Kepanasan pilihanraya kecil dun Galas sudah terasa bahangnya walaupun gongnya belum diketuk oleh ` para pencinta aspirasi ` BN iaitu SPR.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan juga berharap pengundi di Gua Musang terutama yang telah mengundi parti itu akan terus mengundi calon yang mewakili parti tersebut.
PAS Kelantan sudah mengenal pasti calon yang akan bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Parti itu memilih anak tempatan sebagai calon memandangkan sebelum ini jawatan itu juga disandang oleh wakil tempatan.
Pihak umNO nampaknya telah memilih Tengku Razaleigh @ Ku Li sebagai Pengarah jentera BN dan dibantu oleh timbalannya iaitu Dato Mustafa Mohammad. Ini kombinasi mantap bagi mereka walaupun mereka nampak sedang berkocak politik dalaman …. barang perlu ingat sejarah telah menunjukkan bahawa diwaktu mereka berperang sesama sendiri tetapi untuk berhadapan dengan PAS dan kerana duit mereka boleh bersatu untuk mengubah meriam buluh dan mercun bola itu menghala kepada parti yang bertema ` Islam Adil Untuk Semua ` ini.
Nampaknya PAS semacam melalui jalan sukar kerana pengaruh KU Li memang hebat di kawasan Parlimen Gua Musang ini. Ku Li walaupun berlaga angin dengan pimpinan umNO dalam isu diskriminasi terhadap rakyat Kelantan tapi jiwanya masih dulu kini dan selamanya umNO. Teman kagum dengan tokoh besar ini walaupun begitu beliau seorang yang berprinsip.
Kini mungkin sokongan orang asli terhadap PAS kini mutakhir ini mungkin berubah dengan adanya Ku Li sebagai pengerak pilihanraya ini.
Teman nak cadangkan kepada Ku Li di Perak ada seorang hamba Allah yang boleh dibawa ke Galas kerana sejak memerintah negeri bijih timah ini difahamkan sudah acapkali mengadakan program dengan masyarakat orang asli dan yang terbaru bakal diadakan program diperkampungan orang asli Pengkalan Hulu. Baner – baner manja beliau dengan budak – budak masyarakat ini boleh dilihat serata negeri Perak.
Teman nak bagitahu zaman DS Nizar memerintah jika ada program kerajaan negeri baner – baner hanya dinaikan di kawasan Bandar dan pekan sahaja, tapi zaman MB baru ni….pendekata kalau tak de kat kampong – kampong jawabnya tak sah program….pendekata boleh menjejaskan bacaan imam kerana teringatkan gambanya yang digantungkan dipagar – pagar masjid seluruh Perak. Sentuhan ajaib MB baru ini dirindui di Galas nanti.
Cuma teman nak ingat penyokong – penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS kalau ada pasang niat nak pergi Galas ni….hanya sekadar ` touch n go ` atau sibuk mencari tempat ceramah sana – sini lebih baik batalkan niat itu…bior le puak – puak yang betul – betul nak buat kerja turun kesana….kalu tidak perghabiskan beras markaz ataupun buat ` jam ` jalan di lokasi pilihanraya itu. Lebih baik kita perbanyakan bercakap politik di pasar malam, beranda masjid surau, kedai kopi ditempat masing – masing bahkata Ustaz Idris Ketua Penerangan tu….kita semua adalah Ketua penerangan, maka perbanyakkan berusaha, doa dan munajat.
Teman faham semangat berkobar – kobarnya kita semua….tapi teman faham duit mengkema pun dah banyak habis….maklum le sana –sini jamuan raya…..lebih baik simpan duit untuk untuk pilihanraya umum nanti untuk kita ` kumbesh `kan umNO di Perak ni.
Bila tersebut doa ini….teman ada cerita nama pun cerita. Kisah seorang pemuda yang saban hari berdoa selepas solat fardhunya sejak 5 – 6 tahun dan panjang doanya. Tapi pemuda ini terasa kescewa dan putus asa kerana sekian lama doakannya belum dimakbulkan Alah….apa doanya WallahuAlam…mungkin tak dapat projek balak ataupun pinangan nak minang anak ketua JKKK kampungnya ditolak….lantas pada suatu hari doanya ringkas dan padat dengan menyebut ` Ya Allah.... Doa Aku Hari Ini Seperti Biasaaaa `. AMIN…. kerana beliau tahu Allah mengetahui maksud doanya selama ini.
Disini teman nak menongkah arus sikit kerana ada yang terbuku dihati teman, sempena dengan rumah terbuka disana sini sempena Aidil Fitri ….teman nampak ada banyak dikalangan pemimpin PAS yang berucap dalam majlis – majlis seumpama ini menghentam teruk kepimpinan umNO….memang le umNO parti teruk dan hantu raya malah 1 Dunia tahu …. tapi apa salah kita berikan sedikit kasih sayang kepada mereka….teman sebut bukan apa….ini majlis hari raya dan kita jemput pulak bermacam mazhab, tingkah laku, fahaman politik yang berbeza, malah orang umNO dan pemimpin kita jemput…aleh – aleh mereka datang untuk kita ` godam ` mereka.
Pendekata kalau teman ditempat mereka pun teman marah…..silap – silap makan pulut terasa bubuk lambuk pulak.
Bagi teman ini kurang lunak….apa salahnya kita cerita kebaikan Islam ke….perpaduan dalam Islam ke atau koman – koman pun cerita bab sedapnya lemang ini….ataupun sejarah lemang kerana kita tahu walaupun kita belajar ` tajwid ` yang kena tentu umNO punya….Islamkan luas.
Apa salahnya kita bagi bunga kepada mereka dan pastinya mereka akan membalas ` untuk awak yang bagi bunga kat saya tu….saya ucapkan terima kasih `….ehhh ayat ni macam pernah dengar aje….Ohhh ya.... dialog A.R Tompel ketika menerima hadiah ulangtahunnya dalam filem ` Ahmad AlBab `….itukan simbolik dan kiasan juga kita memperlikan umNO. Itupun kalau umNO faham. Kan lembut ` lembut dalam keras, keras didalamnya lembut `.
Pemberian bunga ini juga tanda simbolik orang berkasih sayang ataupun tanda bahawa bunga juga akan mengiringi umNO ke tanah perkuburan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.
Pemberian bunga ini juga tanda simbolik orang berkasih sayang ataupun tanda bahawa bunga juga akan mengiringi umNO ke tanah perkuburan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.
KITA ADA ALLAH, ALLAH BERSAMA KITA
َقَدْ مَكَرُواْ مَكْرَهُمْ وَعِندَ اللّهِ مَكْرُهُمْ وَإِن كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ
. dan Sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun. IBRAHIM=46
Semoga ALLAH terus bersama kita, menyelamat dan memberikan pertolongan.
0 comments:
Post a Comment