lari atau hilang dari rumah dan sepanjang tahun lalu sehingga April tahun ini, daripada 1,293 kanak-kanak dan remaja yang hilang 654 masih belum ditemui. Pelbagai alasan diberikan sebagai punca kehilangan termasuk keinginan hidup bebas, mengikut kekasih, selisih faham dengan keluarga, dijadikan pelacur dan ada juga yang dilarikan ibu bapa.

Daripada 1,050 kanak-kanak dan remaja hilang tahun lalu, 839 adalah perempuan. Daripada jumlah itu 501 ditemui semula dan 549 masih hilang. Kes tertinggi dicatatkan di Johor (213 kes), diikuti Selangor (153), Kedah (98), Kuala Lumpur (78) dan Melaka (65).

Manakala sehingga April tahun ini, 243 kes hilang direkodkan dan daripada jumlah itu 138 ditemui semula dan 105 lagi masih hilang.

Fenomena gejala sosial dalam negara ini semakin membimbangkan. Usaha-usaha yang telah dilakukan untuk membanterasnya pula kelihatan tidak menampakkan jalan penyelesaian, sebaliknya kes-kes yang dilaporkan semakin bertambah.

Dalam menangani kebejatan ini, sebenarnya tiada jalan lain yang mesti diambil melainkan kembali kepada syariat Ilahi. Inilah jawapan yang terbaik yang dikalangan pemikiran sekular tidak mahu melihatnya.

Semua pihak mesti berganding bahu dalam menangani gejala sosial. Keruntuhan akhlak berlaku apabila manusia jahil kepada agama dan buta kefahaman.

Teman menganggap bahawa gejala sosial berpunca daripada ceteknya ilmu dan kurangnya pengamalan Islam itu sendiri. Bahkan kemelut yang berlaku kepada umat manusia termasuk kegagalan sistem ekonomi akhir-akhir ini adalah disebabkan manusia tidak mahu mengamalkan sistem yang sesuai dengan fitrah kehidupan mereka, dan mereka pula tidak bersedia mengakui kegagalan tersebut.

Yang penting, hala tuju kehidupan kita adalah yang selari dengan fitrah, yang manual atau panduannya telah diberikan oleh Pencipta bukan sahaja kepada manusia bahkan seluruh alam ini. Jadi, kita mesti yakin jika kita menggunakan manual yang betul daripada Penciptanya, kehidupan di alam ini akan menjadi sempurna dan harmonis.

Teman juga merakamkan kebimbangan yang amat sangat mengenai anak luar nikah, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah, salah guna dadah dan minum arak merupakan antara masalah gejala sosial yang semakin menakutkan ini.

Semua ini, ditambah dengan kes-kes keruntuhan institusi keluarga termasuk kadar perceraian yang kian meningkat serta kes anak 'membuang' bapa atau ibunya sendiri, menuntut semua pihak mencari satu jalan keluar yang sebenarnya.

Tiada cara lain yang dapat mengubat ' barah' sosial `yang melanda negara sekarang melainkan kembali kepada ajaran Islam yakni melaksanakan syariah Islam secara menyeluruh. 

Teman  percaya pelaksanaan syariah Islam yang syumul memastikan bahawa segala perkara yang makruf digalakkan manakala jalan-jalan maksiat dan kemungkaran ditutup dan dicegah. Setiap ahli masyarakat pula seharusnya mempunyai kesedaran dan mengambil tanggungjawab dalam aspek menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Sesungguhnya objektif syariah bertujuan memelihara lima perkara dalam kehidupan iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. 

Apa erti wawasan 2020, apa erti negara maju dan pembangunan tinggi melangit jika aspek pembangunan insan diabaikan rosak akibat tangan - tangan insan itu sendiri.

Mulakan kesedaran bahawa pendidikan hari ini kurang memberi penekanan kepada aspek keimanan atau kerohanian sekali gus menyumbang kepada keruntuhan akhlak. Sementara keimanan kepada Allah membantu umat Islam menjadi manusia yang soleh, sebenarnya jika penganut agama lain berpegang kepada agama mereka sendiri pun, mereka akan menjadi warganegara yang baik.

Teman ingatkan kepada semua pemimpin sekular `` siapakah kita untuk mempertikaikan syariat Islam ``.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More