Wednesday, July 21, 2010

MUHAIMIN SULAM : Siri 4 - Tenangkan Tension Anda

Hari ini teman lupakan sementara hiruk pikuk dan haru biru dan biru haru politik negara yang semakin hari semakin meruncing akibat tangan – tangan yang mengaku melayu tulin.

Kita beruzlah atau rehat sekejap ` yop ` tapi tidaklah  berehat panjang ataupun ` menyepit nyelit ` daripada karenah manusia kerana itu juga mematangkan perjuangan.
Yang terbaru kawan teman namanya Imam  Zairul beritahu teman pagi tadi ketika kami belabun sambil menghirup radix kesukaan kami di kedai Syed kat Manjoi tu….katanya dia terdengar radio pagi ini  menyebut kenyataan mufti negeri teman menyebut `` kerja menyatupadukan melayu kerja saya….dan  saya  mau melihat ` orang melayu Islam ` sahaja yang memimpin dan bukannya bangsa lain.
Kalau benar bagai dikatakan ini adalah sekali lagi ` sangka ribut `` melanda kepetahan orang yang berilmu....teman harapkan maklumat ini salah.
Ok lah…kita tinggal mereka dengan ` cermin ajaib ` dan ` tongkat sakti ` mereka….biarkan ` Si Luncai terjun dengan labunya ` biarkan.
Teman nak mengusik rindu teman pada seorang sahabat teman yang juga merupakan bekas ketua teman kat Pejabat Perhubungan PAS Negeri iaitu Haji Muhaimin Sulam atau dilebih mesra teman panggil ` boss ` sahaja.  Kini beliau melanjutkan pelajaran PHDnya di  U.K [ United Kingdom ] bukannya Ulu Kinta.
Ada orang kata….bukan teman kata bahawa sahabat teman nie….[ maaf sembah derhaka ] klon Ustaz Misbah boss teman yang baru ini…Al maklumalah sama – sama `` Dari Jawa ke Tasek Cini…Ehhh minggir - minggir Wak datang niee `…ataupun  lagu Zainal Abidin yang berjudul ` kita serupa ` tu.
Banyak pengalaman yang teman dapat dan berkongsi ideal dari tokoh ini yang kecenderungan amat sangat kepada kesastaraan dan seni ini….pendekkata Pak Samad Said tokoh sasterawan negara pun gembira kerana ada pengantinya kelak, malah kalau dilihat secara ` mirip ` wajahnya juga mirip – mirip tokoh sasterawan negara ini.
Sajak orang berjuangnya  sungguh mencengkam perasaan terkadang – kadang membuatkan diri teman  terlalu kerdil dalam arus perjuangan ini.
Hari pertama beliau menjejak kakinya di pejabatnya itu beliau memanggil teman masuk dan berbincang untuk memperkasakan pentadbiran dan displin pengurusan parti.
Beliau memintakan teman keluarkan perkeliling kepada Ketua – Ketua Jabatan yang ada di Negeri Perak ini memaklumkan ` line up ` pimpinan PAS Perak untuk makluman mereka. Awal – awal lagi beliau telah memulakan ` engagement ` dengan pihak luar parti. Hebatnya tokoh ini.
Beliau juga bersama teman hari – hari berikutnya jika ada kelapangan menziarahi jiran – jiran di sebelah  pejabat kami untuk memulakan hubungan dan siri pengenalan kepada mereka termasuk bukan Islam.
Gamaknya beliau ini ` kasyaf ` dan mengetahui siapa sangka bahawa pimpinan PAS boleh memimpin dan menguasai pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Tindakan bijaknya terbukti selepas 3 tahun itu PAS mampu menerajui Kerajaan Negeri bersama dokongan Pakatan Rakyat.
Dizaman beliau sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan diberikan amanah sebagai Pengerusi Kebudayaan & Sukan menunjukkan PAS tidak menyisihkan kedua – dua elemen ini, malah berjaya mengadakan konsert bersama julung – julung kalinya dengan artis – artis terkenal berpandukan batasan agama.
Sahabat ini sebenarya memang taasub dengan warna ` oranje ` seperti pasukan Belanda tu….sehinggakan ruang pejabat kami pun berwarna ` oren `….tapi dalam tulisannya sebelum final World Cup tu berlangsung….dia minta oranje dikalahkan oleh pasukan pilihan sotong….heran teman jugak…gamaknya sotong udah menguasainya.
Apa – apa pun teman kagum dengan kesederhanaan, pendekatan politiknya dan tulisan bersantainya juga  mampu mengukir kesedaran si pembaca.
Kami doakan kalian berjaya dan menanti kehadiranya dipersada orang berjuang…teruskan sahabat ….terimalah pantun rojakku `` wood is telor, egg is kayu, when I tidor masih mengingatimu ` .
Jika langkahnya  menghasilkan sesuatu sentuhan mesra kawan…itu terbukti, maka kenapa tidak yang bergelar pimpinan masih sukar mengukir senyuman dan ego dengan bergelar pimpinan.
Ingatlah ` gap ` antara kita dengan masyarakat akan membuatkan kita alpa untuk mendepani dan menjuarai rakyat.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More