Thursday, September 2, 2010

IKHLASNYA KELAPA TUA

 KELAPA TUA ada persamaan dengan nasib orang tua. Orang tua biasanya meningalkan nasihat yang berguna kepada orang muda dari dunia hingga ke akhirat. Ada juga orang tua yang nasihatnya tidak boleh digunakan oleh orang muda.  Dr. Mahathir  contohnya yang dilihat nasihatnya banyak kepada kepentingan dunia semata – mata.

Begitu juga ulama – ulama yang mengampu yang boleh digelar bukan ` warah satul nabi ` tetapi ` warah satul envelope ` kerana setiap kali ceramahnya salam berlapik dengan duit saguhati.

Ada orang tua tidak boleh menerima nasihat  dari orang muda. Katanya kalian orang muda dan kami lebih dulu makan garamnya. Ingat bahawa ` pelepah nyior  jangan lebih dari pucuk `. Itulah sindiran tajam orang tua kepada orang muda.

Mujurlah teman dalam kategori menghormati orang tua kerana orang muda mesti menghormati orang tua dan orang tua pula mengasihi orang muda. Kombinasi ini membuat dunia akan tenang dan  aman selama – lamanya. Kalau tiada mereka siapalah kita.

Ini bukanlah kisah dalam filem ` 3 Abdul ` dimana Abdul Wahib lakonan S. Kandarisman mencadangkan semua harta  Allahyarham ayahndanya Ismeth Ulam Raja di serahkan kepadanya kerana kekandanya Abdul Wahab yang tua akan mati dulu. Itulah demokrasi  kepimpinan katanya. Demokrasi ` kepala hotakkk hang ` kata kekandanya pula yang sama - sama tamak denganya.

Kelapa tua. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua ini tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua tidak pula pernah bersusah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Ia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokok sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Ia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak sahaja. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu, sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti itu. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka tamatlah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian, ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan ke dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hinga terkeluar baunya.

Apabila sudah masak dan baunya harum semerbak ke seluruh ceruk rumah, maka si suami pun bertanya bahasa mengodanya untuk dapat habuan malamnya :

“Gulai apa tu Yang ? Sedap sangat baunya!”

Isteri kesayangannya menjawab, “Gulai  kari ikan semilang.”

Gulai dapat nama. Ikan semilang dapat nama.

Orang kata, “Oh, sedap gulai ni!”

“Oh, sedap ikan semilang ni!”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tiada siapa yang ambil kira dan ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan jua untuk dikenang atau untuk mendapat nama..tetapi untuk ta’abbud kepada Allah SWT. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak pada pandangan manusia..tetapi tetap wujud dalam perhatian Allah SWT.

Mutiara minda.

1 comments:

Sebuah nukilan alam semula jadi TERBAIK anda, Tahniah "mata hati yang telus selalu peka kejadian ALAM buana maya ini" Takbir....

Post a Comment

1 comment:

  1. Sebuah nukilan alam semula jadi TERBAIK anda, Tahniah "mata hati yang telus selalu peka kejadian ALAM buana maya ini" Takbir....

    ReplyDelete

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More